Bab 38

10K 413 15
                                        

Fawwaz memberhentikan keretanya betul-betul di halaman banglo kampung milik Puan Vita. Kelihatan emaknya itu sedang menyapu sampah di lantai luar rumah. Sengaja dia membunyikan hon. Emaknya itu ralik memandang keretanya sambil tersenyum. Dah cam sangat dah kereta anak dia, kan? Fawwaz memalingkan muka menghadap Sofea pula. "Dah sampai, sayang. Jom turun.." Sofea membalas senyuman.

Dia tidak terus turun. Sebaliknya membiarkan dulu, Fawwaz memberikan salam sambil berjalan mendekati Puan Vita. Segera tangan tua dan pipi emaknya itu dicium mesra. "Sihat, mak?" Puan Vita tersenyum. "Sihat, alhamdulillah. Kamu macam mana, sihat juga?" Pantas Fawwaz mengangguk.
"Sihat... Macam biasa lah, mak." Puan Vita tidak membalas sebaliknya dia sibuk tercari-cari sesuatu ke arah kereta Fawwaz.

"Hahh... Kenapa ni, mak? Tengok apa?" Soal Fawwaz. Emaknya itu berpaling semula ke arahnya.
"Cari bakal menantu mak lah. Mana dia? Kamu kata nak bawa balik?" Fawwaz ketawa kecil. "Aduh, mak ni. Tak menyempat. Dia tengah bangunkan anak dia kot. Kejap, mak." Balas Fawwaz sambil dia mendekati ke arah keretanya. Seketika Puan Vita ralik memandang kelakuan anaknya.

Sofea mendukung Raisya yang sudah bangun itu sementara Fawwaz sibuk menggerakkan Rayyan yang sedang tidur lena. "Abang... Bangun, kita dah sampai ni." Kejut Fawwaz dengan lembut. Rayyan terjaga, mukanya masih lagi mamai. Melihatkan Rayyan yang masih mengantuk itu segera dia mengendong Rayyan. Boleh pula Rayyan sambung tidur di bahunya. Sofea berjalan dahulu mendekati Puan Vita sementara menunggu Fawwaz.

"Assalamualaikum..." Sofea memberi salam dengan lembut. Dia menyalami tangan Puan Vita walaupun sebelah tangannya sibuk mendukung Raisya. Puan Vita menyambut dengan mesra. Salam Sofea dijawab.
"Sihat ke ni?" Soal Puan Vita sambil memandang ke wajah cantik Sofea. Dia bagaikan terpukau dengan rupa paras Sofea. Hati tuanya terdetik yang Sofea ni bukan mempunyai darah melayu semata-mata. Pasti ada campuran ni berdasarkan paras rupanya yang agak lain itu. Sama seperti Fawwaz juga.

Cantik bakal menantunya ini. Patutlah Fawwaz boleh jatuh cinta. Sofea tersengih malu saat tersedar dirinya dipandang dengan pandangan yang tak berkelip oleh Puan Vita. Soalan Puan Vita dijawab seadaanya.

"Alahai, comelnya dia. Pipi tembun ni.. Pipi tembun-tembun, badan demok-demok ni." Pipi tembun Raisya dicubit manja berulang kali sehingga Raisya tergelak kuat, menyebabkan Sofea dan Puan Vita turut tergelak.

"Cerdiknya... Berapa bulan ni?" Soal Puan Vita tentang umur Raisya. Dia sempat mencium Raisya.
Sofea tersenyum sebelum menjawab.
"Baru nak masuk 6 bulan."
"Oh... Ye ke? Sihat badan dia.. Muka pun nak iras-iras macam Sofea, ye?"elum sempat Sofea menjawab, Fawwaz melangkah ke arah mereka sambil mengendong Rayyan. Rayyan sudah bangun apabila dikejutkan lagi oleh Fawwaz.

"Mak... Ni kenalkan, anak sulung Sofea. Namanya Rayyan Ameer." Serentak itu, Rayyan menyalami Puan Vita. Puan Vita menyambut bersama senyuman mesra. Pipi Rayyan dicium. "Abang pun handsome ni. Abang umur berapa?" Rayyan tidak menjawab, sebaliknya dia menunjukkan angka 4 di jarinya. Kemudian, dia melentok semua di bahu Fawwaz sambil tersengih malu. Kesemua ketawa dengan telatah Rayyan.

"Dia malu ni, mak. Enjin lambat panas sebab baru bangun tidur." Jelas Fawwaz.
"Amboi, nak malu apa dengan mak tok? Eh, dah lah. Jom kita masuk. Kasihan anak-anak kamu ni mesti penat. Sofea pun mesti nak berehat, nak solat ke apa ke." Pelawa Puan Vita dengan ramah. Kemudian, dia menyuakan tangan mahu mendukung Raisya, Sofea membenarkan.
"Ril.. Kamu pergi angkat beg bawa masuk. Rayyan dengan Sofea, jom kita masuk." Dan serentak itu dia menarik tangan Sofea untuk masuk ke dalam rumah. Sofea mengikut saja.

"Abang pergi masuk dulu, eh? Ayah nak angkat beg kejap."
"Alaa... Abang nak tolong ayah, boleh?" Fawwaz mencium pipi Rayyan. "Yelah.. Jom!" Balas Fawwaz, kemudian dia menurunkan Fawwaz dari dukungan lalu kembali ke keretanya.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Tambah lagi, Sofea. Jangan malu-malu. Buat macam rumah mak cik ni macam rumah kamu sendiri. Lagipun, nanti kamu nak juga jadi menantu mak cik." Pelawa Puan Vita. Ketika itu mereka di meja makan sedang menjamu makan malam. Yang makan hanyalah Fawwaz, Sofea dan Rayyan. Puan Vita pula, hanya duduk menemani mereka sambil meriba Raisya. Macam-macam menu yang Puan Vita sediakan. Kesemuakan masakan berasal dari Indonesia. Saja dia masak menu dari negara itu.

"Tambahlah, yang. Sedap, kan mak masak? Ada rasa macam indonesia sikit." Ujar Fawwaz sambil tersenyum ke arah Sofea. Dia sedang melantak sepinggan nasi ayam penyet buatan ibunya. Manakala, Sofea hanya makan bakso juga dari buatan Puan Vita. Dia memang jarang makan nasi di waktu malam.
"Amboi... Mestilah rasa macam masakan indonesia. Dah mak ni orang indonesia." Jawab Puan Vita bersahaja.

Sofea mengerutkan kening. "Indonesia? Mak cik orang sana ke?"
"Laaa, Sofea tak tahu ke? Fawwaz tak beritahu yang mak cik ni asal sana?" Soal Puan Vita kembali. Kemudia dia mengerling ke arah anaknya.
"Tak... Saya tak tahu pun. Tapi mak cik cakap tak macam orang sana. Takde pelat-pelat. Mak cik berbahasa malaysia fasih." Balas Sofea lagi. Wajah Puan Vita dipandang.

Kulit putih, gebu dan bersih, muka pula ayu saja. Nampak macam muka. Sofea menganggarkan yang Puan Vita baru mahu masuk 50-an. Tapi serius macam 40-an. Mesti kahwin muda ni. Sofea meletakkan sudu dan garfu di bibir mangkuk. Dia sudah kenyang. Tisu di meja makan diambil lalu mengelap mulutnya. Nasib baik dia ambil bakso sikit sahaja tadi. Kalau tak, memang paksa Fawwaz untuk habiskan. Ahaha.

Puan Vita ketawa kecil. "Yeke, fasih? Ahaaa, mak cik merantau dari kecil ke sini ikut mak ayah mak cik. Sebab tu yang fasih tu. Dah jadi macam orang sini dah. Sampai ada juga lupa perkataan baku indonesia. Aik, Ril... Kamu tak ceritakan dekat Sofea ke kita asal mana?" Puan Vita mengamati semula muka Fawwaz.
Fawwaz membalas renungan emaknya.

"Kena ke, mak? Bukan mak tak mengaku ke mak orang sana?"
"Aishh... Merapu je kamu ni. Apa pula tak mengaku? Kamu kena lah ceritakan semua dekat Sofea ni. Dari mana keturunan asal kamu. Tak lama nanti dah nak nikah. Biar takde rahsia apa antara kamu berdua." Fawwaz menghembuskan nafas berat. "Biarlah slow-slow Ril bagitahu. Nanti bila dah kahwin, takde pula topik nak bersembang. Kan, sayang?" Fawwaz mengerling kepada Sofea yang memakai tudung sarung berwarna hitam itu.

Sofea hanya tersenyum tawar. Dalam hatinya sudah pelik, kenapa Fawwaz tidak pernah ceritakan yang emaknya itu asal dari Indonesia? Dan lagi satu. Fawwaz hanya menceritakan yang emaknya itu sudah bercerai dengan bapanya atas sebab apa dia sendiri pun tidak tahu. Siapa bapanya? Lagi lah dia tidak tahu. Fawwaz langsung tidak pernah menyebut mengenai bapanya.

Akhirnya Sofea hanya mendiamkan diri dan mendengar saja celoteh Puan Vita dan Fawwaz. Sesekali Rayyan yang sedang makan itu turut diajak sembang. Kedengaran suara mereka ketawa dengan teletah Rayyan. Sofea turut tersenyum dalam masa yang sama, mindanya ligat memikir kenapa Fawwaz seperti tidak mahu menceritakan tentang kisah hidupnya. Adakah dia mahu ceritakan semua apabila mereka berkahwin nanti? Hermm... Tungguuu!

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang