Daniel melunjurkan kakinya di atas katil. Hatinya panas. Tak sangka Sofea boleh berlaku curang kepadanya. Bukannya wanita itu tidak tahu tentang perasaannya kepadanya. Apa kurangnya dia berbanding lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa itu. Iphone XS Max miliknya diambil. Seketika galeri dibuka. Gambar yang dikirimkan oleh seseorang kepadanya, dicari.
Terpampang gambar Sofea dan anak-anaknya sedang bermesra bersama seorang lelaki yang mukanya tidak kelihatan kerana wajahnya sedikit terlindung. Mereka nampak sangat mesra.
“Arghhhhh!!!' Daniel menjerit kuat. Serentak telefon mewahnya dibaling ke dinding. Entah pecah atau tidak, yang pasti bunyi kuat semacam.Takpe, handphone hancur boleh beli baru tapi, kalau hati yang hancur boleh ke beli baru?
“Sofea.... Dengan jantan lain kau boleh tersenyum mesra. Kalau dengan aku kemain masam muka kau, ye?" Daniel bercakap seorang diri. Dia memang marah sangat ketika ini. Ikutkan hati, mahu saja dia berjumpa dengan Sofea sekarang juga dan memaksa Sofea bernikah dengannya. Biar Sofea tidak terjatuh ke tangan lelaki lain.Tiba-tiba muncul sesusuk tubuh yang seksi ke dalam bilik tidurnya. Wajahnya tak lah secantik mana, tapi pakaian dia tu. Fuhhh, tak cukup kain betul. Terkoyak sana, terkoyak sini! Dah lah pakai dress warna hitam. “Sayangg...." Lembut suaranya memanggil Daniel. Tubuhnya dilabuhkan ke atas katil bersebelahan dengan Daniel.
Tubuh Daniel yang tidak berbaju itu diusap perlahan. Pantas Daniel mengelak. “Don't touch me... I tengah takde mood ni." Kedengaran wanita itu ketawa manja yang dibuat-buat.
“You ni kenapa? Hurmm... Ni mesti sebab apa yang I beritahu you tadi, kan? Sayang... Dia tu bukan perempuan yang elok untuk you. I tak faham kenapa you nak kan dia sangat?" Daniel ketawa kecil saat mendengar ayat wanita itu.“Of course she's the best for me. Kalau tak elok, tak kan I nak pilih dia dari you? Soalan apa yang you tanya ni? Hurmm?? Soalan bodoh?" Wajah wanita itu bertukar masam. Dia amat terasa dengan kata-kata Daniel.
“Kalau dia elok dia tak kan layan jantan lain. Dia tak kan keluar like one family dengan jantan lain. Dia tahu you sukakan dia, Daniel. Lagipun, I dah ceritakan dekat you kan yang dia pun dah jatuh cinta dengan jantan tu."Sedikit kasar suaranya ketika bercakap dengan Daniel. Daniel memandangnya tajam. Seakan faham yang Daniel cukup pantang dia tinggikan suara semasa bercakap, lekas dia memohon maaf. “Sorry!" Daniel buat bodoh.
“I nak tanya you sekali lagi. Betul apa yang you dengar siang tadi tu? Takde satu pun ayat diorang yang you tertinggal untuk ceritakan dekat I?"Pantas wanita itu mengangguk. Dia dengar segala-galanya apa yang Sofea dan Haneez bualkan siang tadi. Nasib mereka tidak sedar dia turut ada di ofis waktu itu. Daniel tersenyuman sungging. “Good... I harap apa yang you ceritakan ni betul. You ingat Effa.. Kalau you cuba tipu I, you cuba burukkan Sofea. I akan ajar you cukup-cukup. I tahu you berdendam dengan dia." Daniel berkata dengan nada yang perlahan.
Wanita yang bernama Effa Nadira itu kelihatan terkejut.
“What, Daniel? You tak percayakan I? Okay, fine. Honestly, I memang sakit hati dengan dia sebab dulu I suka you tapi, you suka dia. But now, I dah tak marah dah. Sebab I dulu yang merasa body you yang sedap ni sebelum dia." Bersahaja dia baring di sebelah Daniel, dada bidang lelaki itu dipegang. Daniel tidak hiraukan.“Siapa nama jantan tu?"
“Fawwaz...."
“Fawwaz!" Daniel menghafal nama itu. Tiba-tiba matanya membulat.
“Shit!! Patutlah anak dia ada tanya mana uncle Fawwaz.. Rupanya memang mak dia ada jantan lain. Celaka! Kau kata tu kawan kau. Rupa-rupanya tu kekasih hati kau!" Dia memandang semula ke arah Effa yang sedang menenyeh di sebelahnya.“Kau lain kali kalau nak ambil gambar, fokus betul-betul muka jantan tu. Baru lah senang aku nak tahu siapa jantan tu. Itu pun nak kena ajar!" Marah Daniel tiba-tiba. Effa menjeling.
“Hello, Daniel...Yang you nak marah I ni kenapa? Sepatutnya you kena berterima kasih dengan I, tahu? You kena bersyukur I ada dekat sana masa tu. And secara tak langsung I jumpa diorang, terus lah I snap then hantar dekat you!" Dia memperbetulkan rambutnya perangnya seketika sebelum menyambung.“Tapi kan, Daniel. Sumpah, he's so handsome and hot! I tengok dia pun macam nak pengsan. No wonder lah si Sofea tu boleh jatuh cinta dengan dia berbanding you." Terus dia ketawa kuat tanpa menghiraukan Daniel yang sudah baran itu. Daniel pantas mencengkam rahang Effa. Terus tawanya mati.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Aku ni bos kau. Sedar diri tu sikit. Better you watch out your mouth before i send you to the hell. You got it?"Serentak Daniel melepaskan rahang Effa dengan kasar. Wanita itu meringai kesakitan. Dia bangun dari duduk. Mahu melangkah pergi. Hatinya benar-benar sakit dengan perlakuan Daniel ke atas dirinya. Sudah berbagai-bagai cara dia buat supaya Daniel sukakan dirinya namun, jejaka itu masih menyukai Sofea. Janda tak guna tu! Arghhh, baik aku blah dari sini.
Belum sempat Effa melangkah pergi, tangannya dipegang oleh Daniel.
“You nak pergi mana?" Tanya Daniel. Kata nama diri sudah bertukar. Tanda moodnya sudah bertukar okay. Tiberr!
“Nak balik. Buat apa I ada dekat sini. I kan, pekerja you je. I nak balik, esok I kena kerja." Daniel memandang tilam sambil tersenyum sinis. Merajuk pula.“Temankan I? I rindukan you..." Sengaja dia meleretkan suara, mahu menggoda Effa. Kelihatan Effa masih monyok. “No... Esok I kerja. Nanti you pula yang marah kalau I bangun lambat and masuk kerja lewat esok." Daniel tidak memperdulikan perlian Effa. Segera Daniel bangun. Dia menapak ke arah dompetnya yang terletak di almari mekap. Beberapa not RM 100 diambil. Kemudian, dia berjalan ke arah Effa.
“Ini untuk you... Esok tak payah pergi kerja. I bagi you cuti. Malam ni pun you tak payah balik. Tidur je sini. Okay, baby." Daniel memasukkan duit ke celah bra Effa. Seketika dia mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum menggoda. Effa sudah tersenyum gembira. Yeayhhh, dapat lauk juga malam ni! Hahahha.
“Ermmmm.... Sayang...." Renget Effa manja sambil memeluk badan sasa Daniel.Daniel pantas membalas. Bibir Effa dicium rakus, sambil tangannya laju membuka kasar baju yang dipakai oleh Effa. Dalam hati Daniel berdetik...
‘Effa... Effa... Bodoh betul kau. Sanggup kau perjudikan badan kau semata-mata nak kan duit.'Dan mereka terus melayari persetubuhan mereka yang haram itu. >o<
P/S: Ada sape² yang still ingat watak Effa Nadira dalam cerita ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.