Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
“Kalau nak dapat gambar yang bagus, angle shot kena jaga. Baru gambar tu nampak cantik. Kalau kita tambah extension tube dekat kamera, dia boleh tambah jarak antara lensa dan sensor gambar. Macam kita zoom gambarlah dekat handphone. Tapi, kalau nak buat fotografi benda-benda kecil, kena guna lensa dengan focal length yang panjang supaya ada jarak yang cukup antara kamera dengan subjek foto dan latar belakang lebih blur. Macam guna bokeh dekat handphone."
Fawwaz memberi keterangan panjang lebar kepada abangnya, Daniel. Ketika itu mereka berada di kedai aksesori kamera yang selalu Fawwaz kunjungi di ibu kota. Flash Gadjet. Dia mahu membeli sedikit aksesori kamera untuk studionya. Fawwaz membuat perbandingan deretan extension tube di hadapannya, yang mana yang bagus dan sesuai dengan kemahuannya. Di menghalakan kamera ke luar kedai itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“So, macam mana nak beli extension tube ni. Benda apa yang kita kena fikir?" Soal Daniel sambil memandang tingkah laku Fawwaz. Sedikit sebanyak dia sudah mula menunjukkan minat di dunia fotografi. Sudah banyak ilmu yang dia dapat. Fawwaz memang tidak lokek memberikan ilmu yang dia ada. Fawwaz membelek benda alah di tangannya sebelum menjawab.
“Kalau nak beli extension tube, elok beli yang ada fungsi TTL. Maksud TTL ni Through the lens dan auto focus. Sebab kita boleh dapat gambar yang elok macam tak pakai extension tube. Setengah photographer tak reti pakai extension tube ataupun beli tak betul. Sebab tu lah, setengah gambar ada yang retak-retak." Jelas Fawwaz lagi. Daniel menganggukkan kepala. Ada yang dia faham, ada yang tak.
“Kau tengok ni..." Fawwaz menunjukkan contoh gambar yang diambil olehnya di telefon.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Gambar yang aku ambil dengan kamera lepas tu aku transfer dekat handphone. “Perfect. Pantai mana kau pergi ni?" Puji Daniel ikhlas. Fawwaz tersenyum. “Dekat Malang Jawa, Indonesia. Nama pantai tu amende entah. Balekambang ke apa entah nama dia." Fawwaz memasukkan semula handphone ke dalam kocek.
“Kalau takde fitur tu, kita kena maju mundur kamera lah, buat sendiri sampai kau dapat fokus dan kena setting terang dengan gelap sendiri. Mencabar sikitlah kalau takde extension tube ni. Sebab tu setengah gambar ada yang blur lah apa lah. Tapi, kalau kau pro takde hal." Mereka membalas senyum.