Bab 83

8.5K 343 33
                                        

P/S: Struktur fakta hukuman mati author google. Bukan hentam seberono saja. Andai ada yang salah mengenai pesalah akhir ke tali gantung, mohon tegur. 🙏🙏🙏

Hari ini dalam sejarah author publish 3 bab dalam masa satu hari. Pecah rekod betul. Hahahha

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya sanggup menafikan perihal mati dan mengelak daripada menerima hakikat tentang kematian.
Tidak kurang pula sesetengah dari kita berlagak seolah-olah sudah cukup sedia dengan kematian. Mereka bolehlah bersikap angkuh, selagi mana ajal belum menyapa, sebelum malaikat datang menjemput untuk kembali.

Penjara Kajang, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman gantung akan ditempatkan di dalam sel kurungan seorang diri. Bangunan yang menempatkan mereka dipanggil Blok Abadi. Mereka akan dipakaikan pakaian bertanda BA yang membawa maksud Banduan Akhir. Banduan Akhir ini akan ditempatkan di dalam sel kurungan di Blok Abadi selama 23 jam sehari. Sekiranya ada hal yang lain dan perlu meninggalkan sel atau blok tersebut, mereka hanya boleh keluar dari situ dengan kebenaran Pegawai Penjara dan diiringi Pengawal Penjara dengan ketat.

Tinggallah mereka di situ sehingga hari perlaksanaan hukuman tiba. Di sini mereka akan mengira setiap hari, detik, jam dan saat yang berlalu hinggalah ke akhirnya. Tinggallah mereka sendirian tanpa berteman di dalam sel yang berasingan itu.
Sekali sekala mereka akan dibenarkan bergaul dengan Banduan Akhir yang lain. Itu pun dalam waktu yang terhad dan singkat. Selebihnya hanya terus bersendirian, menanti dan terus menanti.
Blok Abadi itu sunyi dan terpisah. Tiada apa yang istimewa di situ. Tiada radio, tiada tv. Hanya sehelai sejadah, kupiah dan beberapa keping kitab sebagai peneman diri.

Adakalanya mereka akan diberikan kuliah agama. Hari demi hari kebanyakan daripada mereka akan hanyut di dalam doa. Berendam air mata meminta kasihan dan ehsan daripada Tuhan Rabul Alamin.
Ibu, ayah, isteri dan anak tidak terlepas daripada padangan mata. Sunyi, gelap dan dingin di dalam sel itu sukar hendak digambarkan. Hati adakalanya cukup gusar, cukup takut, cukup insaf tapi apa kan daya. Tangan dan kaki terpasung, mereka terpenjara!

Di rumah, kaum keluarga tidak terlepas daripada terus-menerus mengharapkan sesuatu yang ajaib agar berlaku. Sesuatu keramat yang dapat mengubah nasib si anak lalu terselamat daripada tali gantung. Ibu yang tua dan ayah sudah uzur tidak putus-putus memohon dan berusaha agar si anak dapat peluang hidup untuk kali kedua. Di hari Banduan Akhir diberitahu hukuman akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk wasiat dan nasihat terakhir.

Pelbagai nasihat yang dilontarkan tetapi tidak menjadi. Kalam selalunya berakhir dengan kata-kata, "Wahai anak, jangan turuti jejak ayah." Begitulah yang ditulis oleh Zafran untuk anaknya, Rayyan. Di surat lain, dia turut memberikan sedikit pesanan buat Sofea. Ada satu lagi hajatnya untuk Sofea yang belum terlaksana. Selepas itu, surat itu dilipat dan diletakkan di atas sejadah. Dia baru selesai melakukan solat sunat taubat dan solat sunat witir. Sudah beberapa malam dia tidak tidur. Bimbang, takut, semua perasaan itu bercampur-baur.

Azan subuh kedengaran kuat di sekitar kawasan penjara itu dan sebaik azan dilaungkan di corong-corong pembesar suara bergema. Semakin kemaruk rasa di hati Zafran. Hatinya menjadi semakin kalut. Satu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Takut! Sangat takut! Hari ini adalah hari jumaat dan sebelum pukul tujuh pagi, hukuman akan dijalankan ke atas dirinya.
Namun dia harus kuat dan tabah. Hati mesti tegap untuk menggagahi menganggkat takbiratul ihram yang terakhir. Takbir terakhir!
Lutut mula rasai longgar. Dirinya pun terasa goyah. Subuh terakhir dirasakan cukup hening, bening dan dingin sekali.

Dia melakukan solat subuh dengan tertib bersama linangan air mata. Sebaik selesai solat subuh, dia mengangkat tangan untuk berdoa.
“Ya Allah, Ya Tuhanku. Hari ini adalah hari kematianku, hari di mana engkau menghantar malaikat maut untuk datang menjemputku. Aku redha, Ya Allah. Aku redha dengan ketentuanmu. Engkau ampunkanlah dosa-dosaku. Engkau cucurilah rahmat kepada mayatku. Aku insan yang hina tetapi, aku ingin kau kemaafan darimu. Allahuakbar! Bagaimana harusku hadapi detik ini. Tabahkanlah hati dan jiwaku. Ya Allah, semadikanlah roh aku nanti dalam kalangan roh-roh yang mendapat rahmamu... Ampunkan aku, Ya Allah. Ampunkan aku!" Air matanya kembali menitis. Terasa hilang sedikit rasa getar apabila dia melakukan solat sebentar tadi.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang