Bab 30

10.2K 456 41
                                    

“Abanggg...." Fawwaz mendepangkan kedua belah tangannya. Dia mencangkung dan dalam sekelip mata, tubuh kecil Rayyan berada di dalam dakapannya. Dia memeluk Rayyan dengan erat, kepala serta pipi Rayyan dicium berkali-kali. Dia menyapu kepala Rayyan.
“Ma sha Allah, abang. Puas uncle cari abang. Uncle rindu sangat dengan anak uncle ni."

Kedua-dua belah bahu Rayyan dipegang sambil matanya memandang anak itu.
“Abang... Abang tunggu uncle lama tau dekat hospital. Abang tanya mama, mana uncle. Mama cakap mama tak tahu. Unclee... Kenapa uncle pergi macam tu je? Uncle tak sayang abang? Uncle tak sayang adik?" Sayu Fawwaz mendengar pertanyaan soalan anak itu. Dia turut tidak dapat menahan air mata daripada mengalir saat melihat air mata anak itu mengalir di pipi.

Allahuakhbar! Betapa bersalahnya dia rasa. Dia yang salah kerana tinggalkan mereka begitu saja.
“Maafkan uncle, sayang.. Uncle janji lepas ni uncle tak tinggal abang lagi dah. Uncle janji uncle tak kan tinggalkan adik lagi." Dipeluk lagi anak itu agar berhenti menangis.
“Mama??" Soalan Rayyan betul-betul membuat jantung Fawwaz berdebar.

Mama??

“Abanggg...." Tiba-tiba kedengaran suara lembut dari arah belakang. Fawwaz pantas berpaling ke belakang dan zuppp!!!
Dia terpana melihat susuk tubuh tinggi lampai itu.

Wajah itu yang dia paling rindu. Wajah itu kelihatan semakin cantik. Jarang Sofea bermekap dan berhias seperti ini. Meskipun dengan keadaannya yang sedang mendukung anak, dia tetap kelihatan woww!! Sangat... Sangat cantik!

 Sangat cantik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Sofea...." Fawwaz bingkas berdiri. Rayyan juga turut membuat hal yang sama. Dia memeluk erat pinggang jejaka yang sedang berdiri itu seakan tidak mahu dilepaskan. Fawwaz memeluk sebelah bahunya.
“Sofea..." Panggil Fawwaz lagi. Tanpa sedar, Sofea perlahan-lahan melangkah ke arahnya sambil mendukungRaisya.

Suasana sepi. Waktu seperti berhenti da seperti mereka sahaja yang berada di pusat membeli belah ini. Mata bertentang mata. Masing-masing diam tidak terkata mahupun Sofea atau un Fawwaz. Mulut Sofea bergerak seakan ingin berkata sesuatu namun, lidahnya kelu. Matanya merenung ke arah mata hazel Fawwaz.
“I'm sorry..." Akhirnya Fawwaz mengalah. Dia mlafazkan kalimah maaf sambil memandang Raisya yang turut memandang ke arahnya. Ingin saja dia peluk anak itu. Baru saja dia mahu berkata lagi, kedengaran suara Sofea. “Abang... Jom, balik!"

Dummm!!!

Fawwaz terpempan dengan apa yang dia dengar. Sofea ajak Rayyan balik? Tapi, kenapa? Mereka baru saja berjumpa.
“Sofea... Kenapa ni?" Sofea tidak memperdulikan soalan Fawwaz. Dia mahu mencapai lengan Rayyan, pantas Fawwaz menghalang.
“Sofea.... Kenapa ni?" Fawwaz terpaksa menguatkan sedikit suaranya. Pelik dengan sikap Sofea.

“Abang, jom!" Dicapai lagi lengan Rayyan. Namun, sempat anaknya itu mengelak. “Maa... Abang tak nak balik lagi. Abang baru je jumpa uncle. Kenapa nak balik dah?" Rayyan menyorok di belakang badan Fawwaz. Dia takut mamanya marah. Dia takut melihat wajah masam mamanya.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now