Bab 86

9.7K 407 21
                                        

Orang ramai memenuhi persekitaran Masjid Al-Syakirin. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua. Hari di mana Fawwaz dan Sofea akan menikah. Majlis akad nikah dibuat secara sederhana atas permintaan Sofea sendiri dan Fawwaz hanya memanggil kenalan yang rapat sahaja. Fawwaz yang sudah siap berpakaian baju melayu berwarna coklat duduk di hadapan tok kadi yang mana akan menikahkan mereka sebentar lagi. Fawwaz kelihatan amat segak dan berseri. Seri pengantin orang kata. Rayyan yang berada di sisinya kelihatan comel dengan berjubah moden berwarna coklat tua. Dia duduk senyap, berhimpit di sebelah Fawwaz.

Di hujung sana pula, kelihatan kaum perempuan sedang khusyuk mendengar pesanan-pesanan dari tok kadi itu. Bibir Sofea tidak lekang dengan senyuman. Badannya dihias cantik dengan gaun rekaan dari pereka fesyen terkenal. Malah, wajahnya yang sentiasa berseri itu diserikan lagi dengan solekan dari mua terkenal. Hasil sentuhan mua itu memang cantik membuatkan siapa sahaja yang memandang Sofea dengan mata tidak berkelip.


Haneez yang sedang duduk di sebelah Sofea mencuit Sofea perlahan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Haneez yang sedang duduk di sebelah Sofea mencuit Sofea perlahan.
Handsome betul Fawwaz tu, Pia. Untung kau dapat suami macam tu. Kalau aku, lima bulan aku kurung dia dalam bilik. Tak bagi keluar mana.” Kata-katanya itu dapat didengari oleh adiknya yang menjadi pengapit Sofea hari itu, Hania. Terus keningnya berkerut.

“Hishh... Kau ni, kak. Sibuk usha laki orang. Laki yang kau takde pula nak usha." Hania berbisik perlahan kepada kakaknya.
“Hish... Sibuk lah kau. Aku puji Fawwaz bukan makna aku syok dekat dia. Laki aku pun handsome apa. Macam Aqasha. Kau tu je jelous sebab takde pakwe, kan?" Selamba saja dia berkata begitu kepada adiknya. Hania tidak terasa, dia sudah biasa dengan mulut lancang kakaknya itu. Biarlah, betul apa yang Haneez kata. Memang dia single walaupun umur sudah meningkat hampir 27 tahun. Belum jumpa jodoh orang kata.

Dalam diam, dia ralik memerhati satu susuk tubuh yang hanya dia duduk di atas kerusi. Hatinya seakan sudah terpaut pada jejaka itu meskipun lelaki itu kelihatan sedikit kurang upaya dengan kakinya yang masih berbalut kesan dari kemalangan, patah.
Wajah lelaki itu bercahaya dan sangat tenang membuatkan dia mahu berkenalan dengannya. Lelaki itu adalah Daniel Izham, abang kepada pengantin lelaki. Hati Sofea kembali berdebar apabila melihat tangan tok kadi memegang tangan bakal suaminya itu.

“Aku nikahkan dikau Muhd Fawwaz Nazril bin Iskandar dengan Ainnur Sofea binti Nordin berwalikan hakim dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit tunai...."
“Aku terima nikahnya Ainnur Sofea bin Nordin dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit tunai....” Bergema suara Fawwaz di corong speaker masjid dengan tenang dan jelas. Serentak itu, dua orang saksi menyebut perkataan ‘sah’.
“Alhamdulillah..." Kedengaran suara mereka yang lain. Tok kadi pantas membaca doa dengan tenang.

 Tok kadi pantas membaca doa dengan tenang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


“..... Kau berkatilah perjalanan kehidupan pasangan mempelai ini, Fawwaz Nazril dan Ainnur Sofea. Kurniakan mereka kecekalan untuk menempuh alam perkahwinan yang masih baru ini. Kau kurniakanlah mereka dengan zuriat yang soleh dan solehah. Kau kurniakanlah mereka kesabaran yang tinggi untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang kau berikan kepada mereka. Berkatilah majlis ini Ya Allah. Berkatilah majlis ini. Rabbana atina fiddunya hasanah. Wafil akhirati hasanah. Waqina 'adzabannar...." Doa tok kadi itu diaminkan oleh orang ramai.

Air mata Sofea menitis laju ke pipi. Perkataan tahniah dari kaum perempuan diterima tidak putus-putus. Dia tersenyum manis. Haneez memeluk Sofea rapat, pipi Sofea dicium. Wajahnya juga basah dengan air mata.
“Tahniah sayang... Tahniah. Kau dah jadi isteri orang, semoga hidup kau lebih tenang dan bahagia dengan perkahwinan ni. Aku tumpang bahagia, Pia. Aku bahagia sangat tengok kau dah bersama dengan orang yang kau sayang.” Air mata Sofea dia sapu. Sofea memegang tangan Haneez.
“Terima kasih sahabat... Terima kasih sebab kau selalu tolong aku selama ni. Aku dah banyak susahkan kau. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Kebaikan kau tak mungkin dapat aku balas. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih, Haneez. Aku sayang kau." Haneez menepuk belakang Sofea tanda memujuknya.

Kaum lelaki juga tak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada Fawwaz. Fawwaz mengucapkan terima kasih berserta senyuman yang tidak lekang di bibir. Saiful yang bertindak sebagai pengapitnya memeluk Fawwaz rapat.
“Tahniah, Wazz. Semoga kau dengan Sofea hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Dah jadi laki orang dah kau. Lepas ni aku kena berambus lah dari rumah tu." Usik Saiful. Fawwaz ketawa perlahan.
“Takde makna kau kena pindah pula. Rumah tu rumah sewa aku dengan kau je. Aku pun dah beli rumah lain dah. Kau duduk lah situ dengan bakal bini kau nanti. Anyway, thanks so much bro. Kau banyak tolong aku jayakan majlis ni. Nanti majlis kau aku tolong pula."

Saiful menepuk bahu Fawwaz.
“Takde hal lah. Aku tolong ikhlas, tak harap apa-apa pun. Tapi, kalau kau nak tolong. Tolong sponsor honeymoon dengan photoshoot sudah lah. Tu pun aku dah bersyukur sangat-sangat." Mereka ketawa lagi. Ya, pasti dia akan tolong. Tambahan pula, Saiful berkerja dengannya dan sesiapa yang berkerja di Peektures Studio pasti akan mendapat sesi fotografi secara percuma. Itu memang pasti.
Fawwaz mendekati Daniel yang menunggunya dengan senyuman. Sempat lagi dia mendukung Rayyan. Pipi Rayyan dikucup berkali-kali.
Sekarang anak ini sudah bergelar anak tirinya, dan In Sha Allah sampai bila-bila dia akan menyayangi Rayyan seperti anaknya sendiri. Melihat kepayahan Daniel untuk berdiri dari kerusi, dia menurunkan Rayyan dari dukungan dan cepat-cepat dia menolong abangnya itu. Tongkat sokongan untuk kaki Daniel diberikan.

“Tahniah, Ril... Selamat pengantin baru. Semoga kau boleh hadapi dengan rileks semua dugaan. Alam rumah tangga ni banyak dugaannya. Sebelum nak buat apa-apa keputusan kau kena fikir yang mana baik buruk dulu. Sebab kau sekarang ni dah pikul tanggungjawab berat, dan jadi suami. Aku harap rumah tangga kau berkekalan dan bahagia sampaj bila-bila. Maaf aku tak boleh jadi pengapit kau. Keadaan tak mengizinkan." Daniel dan Fawwaz berjabat tangan.
“Terima kasih, Am. Kau pun banyak bagi aku nasihat. Aku minta maaf kalau ada buat salah dengan kau dan aku bahagia sangat tengok kau bertambah sembuh. Ermmm, mungkin lepas ni kau pula kot." Daniel ketawa kecil.

“Merepek je. Mana ada siapa nak kan aku dengan keadaan aku cacat macam ni. Perempuan mana lah sanggup."
“Apa pula takde.. Banyak kan awek-awek dekat sini yang usha kau. Muka macam arab siapa tak nak. Lagipun kau tu cacat sementara je, bukan kekal. Sebulan dua lagi, eloklah jalan tu. Tengok tu awek tu  usha kau." Fawwaz mengusik abangnya dengan memberi insyarat mata kepada satu susuk tubuh. Daniel segera berpaling. Diamati seorang gadis yang bertugas sebagai pengapit Sofea. Sebenarnya, dia memang perasan gadis itu dari tadi lagi. Tak habis-habis memerhatinya. Sampaikan dia pula yang naik malu. Ya la, dengan keadaannya yang berjalan menggunkan tongkat sokongan. Tak sangka pula ada orang berkenan. Boleh tahan comel juga gadis tu, ada iras-iras Haneez sikit.

Fawwaz bergerak ke satu ruang untuk melakukan solat sunat. Dia sempat berdoa kepada Allah tanda berterima kasih dan semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat. Selesai solat, dia diminta pergi kepada sofea untuk melakukan sesi batal air sembahyang. Tangan kasarnya sedikit menggigil saat menyarungkan cincin ke jari manis Sofea. Silauan dari lensa kamera dan telefon tidak putus-putus merakamkan moment indah itu. Fawwaz terpaku saat Sofea mengangkat wajahnya. Mata mereka bertentangan. Fawwaz menelan liur berkali-kali. Wajah Sofea kelihatan sangat cantik. Tidak pernah dia melihat Sofea berhias sampai macam tu sekali. Sofea tersenyum malu saat dirinya diperhatikan oleh lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

Tangan Fawwaz dicium penuh kasih lantas secara tiba-tiba Fawwaz meletakkan tangannya ke atas ubun-ubun Sofea. Dia membaca satu doa di dalam hati.
‘BISMILLAAHHIRRAHMANNIRRAHIMM...
ALLAHUMMA INNI
AS’ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI...
WA A’UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI... Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya.’ Terus dia mencium dahi itu untuk kali pertama saat Sofea bergelar isterinya. Air matanya mengalir perlahan di pipi.

Semua mimpinya menjadi kenyataan kini.. Amin Ya Rabbal Alamin.....

🌼🌼🌼🌼🌼

Hai semua.. Alhamdulillah Fawwaz dan Sofea dah kahwin. Semua orang tunggu sangat kan utk bab ni? Tapi, jangan risau.. Novel ni belum lagi habis , lagi tinggal satu or dua bab je lagi.

Jangan lupa komen n vote tau..  Tq for reading💕

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang