Bab 69

8K 341 7
                                        

Dia menghempas kuat buah kelapa ke pondok miliknya. Kemudian, diambil pula parang. Buah kelapa yang dibaling tadi dia kupas pula dengan laju. Langsung dia tak takut sekiranya parang yang tajam itu akan mencederakan dirinya. Beberapa biji buah kelapa berjaya dikupas. Tiba-tiba isterinya, Mak Nah muncul di pintu dapur. Bunyi kuat seperti hentakan sebentar tadi menarik perhatiannya untuk keluar. Matanya tertatap melihat suaminya yang sedang ralik mengupas kelapa.

 Matanya tertatap melihat suaminya yang sedang ralik mengupas kelapa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Awat tu bang? Bukan main kuat bunyi bising. Apa benda yang jatuh?" Soal Mak Nah sambil memandang kelakuan suaminya. Naik seriau dia melihat Pak Samad menghentak buah kelapa itu. Macam mahu lepas geram. Marahkan siapa pula ni?
Pak Samad tidak menjawab terus, dia menghembus nafas seketika.
“Hang diam ja lah. Pi buat la kerja hang tu." Balasnya garang langsung tidak memandang ke wajah Mak Nah.

“Laa, awat ni? Orang nak ambik tau pun salah. Tu, abang tu pasaipa. Koyak buah nyoq pulun semacam. Pasai apa? Kena tangan satgi macam mana? Nak marah kat sapa? Marah dekat Nah ka?" Pap!! Pak Samad menghentak kuat parang ke kelapa yang belum siap dikupas. Kemudian, dia menyalakan rokok Udang Garam miliknya. Asap berkepul-kepul dilepaskan di udara. Seketika dia melepaskan nafas berat.

“Aku bukan marah dekat hang. Hang tak dak salah apa pun. Ni, aku cuma geram dengan budak hat mai tadi tu." Mak Nah menyimpan senyum dengan jawapan yang diberikan oleh Pak Samad. Dia sudah faham kenapa Pak Samad bersifat sedemikian rupa. Dengan berani, dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Wajah tua Pak Samad dipandang penuh kasih.

“Abang tak boleh macam ni. Kita tak dak hak nak tahan Daniel tu balik sana. Budak tadi tu, adik dia. Darah daging dia, bang. Dah tentu dia nak bawa abang dia balik. Tak mau berpisah lagi dah. Lagipun lama dah Daniel tu dok dekat sini. Kita ni sapa ja abang oi, kita ni orang luaq ja. Tak dak kena mengena langsung dengan Daniel. Abang kena ingat!" Mak Nah bersuara cuba memujuk Pak Samad. Pak Samad menyedut rokok beberapa kali.

“Awatnya? Hang pun habaq kat aku yang hang dah anggap dia macam anak kita, kan? Salah ka kita tak bagi dia balik? Lagipun, dia dah selesa dok dengan kita. Dia tak habaq pun aku dah tau. Cara dia tu aku dah boleh baca." Pak Samad masih berkeras dengan caranya. Sementara Mak Nah mengeluh panjang.
“Abang... Abang tak boleh macam ni. Cara abang tu salah. Abang marah budak tu macam dia buat salah dengan kita. Padahal dia tak salah langsung.

Daniel tu ada mak pak lagi kat kolumpoq nu. Abang jangan buat macam kita ni mak pak kandung dia, bang." Kata-kata Mak Nah itu membuatkan Pak Samad semakin berapi. Terus dia bangun dari duduk. Matanya tajam memandang mata isterinya.
“Memang aku anggap dia macam anak kandung aku. Hang tau kan, kita dah berpuluh tahun dah menikah. Sorang anak pun kita tak dak. Salah ka aku nak curah kasih sayang aku dekat Daniel?

Hang tau dak, selama ni aku sunyi. Aku nak anak, tapi kita tak boleh ada anak. Aku sunyi, Nah. Aku sunyi. Aku cemburu tengok orang lain yang ada anak, main dengan anak. Main dengan cucu. Tapi, kita dari muda sampai tua bangka. Apa pun tak dak! Semenjak aku ambil Daniel tu kerja dengan kita, aku dah jatuh sayang dengan dia. Aku bukan senang nak suka orang, tambah-tambah orang muda. Tapi, dengan dia. Rasa lain, rasa dekat sangat aku dengan dia. Salah aku ka?"

Tanpa sedar, Mata tua Mak Nah sudah berkaca menunggu masa saja untuk gugur. Selama tiga puluh tiga tahun mereka hidup bersama, tidak pernah Pak Samad membangkitkan soal anak. Lagi dia tidak kisah jika sampai ke akhir hayat mereka duduk berdua. Tetapi, selepas sahaja kehadiran Daniel semuanya berubah. Pak Samad sering berkata yang dia sangat mengasihani Daniel seperti anaknya. Daniel budak yang rajin, ringan tulang dan hormat dengan orang.

Dia juga sudah jatuh sayang dengan Daniel. Suaminya pula, walaupun tidak tunjuk sangat perasaan sayangnya kepada jejaka berwajah pakistan itu dia sudah tahu. Daniel seperti pemberian rezeki kepada mereka. Sejak adanya dia, jualan ikan-ikan Pak Samad semakin laku. Malah, Daniel lebih rajin daripada pekerja Pak Samad yang seorang lagi. Setiap masa hanya nama Daniel meniti di bibir Pak Samad. Daniel itu, Daniel ini. Macam-macam diceritakan kepadanya. Sebab inilah Pak Samad sangat terkesan apabila mendapat tahu yang Daniel mahu pulang ke tempat asalnya.

“Abangg..." Perlahan saja suara Mak Nah memanggil suaminya. Pak Samad diam tidak bersuara. Dia menarik nafas menenangkan hatinya.
“Abang dah lupa ka kita pernah ada anak tapi anak kita meninggal masa Nah lahirkan dia?" Pangg!! Bagaikan satu tamparan hingga di pipi Pak Samad. Dia baru teringatkan sesuatu. Perlahan-lahan dia memandang ke wajah Mak Nah.

“Na... Nahh.." Panggil Pak Samad perlahan.
“Abang tak ingat ka sejak hari tu Nah tak boleh mengandung sebab ada komplikasi dekat rahim Nah. Abang tak ingat ka?" Akhirnya, gugur beberapa butir permata di pipi tua Mak Nah. Tangannya memegang perut seakan ada satu nyawa di dalam perut itu.
“Nah... Maafkan abang..." Pak Samad memandang sayu ke arah isterinya.

“Nah minta maaf. Nah gagal berikan abang zuriat. Nah isteri tak guna. Nah tahu abang sedih disebabkan kematian anak kita, abang nak anak lagi. Tapi, Nah tak mampu berikan. Nah sakit bang, masa tu. Nah..."
“Nah, abang minta maaf Nah. Abang ungkit kisah lama. Abang lupa janji abang tak kan sebut dah hal ni. Abang minta maaf, abang minta maaf." Dirapatkan tubuh ke tubuh Mak Nah. Tangannya cuba memegang tangan isterinya, namun cepat sahaja Mak Nah menghalang.

“Nah minta maaf. Nah tak sempurna. Nah gagal buat yang terbaik untuk gembirakan abang. Tapi, abang kena tahu satu hal. Nah pun sedih dengan kematian anak kita, lebih teruk dari abang. 9 bulan Nah mengandung anak kita, elok ja kita nak keluar dia pula tak dapat diselamatkan. Kalau diikutkan dah lama Nah jadi gila. Tapi, Nah redha dengan  takdir yang Allah dah tetapkan. Ada hikmah semua ni berlaku. Nah tak rasa kalau anak kita selamat, kita mampu besaqkan dia.

Kita susah waktu tu. Nak makan pun takdak duit. Abang pula kerja sawah waktu tu. Beras secupak pun takdak, nak duit kena kira syiling. Walaupun masa mengandungkan dia doktor cakap kandungan Nah sihat, tapi dia dah pi. Abang kena terima semua ni. Abang sayangkan anak kita, kan?" Perlahan Pak Samad mengangguk. Wajahnya isterinya dipandang tanpa jemu. Allahuakhbar, dia sudah berdosa kerana membuat isterinya terasa hati. Dia gagal menjaga hati isterinya.

Hanya disebabkan rasa marah, dia melepaskan marah kepada isterinya. Sungguh kejam manusia yang bernama Abdul Samad bin Abdullah! Ampunkan aku, Ya Allah.

Mak Nah menyapu air mata.
“Abang bayangkan pula kalau kita ada di tempat mak ayah Daniel. Macam mana kita rasa? Anak kita dah takdak depan mata kita. Takdak berita apa. Merata tempat kita cari dia tapi tak jumpa. Dan abang bayangkan pula kalau kita di tempat adik Daniel. Dia dah jumpa abang dia, tapi kita pulak tak bagi dia bawak balik Daniel, apa abang rasa?" Mata tuanya memandang ke wajah suaminya yang semakin dimamah usia.

“Abang...." Kata-kata Pak Samad magi di situ.
“In Sha Allah, kalau Daniel tu masih ingatkan kita. Dia anggap kita ni macam mak pak dia lagi, dia akan ziarah tengok kita. Daniel budak bagus abang pun tau. Dan saya pun tau Daniel asal dari keluarga yang bagus. Abang tengok adik dia, bagus budi bahasa. Lembut ja bercakap dengan abang, walaupun abang berkasaq dengan dia." Pak Samad menundukkan wajah.

“Abang nak masuk mandi lepas tu pi surau. Waktu  zohoq dah nak masuk." Mak Nah tersenyum.
“Lepas tu, balik terus. Sat lagi lepas asaq depa nak singgah sini. Nak jumpa kita sebelum balik sana." Mak Nah mengingatkan Pak Samad sebelum terlupa. Kelihatan Pak Samad mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah kampung mereka. Raut wajah itu masih lagi menunjukkan riak sedih.

Mak Nah tersenyum keseorangan. Mujurlah, suaminya mendengar juga nasihatnya. Namun, kata-katanya berkisahkan tentang kenangan silam mereka dahulu tiba-tiba menjengah di minda. Sampai bila pun dia tidak akan lupa peristiwa hitam itu. Semoga arwah anaknya tenang sahaja di alam sana.

AL-FATIHAH.

“Maafkan Nah, abang. Nah bukan isteri yang sempruna." Perlahan langkah diatur ke pintu dapur.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang