Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Ainnur Sofea memberhentikan kereta di luar pagar STARLIGHT KINDERGARTEN tanpa mematikan enjin kereta. Dia tergesa-gesa membuka pintu kenderaan. Si abang hanya menuruti langkah ibunya dari tempat duduk belakang. Sofea baru sahaja lepas menghantar si adik ke rumah pengasuh, kemudian baru menghantar anak bujangnya itu.
Cikgu Alia yang sedang berdiri di pintu tadika, menyambut mereka dengan senyuman manis. “Hai, Pia. Lambat hari ni. Akak ingat anak awak ni tak datang." Tegur Cikgu Alia ramah. Dia lebih selesa menggantikan namanya dengan panggilan ‘akak'. Akrab sedikit katanya. Sofea tersengih. Dia rasa serba salah. “Maaf, kak. Pia betul-betul tak sedar tadi. Ni pun, abang yang kejut bangun. Nasib baik, dia reti pakai baju sendiri. Okay, kak. Pia pergi dulu, ye? Dah lambat sangat dah ni."
Terang Sofea. Cikgu Alia mengangguk. Dia faham sangat dengan kehidupan wanita tabah ini. Seketika dia membalas. “Yelah, bawa kereta hati-hati. Abang.. Cepat, salam mama. Mama dah lambat nak pergi kerja tu." Seakan faham dengan arahan gurunya, dia menghulurkan tangan ke arah mamanya. Sofea duduk mencangkung, mahu menyamai paras ketinggian anak terunanya. Tangan kecil itu disambut.
Si abang mencium tangannya. “Take care, Mama." Sofea tersenyum. Seketika dia membetulkan nametag anaknya yang sedikit senget. RAYYAN AMEER, satu nama yang sangat sedap. Sesuai sangat dengan mukanya yang comel itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“In Sha Allah.. Abang jangan nakal-nakal tau? Dengar cakap cikgu Alia, okay?" “Okay...." Sambut Rayyan dengan girang. Beg galas yang melurut itu, dibetulkan. “Sayang mama, meh." Rayyan menurut. Dahi mamanya dicium perlahan, diikuti dengan kedua-dua pipi, dan hidung mancung mamanya. Cikgu Alia tersenyum dengan telatah dua beranak itu.
Rayyan seorang anak yang baik, ceria dan faham bahasa. Kemungkinan hasil didikan dan mengikut perangai mamanya, Ainnur Sofea. Selesai menasihati Rayyan, Sofea kembali berdiri. Dia memandang wajah Cikgu Alia. “Akak... Pia minta maaf kalau menyusahkan akak. Sebenarnya Rayyan belum makan pagi lagi. Boleh tak akak bagi dia makan dulu sebelum masuk kelas? Pia bukan apa. Tadi memang tak sempat buatkan dia sarapan. Sorry, kak." Sofea memperlahankan suara. Jelas dia menahan malu.
Cikgu Alia tersenyum. “Oo , yeke? Alaa, akak faham lah. Biasa lah, kalau dah terlewat tu. Lagipun, memang dekat sini ada sediakan makan pagi. Rayyan ni je tak selalu makan sini, pagi-pagi. Dia kata mama dia dah masak. Lagi sedap dia kata." Terburai mereka ketawa. Rayyan yang seperti tahu saja dirinya sedang dibualkan, tersengih malu.
‘Rayyan... Rayyan... Macam-macam perangaimu, nak..' Bisik Sofea di dalam hati.
“Okay lah, kak. Pia perlu dulu, eh?" Ujar Sofea. Dia menyalami Cikgu Alia dan sempat berpesan sesuatu lagi nasihat kepada Rayyan. Pipinya anaknya dicium dengan kasih. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke pejabat. Mati lah kena marah! Jam betul-betul lewat dah ni!
🌼🌼🌼🌼🌼
Sofea membuka pintu masuk ke pejabat di aras 19. Sebelum masuk, dia ‘usha line' dulu. Takut ternampak dengan orang atasan. Karang tak pasal-pasal kena terminated. Kad dimasukkan ke dalam mesin punch card. Seketika dia menunggu kadnya diproses oleh mesin itu. Kadnya dinaikkan oleh mesin itu dan MERAHHHH!!! Sofea menggigit. Haus.. Haus gaji aku bulan ni.
Sofea menyelinap masuk ke kubikelnya. Sebelum sempat dia melabuhkan duduk di kerusi, dia disergah seseorang. Habis latahnya terkeluar. Sofea mengurutkan dada. Terkejut sampai rasa nak tercabut jantungnya. “Ish.. Kau ni kan, Neez. Kalau aku meninggal tadi macam mana? Nasib takde heart attack, tau." Haneez Suraya hanya ketawa sambil memandang ke arah sahabatnya itu.
“Eleh.. Kau tu lah buat kelakar. Dah macam penyamun tau, tadi. Main selinap-selinap pula. Haaa, ni pehal lambat, hah? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Soal Haneez. Dia kembali duduk di tempatnya. Sebelah meja Sofea sahaja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Segera Sofea menilik jam di monitornya yang menyala. “8:30.. Weh.. Tadi aku terlajak tidur. Nasib baiklah Rayyan kejutkan. Kalau tak memang separuh hari lah aku. Memang betul-betul tak terjaga tadi. Phone aku pula bateri kong. Tu lah pasai boleh terlajak sama tu. Serabai habis aku hari ni." Jawab Sofea. Charger Iphone 6s miliknya diambil kemudian dicucukkan di extension plug di mejanya. Dia kembali melabuhkan punggung.
“Serabai apa? Cantik je aku tengok. Ermm, ni mesti kes penat sangat lah ni. Ermm.. Kesian kau, weh." Sofea hanya tersenyum. Dia membuka satu fail untuk memulakan kerja. Haneez seorang sahabatnya dari zaman persekolahan hingga sekarang. Boleh dikatakan semua rahsia hidup Sofea dia tahu. Semua ada di poketnya. Mereka terlalu rapat. Haneez memang tabik dengan Sofea. Meski pun, Sofea baru berusia 28 tahun, namun segalanya sudah ditakdirkan.
Dia sudah menjadi janda dan mempunyai dua orang cahaya mata. Dia wanita tabah. Bukan senang mahu mengharungi cabaran hidup tanpa suami di sisi. Dialah ayah, dialah ibu. Semua kerja dia lakukan tanpa sedikit pun merungut. Sofea memang seorang yang kental meski pun dia memiliki hati yang lembut. Bukan senang dia mahu meneruskan hidup dengan statusnya yang begini. Dengan mulut orang lagi. Namun, Sofea sangat tenang.
Dibiarkan saja apa yang mereka mahu katakan padanya. Asalkan dia tahu apa yang dia buat, dan sedikit pun dia kacau hidup mereka. Kalau dialah di tempat Sofea, boleh jadi gila rasanya. Jangan lah, Abang Luqman pergi dari hidupnya. Tidak sanggup mahu membesar Puteri Aleesya, anak tunggalnya seorang diri. Allahu, minta simpan.
“Tapi, kan Pia. Kalau kau lambat pun aku rasa tak kena marah kut. Well, kau tahu kan. Bos kita tu kan fall in love gila dengan kau. Jatuh cinta gitu." Usik Haneez sambil tersengih. Pen hitam di tangannya, digigit. Kerja belum buat, tapi dah mula membawang. Berbeza sungguh dengan Sofea. Wanita itu meski pun baru masuk kerja sudah melakukan tugasnya, sedang dia? Hmm...
“Fall in love apa ni? Merepek je. Dah lah, buat kerja cepat. Karang kalau Encik Daniel tu nampak tak pasal-pasal kena marah." Ujar Sofea sambil menilik sesuatu di dalam fail. Kemudian, dia menaip sesuatu di komputernya. “Apa? Betul apa aku cakap. Encik Daniel tu, kan syok gila dekat kau. Semua orang dah tahu la weh. Alaa, malu-malu pulak dia." Haneez masih giat mengusik Sofea, sehinggakan merah muka wanita itu.
“Merepek! Dia tu anak teruna. Orang kaya pula tu. Buang tabiat lah, suka dekat janda anak dua macam aku ni. Dah lah, hidup aku ni biasa-biasa je." Haneez mencebik bibir. “Kau ni. Kalau dia tak suka engkau, takdenya hari-hari tanya aku pasal kau. Orang lain pun pekerja dia, tapi takde pula dia tanya sampai macam tu. Dah lah, terima je hakikat bos kita yang handsome tu fall in love dengan kau. Wahhh, nanti dapatlah Raisya adik baru." Haneez menepuk tangan tanda suka.
Pantas Sofea membaling pen hitam ditangannya ke arah Haneez. Haneez mengelak dan meletuskan ketawa kuat. Tiba-tiba, seseorang melangkah mendekati mereka. “Korang ni takde kerja ke? Pagi-pagi dah memekak?" Haneez dan Sofea segera memalingkan muka melihat gerangan suara ‘petir' itu.