Bab 49

8.9K 428 21
                                        

Sofea membawa tangan kecil Raisya  ke bibir lalu dicium perlahan. Kemudian tangan yang berselirat dengan wayar untuk memasuki air itu dibelek perlahan. Entah berapa kali doktor mengambil darah Raisya sehingga tangan kecil itu bertukar kebiruan bekas disuntik.
Kasihan sungguh melihat tubuh kecil yang terbaring lemah di katil hospital itu.

Dia seumpama bahan eksperimen mereka. Boleh dikatakan selang setengah jam, pasti mereka akan memeriksanya. Sofea tidak berani bersuara lebih-lebih. Dia bukan tahu apa dalam bidang perubatan. Sofea teringat perbualannya dengan doktor yang merawat Raisya tadi. Ketika itu dia dan Fawwaz berada di dalam bilik Doktor Hafiz.

🌼🌼🌼🌼🌼

“Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan. Demam  tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 39.4°C atau lebih tinggi. Untuk kanak-kanak kecil dan bayi macam anak puan, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Suhu Raisya ni dah terlalu tinggi sebab itulah dia boleh terkena febrile seizure atau dipanggil sebagai sawan demam."

Terang doktor muda lelaki itu kepada Sofea dan Fawwaz. Mereka berdua mendengar dengan ralik.
“Sawan? Setahu saya sawan ni, boleh terkena disebabkan faktor keturunan." Doktor yang bernama Hafiz itu tersenyum mesra kepada jejaka berkulit putih itu.
“Betul tu, Encik Fawwaz. Tetapi ada banyak lagi faktor yang boleh disabitkan dengan sawan. Kami dah jalankan siasatan berkenaan kes ini.

Terdapat jangkitan kuman di paru-paru Raisya. Jangkitan ini, mungkin disebabkan ianya dari kesan air liur ataupun makanan yang memasuki paru-paru melalui bronchus. Tetapi bronchus paru-paru sebelah kanan lebih lurus berbanding paru-paru sebelah kiri menyebabkan paru-paru sebelah kanan lebih senang dimasuki air liur ataupun makanan tersebut. Mungkin sebelum dia kena sawan tu, Puan Sofea ada berikan dia susu ataupun makanan yang lain ke?" Terang Doktor Hafiz panjang lebar.

Sofea mengangguk perlahan. “Saya bagi susu sebab tak tahu nak buat apa dah masa dia nangis tu. Tapi, dia tak minum. Dia muntah. Saya takut. Tolong saya, doktor. Tolong selamatkan anak saya. Saya tak sanggup kalau anak saya jadi apa-apa." Rayu Sofea perlahan. Air matanya mengalir perlahan. Kalau boleh diberi pilihan, dia sanggup berbaring kaku di atas katil itu daripada melihat Raisya sebegitu. Fawwaz di sebelahnya memegang tangan Sofea erat.

Sofea tidak menepis. Sebaliknya dia membalas genggaman Fawwaz dengan kuat. Sofea benar-benar memerlukan kekuatan ketika ini. Hatinya rasa amat resah dan serabut.
“Sabar, puan. In sha Allah, saya dan yang lain akan berusaha tolong Raisya kembali seperti biasa. Tapi, puan kena banyak doa kepada Allah. Dia yang maha mengetahui hikmah di sebalik dugaan ini. Saya harap puan dan encik jangan terlalu stres. Kita kena bersatu hati dan memberi kata-kata semangat kepada Raisya. Walaupun dia kecil lagi, tapi saya percaya. Raisya faham apa yang berlaku kepadanya sekarang ini."

🌼🌼🌼🌼🌼

Sofea mengaminkan bacaan doa ke hadrat Ilahi, semoga keluarga kecilnya sentiasa dilindungi dan berada di rahmat Allah. Dia juga menitipkan doa agar sentiasa tabah mengharungi setiap dugaan yang diberikan kepadanya. Alhamdulillah, dia baru selesai menjalankan solat fardhu zohor di wad di sisi katil Raisya. Sekali lagi Fawwaz meminta agar Raisya ditempatkan di wad persendirian dan membuatkan Sofea dihantui perasaan serba-salah. 

Namun, dia terpaksa mengikut kehendak Fawwaz. Bimbang sekiranya jejaka itu terasa hati lagi. Selesai sahaja Sofea membuka telekung dan digantikan dengan tudung bawal berwarna hijau gelap, dia melangkah ke arah pintu bilik wad dengan berhati-hati. Bimbang membuat tidur Raisya terganggu. Dia mengatur langkah ke ruang istirehat.

Di situ, kelihatan Fawwaz sedang meriba Rayyan yang sedang tidur di ribanya sementara dia sedang bermain game PUBG. Fawwaz cepat-cepat mematikan telefonnya saat tersedar Sofea melabuhkan duduk di sebelahnya. Lantak lah, nak menang ke tak. Dia tersenyum manis kepada Sofea. Sofea membalas seadaanya.
“Dah solat?" Soalan pertama Sofea kepada Fawwaz. Fawwaz mengangguk.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang