"Mama..." Panggil Rayyan dengan perlahan. Sofea yang sedang termenung, cepat-cepat memandang ke arah Rayyan.
"Abang... Abang dah bangun?" Soal Sofea perlahan. Rambut yang terjuntai di dahi anaknya, dikemaskan.
"Maa... Abang nak air, boleh?" Sofea menuang air kosong ke dalam gelas yang disediakan di meja kecil bersebelahan katil Rayyan. Dia membawa bibir gelas ke arah bibir kecil Rayyan.Sekarang, Rayyan Ameer ditempatkan di Hospital Putrajaya. Fawwaz yang membawa mereka ke sini atas permintaan Haneez tadi. Dia sangat berterima kasih kepada jejaka itu. Dia sanggup membawa mereka ke sini menggunakan kereta Toyota Altis, milik Haneez. Manakala keretanya, ditinggalkan di pusat membeli belah itu. Entah macam manalah, dia mahu ke pusat membelah belah mengambil keretanya semula. Malah, Fawwaz masih belum pulang. Barusan tadi, dia memberitahu Sofea dia mahu ke surau di hospital ini. Mengerjakan solat asar.
"Maa... Adik mana?" Tanya Rayyan selepas selesai minum air. Kakinya mengalami sedikit keretakan pada tulang. Oleh sebab itu, dia terpaksa ditahan di wad ini sementara.
"Adik ada. Tu dekat situ..." Sofea menunjukkan ke arah Raisya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa panjang. Sofa melapik bantal di sekelilingnya, bimbang anaknya itu bergolek ke bawah. Rayyan ditempatkan di wad persendirian.Ini bukan kehendaknya. Ini semua si Fawwaz itulah yang sediakan semua ini sebaik dia mendaftar Rayyan di hospital ini. Sofea tahu, apabila ditempatkan di bilik ini. Dia harus membelanjakan wang yang banyak, dia harus mengeluarkan wang simpanannya yang semakin sikit itu untuk kos perubatan Rayyan. Tapi, tidak apalah. Demi untuk memastikan Rayyan pulih semula, dia sanggup. Dia tidak ingin melihat anaknya itu sakit lagi. Dia tidak sanggup.
"Maa.. Kaki abang sakit. Kaki abang dah tak boleh jalan dah. Macam mana abang nak jaga mama dengan adik kalau kaki abang sakit ni?" Rengek Rayyan manja. Suaranya kedengaran bergetar kerana menahan nangis. Sofea yang hampir mengeluarkan air mata iti segera memujuk anaknya.
"Shhh... Sayang cakap apa ni? Shhh... Abang, kaki abang ni sakit buat sementara je, sayang. Nanti, bila doktor dah ubatkan. Abang dah boleh jalan semula. Abang boleh jaga adik, boleh jaga mama. Abang pun boleh main dengan kawan-kawan abang...""Nanti kaki abang dah baik? Abang boleh pergi sekolah?" Pantas Sofea mengangguk. Dahinya anaknya dicium penuh kasih.
"Ye, sayang. Nanti abang boleh pergi sekolah. Abang sabar tau. Mama akan pastikan kaki abang sihat semula. Anak mama ni kuat." Pujuk Sofea lagi. Wajah jernih Rayyan tiba-tiba bertukar muram.
"Tapi.. Mama ada duit? Kaki abang kalau nak baik, kena ada duit kan, mama?" Soal anaknya itu lagi."Abang... Mama ada duitlah. Abang janganlah risau. Anak mama ni selalu sangat takut mama takde duit. Amboi, pandai sangatlah tu dia!" Sofea mencuit hidung comel Rayyan hingga membuatkan Rayyan ketawa lucu. Tanpa mereka sedari, Fawwaz sedang mencuri dengar perbualan mereka di luar pintu yang ditutup tidak rapat. Dia dengar segala-galanya. Ya Allah, tabahnya hati seorang ibu ini. Benarkah dia dihimpit kesusahan? Kasihannya keluarga kecil ini.
Tiba-tiba, tanpa Fawwaz sedar. Dia menekan badannya ke pintu itu dengan kuat menyebabkan pintu terbuka luas. Tidak semena-mena tubuhnya terdorong ke hadapan. Mujurlah, dia sempat menahan dari jatuh. Kalau tidak, sudah tentu wajahnya tercium lantai hospital. Sofea dan Rayyan terkejut melihat Fawwaz yang tiba-tiba ada di bilik itu. "Errrr...." Fawwaz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah, sudah. Dah kantoi ke ni dia curi-curi dengar tadi?
"Err... Maaf, saya tak sengaja. Saya..." Fawwaz berdehem sikit cuba mengawal gelabahnya. Dia berusaha mengawal wajahnya. Malu woi! Nasib tak terlentang! Wajah cantik Sofea dipandang. Kini, dia sudah tahu nama perempuan ini. Ainnur Sofea, nama secantik tuan dan keperibadiannya.
"Tadi kawan awak suruh saya beritahu awak, dia balik rumah dengan anak dia. Ambil baju, barang-barang awak dengan Rayyan. Dia tak sempat tadi nak beritahu awak." Beritahu Fawwaz dengan tenang. Kelihatan Sofea mengangguk berserta tersenyum manis. Cantiknya dia..."Awak... Saya nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab dah tolong kami. Saya dah terhutang budi dengan awak." Fawwaz membalas senyum. Pertolongan apa sangat yang dia berikan. Hanya sekadar hantar anak kecil ini ke hospital aja pun.
"Sama-sama. Saya ikhlas membantu. Lagipun, saya yakin. Kalau orang lain yang ada di tempat saya masa tu. Mungkin diorang akan buat benda yang sama macam yang saya buat ni..." Ujar Fawwaz bersahaja sambil melangkah ke arah Rayyan.Kepala anak kecil itu disentuh. "Rayyan... Kaki ada rasa sakit lagi tak?" Dia menyoal dengan ramah. Kelihatan Rayyan menggeleng.
"Tapi abang rasa berat nak gerakkan dia." Fawwaz dan Sofea membalas senyum. Comel pula Fawwaz dengar Rayyan membahasakan dirinya abang. Seketika Fawwaz membalas.
"Oh, yeke? Tapi, abang jangan gerakkan lagi tau kaki ni. Dia tak sembuh lagi. Ambil masa lagi nak sembuh ni. Ermm, kalau abang nak apa-apa. Bagi tahu je uncle, okay?" Fawwaz mengjongket keningnya ke arah Rayyan.Kelihatan Rayyan tersengih. "Abang boleh minta apa-apa? Uncle nak jaga abang?" Cepat sahaja Fawwaz mengangguk. Entahlah, diri sendiri pun tidak tahu kenapa dia rasa sudah mulai sayang terhadap anak ini. Rasa macam dekat sahaja dengan dirinya. Kemungkinan anak ini sangat comel dan berbudi bahasa seperti ibunya. Entahlah, dia sendiri tidak tahu. Seketika Rayyan bersorak dan memandang ke arah mamanya.
"Mama... Uncle nak jaga abang, boleh?" Sofea terkedu dengan soalan Rayyan. Dia menggigit bibir sebelum membalas.
"Abang... Kan, mama dah cakap. Tak baik susahkan orang. Abang tak ingat ke?" Suara itu walaupun lembut tetapi kedengaran sedikit tegas. Rayyan menundukkan wajahnya. Suasana sepi ketika ini kerana masing-masing tidak bersuara. Tiba-tiba Fawwaz bersuara."Abang... Abang nak makan apa-apa tak? Kalau apa-apa uncle boleh belikan." Soal Fawwaz lagi. Rayyan hanya menggeleng kemudian membisikkan sesuatu ke telingan Fawwaz. Beberapa saat kemudian, kedengaran mereka berdua ketawa mengekek sambil memandang ke arah Sofea. Sofea hanya mampu menggeleng. Hai, tak sampai sehari kenal dengan jejaka kacak ni, diorang dah kamceng. Sempat lagi mengata aku? Oh my god, Sofea. Kau cakap apa tadi? Kacak??
Seketika Sofea memandang ke arah Fawwaz yang sedang melayani teletah anaknya itu. Betullah jejak ini sangat kacak, kulitnya putih bersih, tinggi lampai dan bertubuh agak tegap. Namun, dia hairan kenapa Fawwaz ini membawa beg yang rasanya macam beg kamera. Suka bergambar ke jejaka ini. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, telefon mewah Fawwaz berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia segera mengangkat panggilan itu.
Sofea menyibukkan diri mendodoi Raisya yang sudah merengek sambil memasang telinga. Selang dua minit, Fawwaz mematikan panggilan. Dia memandang ke arah Sofea.
"Sofea... Saya balik dulu. Ada hal sikit." Sofea mengangkat kepala. Wajah Fawwaz dicari.
"Macam mana awak nak balik? Kereta awak kan tinggal dekat mall tadi?" Soal Sofea dengan lembut. Fawwaz membalas dengan senyuman."Saya ambil grab je ke sana. Kerja senang je. Sempat dia mengagah Raisya yang terkulat-kulat memandangnya. Raisya mengekek ketawa. Suka sangatlah ada orang melayannya. Kemudian, dia memandang semula ke arah Rayyan.
"Abang.. Uncle balik dulu, ye?"
"Alaa... Uncle nak balik dah ke?" Kedengaran suara Rayyan seperti berjauh hati. Rasa sedih pula mahu berpisah dengan pakcik handsome ini walaupun mereka baru sahaja kenal.Fawwaz menyisipkan senyum. "Ye, uncle kena balik dah. Ada kerja sikit. Uncle janji, nanti uncle datang semula lawat abang. Boleh tak?" Dia memandang wajah comel itu. Rayyan sudah bersorak suka. Dia tidak merajuk lagi.
"Hooray... Uncle janji nak datang lagi." Seketika dia memandang wajah mamanya.
"Mama... Uncle nak datang lagi, boleh?" Comel sahaja soalannya membuatkan Fawwaz menahan tawa. Dalam diam, dia turut menunggu jawapan dari mama cantik itu.Sofea mengerutkan kening dengan soalan Rayyan itu. Dia sebenarnya tidak selesa sangat apabila Rayyan bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi, oleh kerana lelaki ini sudah membantu mereka dia hanya mengangguk setuju. Satu senyuman ikhlas dilayanglan buat mereka berdua. Fawwaz membalas. Dia melepaskan nafas. 'Fuhh, nasib baik setuju.' Fawwaz menyua tangan ingin bersalam dengan Rayyan dan sebaik sahaja anak kecil itu mencium tangannya. Dengan spontan Fawwaz mencium kepala Rayyan.
Tidak hanya Sofea, dia sendiri pun terkejut dengan tindakannya. Dia membuat selamba yang boleh. Kemudian, meminta izin mendukung Raisya yang sudah terjaga dari tidur itu sekejap. Pipi tembam Raisya dicuit manja. Ikutkan hati mahu saja digomol bayi comel itu tetapi, dia takut pula Sofea keberatan mahu membenarkannya. Yelah, mereka kan baru sahaja kenal. Dia memulangkan Raisya kepada Sofea. Fawwaz mula melangkah ke pintu diikuti dengan Sofea sambil mengendong Raisya.
"Saya balik dulu, eh?" Bicara Fawwaz sambil memandang Sofea. Sofea mengangguk.
"Fawwaz...." Panggil Sofea lembut. Seketika suasana senyap. Mereka bertentang mata.
"Terima kasih...." Perlahan Fawwaz menganguk sebelum melangkah pergi. Sebaik sahaja tubuh hilang dari pandangan, Sofea melepaskan nafas. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang!

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.