Bab 5

14.9K 505 4
                                    

Malam itu, Sofea anak beranak melepak di ruang tamu sambil mengajar Rayyan sesuatu di buku tadika milik Rayyan. "A for apple!" Kedengaran Sofea mengajar Rayyan tentang abjad ABC.
"A for apple..." Suara comel itu mengikut dengan manja. Dia sedang meniarap di atas permaidani di hadapan peti televisyen bersama sebuah buku manakala, Sofea sedang meriba Raisya bersebelahan dengan Rayyan. Badannya disandarkan ke sofa.
"C for cup!
"C for cup..."

"S???" Sofea bertanya random huruf ABC. Mahu menguji kepintaran anaknya.
"Sugar!!" Rayyan menjawab dengan girang. Sofea tersenyum.
"F??"
"Ferry!!"
"Good, abang. Ermmm... How about M?" Sofea bertanya lagi. Keningnya dijongket ke arah anaknya. Sengaja!

Kelihatan Rayyan menggaru kepala. Sah lah, dia keliru. "M apa?" Rayyan kembali bertanya.
"M lah, abang. M untuk apa?" Seketika anak kecil itu berfikir. Wajahnya yang comel itu dikerutkan.
"M for milik!"
"Yes... Well done! Pandainya anak mama. Adik.. Tengok tu, abang dah pandai, kan?" Sofea mengagah tangan tembam comel Raisya ke muka Rayyan. Rayyan mengelak kegelian. Dia ketawa kuat.

"Mama tak nak, ma. Abang geli..." Rayyan bersuara manja. Seketika Sofea hanya ketawa.
"Eleh.. Macam itu pun geli ke, bang?" Sofea mencium manja wajah Raisya yang kini sudah berusia 5 bulan. Tersengih-sengih Risya Ameera. Raisya juga kini sudah pandai meniarap. Cepat sungguh masa berlalu.
"Ma... P? P for papa, kan?" Terhenti segala perlakuan Sofea. Wajah Rayyan dipandang.

"Papa?" Rayyan mengangguk.
"Ma... Papa mana? Mama cakap papa work. Kenapa lama sangat papa work, ma? Papa tak nak jumpa abang dengan adik ke?" Rayyan bertanya lagi. Wajahnya dilentokkan ke lengan. Allahu, kasihan sekali Sofea mendengar suara anaknya itu. Kalau diceritakan perkara yang sebenar, adakah anak yang sekecil itu faham? Air liurnya ditelan.

Ya, Rayyan Ameer masih kecil. Di awal usia sekecil ini, dia tidak mengerti apa-apa. Sofea tidak sanggup berterus-terang tentang masalah yang dialami sekarang. Tentang perangai sebenar papanya. Tak! Zafran Hadiff tidak layak digelak papa! Dia penipu! Pengkhianat! Bangjingan!!! Semua perangai buruk ada dekat dia!

"Mama???" Sofea tersentak saat Rayyan memanggilnya kuat. Terus hilang wajah yang paling dia benci itu dari ingatannya.
"Abang... Abang dengar apa yang mama nak cakap ni, eh." Wajah anaknya dipandang.

"Mama tahu abang kecil lagi, mungkin abang tak faham apa yang mama nak cakap ni. Abang..." Sofea biarkan Raisya meniarap berseorangan di sebelahnya. Dia pantas menyuruh Rayyan duduk di hadapannya. Tangan anak bujangnya dipegang.
"Abang ingat pesan mama ni sampai bila-bila, ye?" Rayyan mengangguk seakan faham. Sofea tersenyum. "Tak semua orang akan stay dengan kita. Sampai suatu masa, orang tu akan pergi tinggalkan kita.

Walaupun sayang macam mana pun kita pada dia. Abang, mama dan papa dah tak boleh duduk bersama sekarang. Kami dah takde apa-apa ikatan. Abang tak perlu tahu lagi buat masa sekarang apa sebab dia. Yang penting sekarang ni mama ada untuk jaga abang dengan adik. Mama sayang sangat dekat anak-anak mama. Mama harap nanti bila dah besar, abang dengan adik jadi orang yang berguna ye, sayang."

Sofea menggosok perlahan kepala anaknya dan Rayyan pula bertindak mencium kedua kedua-dua belah pipi Sofea.
"Ma... Abang sayang mama. Abang nak mama..." Bisik anak itu perlahan.
Allahuakhbar! Fahamkah anak itu dengan apa yang dikatakan olehnya tadi? Kalau benar, salahkah dia kerana telah menyakiti perassan Rayyan daripada tidak tahu apa-apa hingga tahu semuanya.

"Ye, sayang. Mama ada dekat sini. Abang janji mama akan jaga abang dengan adik baik-baik. Sampai mama takde nanti." Air mata berjuraian mengalir di pipi Sofea.
"Mama takde? Mama nak pergi mana? Nak ikut!" Sofea menahan hati. Tubuh genit itu dipeluk erat. "Mama tak pergi mana, sayang. Tak pergi mana. Dah, abang tidur dulu, eh? Esok kita sambung lagi, ye?" Dipujuk anaknya itu tetapi, Rayyan cepat-cepat melepaskan pelukan.

"Alaa, kejap lah. Abang baru je nak tunjuk something dekat mama ni..." Rayyan memuncungkan mulut sambil berpeluk tubuh tanda merajuk. Sofea menggeleng kepala melihat telatah Rayyan
"Abang nak tunjuk apa, erm??"
"Mama tunggu kejap." Bicara Rayyan petah, kemudian dia berlari masuk ke biliknya. Selang dua minit dia kembali sambil memegang kertas di tangan. Dia menghulur kertas itu kepada mamanya. Sofea menyambut sambil mengerutkan dahi.

"Surat apa ni, bang?"
"Alaaa, mama baca lah. Surat tu tadi cikgu suruh bagi dekat mama." Balas Rayyan manja kemudian, dia bermain dengan adiknya. Pipi tembam Risya dicium bertalu-talu sehinggakan adiknya itu merenget manja. Sofea segera membaca surat tadi dengan penuh fokus.

'SURAT KEBENARAN WARIS/LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA.' Kemudian diikuti tarikh, masa dan bayaran yang dikenakan. Kalau ibu bapa/penjaga setuju, perlu tandatangan sahaja. Terbuntang matanya melihat kos yang perlu dibayar. Kos makan, pengangkutan dan tiket masuk ke zoo negara. Cupp!! Kenapa mahal sangat ni, perlu ke sampai mahal macam ni bayarannya?

Sofea mencari wajah Rayyan.
"Abang... Abang nak pergi ke?" Rayyan melihat sekilas wajahnya kemudia dia menggeleng.
"Aikk... Abang tak nak pergi? Kenapa?" Pelik pula kenapa Rayyan tidak mahu pergi, selalunya dia lah yang paling seronok apabila diajak berjalan. Tambahan pula, anaknya itu sangat sayangkan haiwan. Pantang melihat kucing, terus sahaja dia mahu belai. Langsung tak takut!

"Abang tak nak pergi... Abang takut mama takde duit." Allahu, anak! Kasihan sangguh Sofea mendengar rintihan anaknya. Seperti tahu nasib mamanya. Benarlah, sekarang tengah bulan. Wang yang ada hanya sekadar cukup-cukup makan. Dapat sahaja gaji, terus Sofea membayar hutang-piutang seperti hutang kereta, rumah, bil air, bil api, barangan keperluan rumah, susu, pampers anak anak juga diambil kira.

Termasuk juga hutang ptptnnya yang belum habis-habis dibayar. Gajinya pula tidak seberapa. Pendek kata, kalau nak membeli barangan seberono itu jaranglah bagi Sofea. Dia lebih utamakan keperluan anak-anak berbanding dirinya. Biar dia terpaksa ikat perut, asalkan anak-anaknya cukup makan!

"Abang... Siapa kata mama takde duit? Mama adalah. Kalau abang nak pergi,mama izinkan." Terpaksa Sofea menipu. Bukannya apa, dia tidak sampai hati melihat wajah sayu Rayyan. Anaknya masih kecil untuk berasa semua ini. Tidak mengapalah, kalau dia terpaksa mengeluarkan wang lebih sedikit sebelum gaji. Asalkan Rayyan gembira bersama kawan-kawannya. Tambahan pula, Rayyan tak selalu meminta macam-macam seperti kanak-kanak lain. Anaknya itu sangat baik.

"Mama... Mama ada duit?" Pantas Sofea mengangguk.
"Ye, sayang. In Sha Allah mama ada. Abang nak pergi?" Tanya Sofea lagi. Cepat-cepat Rayyan menjawab.
"Nakkk!!!" Maa, abang nak pergi. Nak pergi. Yeayy, boleh tengok tiger, crocodile. Wahhh, seronoknyeee!!" Rayyan bersorak keriangan dan memeluk erat mamanya. Sofea ketawa lucu namun, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan sebenarnya.

Raisya memerhati wajah mama dan abangnya, kemudian dia ketawa. Sofea mengangkat pula anak daranya itu ke riba. Pipi tembam anaknya dicium. Rayyan turut membuat hal yang sama.
"Mama.. Terima kasih.. Sayang mama." Dia memeluk mama dan adik yang tidak tahu apa-apa itu. Sofea membalas.
"Ye, abang. Mama pun sayang abang. Sayangkan adik. Dah jom tidur. Dah lewat ni." Jam di dinding dikerling. Masa sudah menunjukkan hampir pukul 12.

'Ya Allah, ya Tuhanku. Kau permudahkan lah segala urusan ku untuk menjaga dan mendidik anak-anakku. Amin Ya Rabbal Alamin.' Doa Sofea dalam hati sambil bangun dari duduk.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now