Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
"Abang... Janganlah macam ni. Cepat pakai baju.." Sofea masih sabar memujuk anaknya untuk keberapa kali. Rayyan masih mencuka dengan keadaan tubuhnya yang tidak berbaju. Mamanya baru selesai memandikannya ketika itu. Dia merajuk dengan mamanya. "Tak nak... Abang tak nak balik..." Getusnya lagi dengan suaranya yang manja. Kedengaran Sofea melepaskan nafas berat. Baju tshirt kelabu Rayyan di tangannya diletakkan ke riba.
"Sayang... Kenapa ni? Abang tak nak balik kenapa? Abang tak rindukan rumah ke? Tak rindu adik? Tak rindu nak pergi tadika ke?" Pujuk Sofea lagi. Air mata kelihatan bergenang di kelopak mata Rayyan. Hari Rayyan dibenarkan pulang namun, anaknya itu pula membuat perangai. "Abang nak uncle... Maa, mana uncle Fawwaz? Kenapa uncle dah lama tak tengok abang? Uncle tak rindukan abang ke?" Rayyan merengek manja.
Sofea mati kata. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menjelaskan kepada Rayyan. Fahamkah anaknya tentang situasi mereka sekarang ini? Fawwaz... Sudah lama jejaka itu menghilangkan diri. Sudah lama dia tidak datang menjengok Rayyan. Kalau dihitung, hari ini genaplah Rayyan ditahan wad selama satu minggu. Keadaan kaki semakin baik. Tetapi, anaknya itu terlampau rindukan Fawwaz umpama seorang anak yang merindukan bapanya.
Sofea memandang sayu ke arah anak terunanya. Kasihan Rayyan. Di pula tidak tahu bagaimana cara mahu menghubungi jejaka itu. Nombor telefon mahupun nama facebook dan instagram milik Fawwaz pun dia tidak tahu. Jadi, dia pun buntu untuk memujuk Rayyan. Rayyan benar-benar memerlukan kasih sayang seorang bapa. Dikala ada seseorang yang ikhlas menghulurkan pertolongan seperti Fawwaz. Namun, lelaki itu pula menghilangkan diri.
Sofea menarik nafas berat. “Abang... Janganlah macam ni. Mama penat tau. Mama nak abang cepat balik rumah. Boleh mama jaga adik, jaga abang. Tak perlu mama ulang-alik dari rumah ke hospital, mana nak tengok adik lagi nak tengok abang lagi. Mama pun dah lama cuti kerja ni. Mama dah kena mulakan kerja sebab abang dah mula sihat. Abang tak kasihan ke dekat mama?" Sofea mula sedikit hilang rasa sabar.
Lagipun, dia memang rasa penat sangat hari ini. Semenjak Rayyan dimasukkan ke hospital, dia tak cukup rehat, tak cukup tidur. Malah, selera makannya sedikit hilang dan menyebabkan berat badannya turun. Dia juga susah hati bagaimana cara untuk membayar bil hospital ini. Rayyan ditempatkan di wad persendirian, mesti mahal harganya. Bukan dia tidak mahu menyuruh pihak hospital menempatkan Rayyan di wad biasa. Tapi, erghhh entahlah!
Rayyan sudah bergenang dengan air mata. Hanya menunggu masa untuk gugur jatuh. Dia memang takut sekiranya Sofea marah kerana mamanya itu jarang meninggikan suara. Sofea melepaskan keluhan. Entah kenapa dia rasa kasihan pula melihat Rayyan sebegitu. Dia mendekati Rayyan. Tubuh genit anaknya dipeluk erat. Malah, ubun-ubun Rayyan dicium tanda memujuk.
“Abang... Mama minta maaf. Abang minta sorry, okay? Mama pun tak tahu macam mana nak call uncle Fawwaz. Mama takde number dia, sayang. In sha Allah, nanti kalau dah diizinkan Allah. Kita akan jumpa juga dengan uncle Fawwaz." Pujuk Sofea dengan suara yang lembut. Manakala, Rayyan yang mendengar pujukan mamanya, mengelap air mata yang mengalir menggunakan sikunya.
“Kenapa uncle tak nak jumpa abang lagi dah. Abang ada buat salah ke, ma? Abang minta ampun. Abang minta maaf dengan uncle." Sayu Sofea mendengar rintihan anak terunanya itu. Dia faham dengan perasaan Rayyan. Dia faham apabila seseorang yang kita sayang, pergi meninggalkan kita. Tapi, dalam kes ini. Fawwaz pergi mesti bersebab. Dia tidak tahu kenapa, dia yakin Fawwaz bukan seseorang yang mudah pergi begitu sahaja. Bukan dia tidak tahu yang Fawwaz juga menyayangi Rayyan.
“Uncle busy, sayang. Dah-dah jangan nangis lagi. Tak handsome dah anak mama ni. Jom, kita pakai baju." Sempat Sofea mengusik Rayyan dengan mencuit pipinya sebelum memakaikan Rayyan baju. Tiba-tiba pintu wad dibuka dan terjengul wajah kacak Daniel. Dia menyelitkan senyuman. “Pretty... Dah siap ke?" Soal Daniel memulakan perbualan. Hari ini, Daniel akan menghantar Sofea dan Rayyan pulang ke rumah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dia yang menawarkan diri. Sudah puas Sofea menegah agar jangan menghantar, tetapi dia juga tetap mahu berkeras. Tak apalah. Bukan selalu. Lagipun, dia buat semua ini kerana ingin merebut hati Sofea. Serentak Sofea dan Rayyan berpaling ke arahnya. “Sudah... Awak dari mana?" Ujar Sofea lembut. Dia sedikit gugup apabila sepasang mata helang Daniel masih merenung arahnya.
“I uruskan discharge Rayyan. You jangan bimbang, okay? I dah bayar semua bil." Ujar Daniel sambil tersenyum kepada Sofea. Sofea menggigit bibir. Okay, ni yang rasa sebersalah ni. “Awak.. Kenapa susah-susah. Saya boleh bayar. Saya tak nak terhutang budi dengan awak." Sofea berkata perlahan. Namun, kata-katanya itu menyentakkan hati Daniel.
Segera dia memegang lengan Sofea. “Pretty... You cakap apa ni? I tak kisah lah buat semua ni. I ikhlas tolong you. Terhutang budi apa pula ni? Lagi I tahu, you mesti....." Daniel terjeda seketika. Tak kan dia mahu bercakap yang dia pasti Sofea tidak mampu membayar bil hospital yang mahal itu? Tak tak... Sofea tak kan mampu. “Daniel??" Panggil Sofea sedikit kuat apabila jejaka itu kelihatan sedang berada di duniannya tersendiri. Daniel tersentak. Anak mata Sofea dicari.
“Kenapa??" Soalnya sambil menjingket kening. “Saya tanya berapa bil tu? Saya tak nak susahkan awak. Nanti awak potong gaji saya sikit-sikit eh, untuk bayar? Saya tak nak terhutang dengan awak." Sofea berkata. Dia cuba menarik lengannya yang dipegang oleh Daniel. namun pegangan Daniel agak kuat. Aiy, ni yang tak suka ni. Asyik nak pegang je.
“Sofea... Kan, I dah cakap yang I ikhlas? Tak payahlah nak cakap soal potong gaji ke apa. I potong semua terus baru tahu." Ujar Daniel sambil mengenyitkan mata kepada Sofea. Kelihatan Sofea terkejut dengan kata-katanya. Tetapi, lidahnya terkelu untuk membalas. Daniel ketawa kecil melihat telatah Sofea yang terpaku itu. “I gurau ajelah. Tak kan lah, I nak buat macam tu." Dia membawa tangan Sofea ke bibirnya. Satu ciumnya dihadiahkan kepada tangan lembut Sofea tanpa menghiraukan Rayyan yang memandang aksinya.
Sofea yang terkejut dengan tindakan Daniel, cepat-cepat menarik tangannya. Dia melangkah ke arah Rayyan. “Erm.. Kalau takde apa-apa lagi. Jomlah, balik. Rayyan dah siap dah ni." Bicara Sofea kalut. Tangannya laju mengambil beg pakaian dan barang-barang keperluan Rayyan. Tiba-tiba, ada tangan kasar yang merampas secara lembut. Dia berpaling melihat wajah Daniel yang masih tersenyum.
“Jangan angkat benda berat, Pretty. Biar I yang buat. You pergi ambil wheelchair. You tolak dia naik benda tu and I yang angkat barang-barang ni semua." Arah Daniel sambil menggalas barang-barang kepunyaan Rayyan ke bahu sadonya. Nampak macho gilerr! Fuhhh, ni kalau perempuan lain yang tengok. Memang boleh gugur iman ni. Sofea mengangguk tanda mengerti. Dia memandang Rayyan yang memegang robot transformer bumblebee pemberian Fawwaz di tangan kecilnya.
“Abang... Kita balik, eh?" Rayyan memandang wajah cantik mamanya. Wajahnya masam mencuka, tanda dia tidak rela meninggalkan tempat ini. ‘Macam mana kalau uncle Fawwaz datang nanti? Macam mana kalau tiba-tiba dia cari Rayyan? Macam mana kalau uncle Fawwaz datang sini lepas tu tengok Rayyan takde?' Mahu sahaja dia bertanya soalan itu kepada mamanya. Namun, dia berdiam diri. Mahu mogok dengan mama!
Sofea mengambil kerusi roda yang sudah siap dipasang di sebelahnya. Kemudian, dengan berhati-hati dia menurunkan Rayyan. Lima minit selepas itu, mereka pergi meninggalkan wad peribadi Hospital Putrajaya yang mencipta kenangan mereka dengan Fawwaz.