"Mama tengok ni adik ketawa. Wahh, comelnya..."
"Adik comel macam abang lah. Abang pun comel."
"Yeke? Tapi, kenapa badan adik gemuk. Abang tak gemuk pun."
"Hehehe... Abang dulu pun macam ni lah, sayang. Cuma bila abang dah besar, dah pandai berjalan. Badan abang dah kurus. Tak berotot tembun dah macam dulu.
"Ooo... Mama, abang nak badan tembun-tembun macam adik, boleh?"
"Boleh, sayang.. Abang kena lah makan nasi banyak-banyak."
"Yeayyyhh... Nanti abang comel macam adik..."Sofea menghamburkan air mata. Hatinya terasa mahu pecah akibat terlampau sebak. Dia teringatkan semula kenangannya bersama arwah Raisya. Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari kini, tiada lagi. Tiada lagi wajah comel Raisya di matanya kini, tidak kedengaran lagi bunyi ketawa manja anak kecil itu. Tiada lagi bunyi esakan anak kecil itu dikala lapar dan dahaga. Sungguh! Raisya Ameera pergi di kala usia yang amat muda. Anak itu baru berusia 8 bulan. Allahu.. Kamu anak syurga, sayang. Kamu tiada dosa!
Haneez melangkah perlahan ke arah Sofea yang sedang duduk berteleku di atas katil. Di tangan kanannya ada bingkai gambar Raisya yang tersenyum comel. Sofea memeluk erat bingkai gambar itu bersama juraian air mata.
"Pia... Bawa bersabar, ye? Raisya dah takde. Jangan bersedih macam ni, Pia." Pujuk Haneez lembut. Dia juga turut sebak melihat nasib sahabatnya itu. Wajah Sofea nampak terlalu lesu dan pucat mungkin kerana tidak cukup rehat."Neez... Adik dah takde. Kenapa adik pergi dengan cepat, Neez? Dia baru je nak membesar. Adik baru nak belajar berdiri. Kenapa dia dah pergi? Kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa dia tinggalkam aku dengan Rayyan? Aku hanya ada adik dengan abang je dalam hidup aku, Neez. Tapi, kenapa adik.. Adik..." Pantas Haneez memeluk Sofea erat. Dia turut sama-sama menangis bersama sahabatnya itu. Haneez menyapu air mata yabg gugur di pipi Sofea.
"Pia... Kau jangan macam ni. Semua ni dah ajal Raisya. Bersabar, ye? Kau kena redha. Kau masih ada aku. Aku sahabat kau dunia akhirat. Aku akan bersama-sama di kala kau susah dan senang. Itu janji kita kan, selama ni?" Pujuk Haneez dengan lembut.
"Aku redha, Neez. Aku tahu dia sakit sangat. Aku cakap dengan dia, kalau dia dah tak tahan. Pergilah dengan tenang. Tunggu aku dengan Rayyan dekat syurga nanti.Aku nak jumpa anak aku dekat sana. Aku nak peluk dia, nak bagitau yang aku sayang sangat-sangat dekat dia. Dia tak sempat rasa kasih sayang papa. Kasihan anak aku, Neez. Ya Allah. Raisya Ameera, anak aku." Sofea membalas kembali pelukan Haneez dengan erat lagi. Wajahnya yang basah dengan air mata itu dibiarkan saja. Haneez diam tak terkata. Lidahnya kelu untuk membalas.
“Aku yang suruh dia pergi, Neez. Ya Allah.. Berdosa ke aku ni? Aku suruh anak aku mati. Aku suruh anak aku mati!!" Sofea menepuk kuat dada dengan tangannya.
“Sofea, sabar. Bawa mengucap. Semua ni dah takdir Raisya takde. Semua ni rahsia Allah. Kau tak salah. Ibu mana yang sanggup tengok anak dia menderita sakit macam tu. Aku pun tak sanggup, Pia."Haneez turut berduka. Dia mencium penuh kasih kepala sahabatnya itu. Ainnur Sofea wanita yang sangat tabah. Wanita yang sering berduka. Semoga kau menemui kebahagian dalam hidup kau nanti, Sofea. Aku sentiasa mendoakan kebahagian kau. Kau lah sahabat aku di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
🌼🌼🌼🌼🌼
“Zafran..." Zafran memalingkan wajah apabila terdengar namanya dipanggil. Ohh, Fawwaz yang memanggil dia. Jejaka itu kelihatan segak dengan berpakaian baju melayu berwarna hitam. Wajahnya tersenyum ke arah Zafran.
“Jom ke dalam. Imam suruh panggil kau. Solat jenazah dah nak mulakan tu. Kau jadi imam, ye? Lebih afdhal, sebab kau ni papa kepada si arwah." Ujar Fawwaz tenang sambil memandang ke arah Zafran. Zafran pula yang kelihatan resah.“Aku.. Aku tak pandai. Aku tak pandai jadi imam. Aku tak pernah solat jenazah." Balas Zafran dengan perlahan. Perasaan malu dan hiba tiba-tiba singgah di hatinya. Dia malu mengaku kekurangannya yang satu itu, namun dia terpaksa. Tak kan dia mahu berlagak pandai pula. Perkara sebegini tidak boleh dibuat main-main! Dia tidak mahu menambah dosanya yang sedia ada. Dosa sekarang ini pun tak tertanggung.
“Takpe, bro. Kau jadi makmum. Ikut je apa yang orang buat. Selain tu, doa je dalam hati, kau istighfar banyak-banyak. Solat jenazah ni ada empat takbir, tak sama macam solat lain. Nanti aku terangkan lagi macam mana nak buat. Jom kita ambil wuduk dulu." Fawwaz yang mahu berlalu pergi tersentak apabila tiba-tiba sahaja Zafran memegang tangannya. Fawwaz mempamerkan riak pelik sambil memandang ke arah pemuda berjubah putih itu.
“Aku wakilkan kau jadi imam. Aku tak sempurna, Waz. Kau tolong imamkan adik. Aku percaya kau boleh." Fawwaz terkejut mendengar pintaan dari Zafran.
“Bro... Aku.. Aku..."
“Tolong, Fawwaz.. Kau pun rapat dengan adik. Kau dah macam papa dia. Kau lebih kenal adik dari aku disebabkan kesalahan aku dulu. Aku minta tolong, Fawwaz. Imamkan adik buat kali terakhir. Aku tak mampu tunaikan tanggungjawab aku yang satu tu. Kau je yang aku harapkan."Fawwaz menepuk bahu Zafran dengan perlahan. Sebak pula melihat Zafran yang sudah mengalirkan air mata. Pasti dia sekarang ini sedang tertekan. Tak apa lah. Kalau yang ini yang dipinta, dia boleh menjadi imam untuk solat jenazah anak kecil itu. Hanya ini sahaja yang dia mampu lakukan. Raisya Ameera anaknya juga. Innalillahi wa inna ilayhi raji'u. Semoga kita bertemu di syurga suatu hari nanti ye, sayang..

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.