Bab 20

11.9K 429 18
                                        

Pertembungan dua pasang mata antara Fawwaz dan Zafran berlaku di bilik wad. Boleh dirasakan, sebentar lagi akan meletus perang antara kedua lelaki tinggi lampai ini. Tapak tangan Fawwaz memegang erat lengan kekar Zafran yang melayang di udara. Fawwaz mempamerkan senyuman mengejek. “Nak bercakap, pakai mulut. Tak payah naik tangan boleh kot, bro?" Sinis sekali Fawwaz membuka bicara.

Zafran mendengus kuat. Tangannya direntap menyebabkan pegangan Fawwaz terburai. Anak matanya memandang tepat ke arah mata coklat milik Fawwaz.
“Kau siapa nak halang aku. Jangan nak kacau hal rumahtangga orang boleh tak? Entah celah mana kau datang ni..." Kuat sekali suara Zafran menengking Fawwaz. Suasana amat genting ketika ini. Boleh dirasakan, peperangan akan bermula antara kedua lelaki yang sama berkulit cerah ini.

“Kalau aku tak masuk campur. Aku agak boleh pecah muka Sofea ni kalau kau lempang muka dia dengan tapak gajah kau tu. Apa ni, bro? Be gentle lah. Dia perempuan kot. Kau apahal nak berkasar dengan dia?" Sempat dia menatap wajah Sofea yang menunduk itu. Mungkin dia malu dia terpaksa bertengkar dengan jantan tak guna ini di hadapannya.

Whatt?? Kau nak ajar aku? Kau siapa? Abang dia? Adik dia? Bapak saudara dia? Sepupu dia?"
“Bakal suami saya!!" Potong Sofea tanpa berfikir panjang. Matanya melawan pandangan tajam Zafran yang merah itu. Bukan hanya Zafran sahaja yang terkejut, Fawwaz juga begitu. Matanya membulat tanda tidak percaya. Wajah cantik Sofea dipandang untuk meminta penjelasan. Kelihatan Sofea tenang-tenang sahaja.

Manakala, mata si kecil Rayyan sudah membulat. “Mama.. Mama nak kahwin dengan uncle?" Dia bertanya dengan perlahan namun, suaranya yang kedengaran teruja itu tidak boleh disembunyikan. Sofea menayang senyuman terpaksa kepada Rayyan. Cepat-cepat dia suruh agar Rayyan buat tidak entah sahaja dengan keadaan di sekelilingnya. Rayyan hanya menurut namun, kata-kata ibunya tadi bermain di fikirannya sehingga berkerut keningnya.

Baru Rayyan berani bersuara. Semenjak Zafran datang mula-mula tadi, dia hanya senyap. Tidak berani mengeluarkan suara langsung. Tidak berani mengangkat muka memandang wajah papanya yang bengis itu. Dia hanya diam tidak berkutik walaupun Zafran ada juga menegurnya. Kini, selepas Fawwaz datang, baru dia rasa berani sikit.

“Oh bakal suami..." Ujar Zafran perlahan sambil ketawa. Kepala digeleng beberapa kali. Kemudian, dia mengangkat wajah memandang kedua manusia itu.
“Hebat kau Sofea. Cepat kau buat kerja. Bakal suami konon. Phuihh! Apa yang kau nak buktikan dari aku? Kau nak cakap yang kau pun boleh cari orang lain macam aku ke? Kalau kau nak tunjuk dekat aku yang kau ni ‘laku’, carilah yang jernih sikit. Ni budak hingusan mana yang kau sebat ni. Dengan gaya entah apa-apa. Kau lain kali kena cari yang kaya macam aku ni kalau nak buat laki. Takde otak ke?"

Zafran terus-terusan menghina Fawwaz. Tubuh lelaki itu diperhatikan dari atas hingga ke bawah. Boleh tahan juga pilihan Sofea. Sebenarnya, Fawwaz seorang yang kacak. Lebih kacak darinya. Dia akui itu namun, oleh kerana dia ego dan rasa tercabar. Terus dikritik dan dikutuk jejaka itu sesuka hati.
Dengan kulitnya yang putih, tinggi lampai, mempunyai badan yang sasa namun, tidaklah sesasa dia.

Tapi, dia tetap ada otot. Kira dah perfectlah tu sebagai lelaki idaman. Matanya tidak bulat dan tidak sepet, berhidung mancung, bibirnya berbentuk nipis.
Dengan ripped jeans dan tshirt putih bercorak itu menampakkan lelaki ini kacak dan menyerlahkan lagi kulit cerahnya. Dengan rambut digayakan gaya terkini. Sekali imbas macam orang inggeris pun ada. Dia yakin lelaki ini ada kacukan bukan sekadar orang melayu tulen.

 Dia yakin lelaki ini ada kacukan bukan sekadar orang melayu tulen

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Fawwaz menjongket kening. ‘Ai.. Boleh tahan juga mulut si bangang ni mengutuk aku. Budak hingusan? Aku ni dah 29 tahun tahu tak tapi, nampak muda. Bukan macam kau tu macam toy story! Aku pakai tshirt biasa je kot. Apa masalah kau? Dasar buta fesyen. Hal pakaian aku pun nak dibangkit ke? Kurang ajar betul! Dia belum kenal lagi aku siapa. Kau jangan ingat kau seorang je kaya! Sekali aku tunjuk senarai harta pusaka aku baru kau tahu. Salah orang lah brother, kau nak hina!

Fawwaz menenangkan hati. Wajah tidak puas hati Zafran direnung tajam. Namun, belum sempat dia maki Zafran. Selagi lagi Sofea mencelah. “Saya pandang dia dengan hati. Saya sayang dan cintakan dia. Dia layan saya dengan baik. Dia ikhlas sayangkan Rayyan dan Raisya biarpun diorang bukan anak kandung dia. Isu duit ke harta ke apa nak hairan. Semua tu boleh dicari. Yang penting saya yakin dia pilihan yang baik untuk saya kali ni. Saya tak salah lagi dan saya tak nak ulangi salah pilih jodoh." Suara Sofea kedengaran lembut gelingan Fawwaz.

Entah kenapa dia rasakan Sofea seperti memaksudkan apa yang dicakapkan itu dengan ikhlas dan betul. Padahal dia tahu, Sofea hanya berlakon mahu menyakiti hati lelaki ini. Fuhhh, alangkah indah kalau kata-kata dari empunya bibir yang menawan itu menjadi kenyataan. Hari ni juga dia belanja pekerja-pekerja makan bakso yang terkenal di ibu kota ini. ‘Ecehh, padahal memang selalu pun aku belanja..' Bidas hatinya kembali.

“Habis kau nak kata yang kau salah lah ni sebab kahwin dengan aku dulu?" Soal Zafran sebaik Sofea menghabiskan ayatnya.
“Ha'ah. Memang pun. Terima kasih lah, bro sebab lepaskan Sofea. Kalau tak, entah siapalah jodoh aku. Aii, untungnya dapat Sofea. Dah lah cantik, baik pula tu. Kalau kau...."
“Setan!! Kau diam boleh tak?" Zafran naik bengang. Terus dicekak leher baju Fawwaz. Penumbuknya dikepal kuat.

Belum sempat dia menumbuk wajah itu, Sofea dan Rayyan menjerit untuk menghalang. Terbantut terus niatnya. Seketika dia berpaling ke arah Fawwaz. Wajah lelaki itu direnung tajam.
“Kau jangan ingat kau dah bagus sebab dah rampas anak-anak aku. Kau tu muda lagi. Budak-budak. Banyak lagi benda kena belajar. Pergi balik buka google, belajar cara nak jadi jantan sejati." Sinis sekali suaranya manakala Fawwaz yang mendengar ayat terakhir Zafran sudah ketawa kecil.

Dia menayang senyuman jahat. “Kau yang bodoh sebab tinggalkan Sofea. Kau bodoh sebab pulaukan anak-anak kau. Padahal diorang tu kecil lagi. Perlukan perhatian mak bapak. Bapak jenis apa kau ni tak reti tanggungjawab? Kau kata aku ni budak hingusan? Huhh, habis kalau kau tu dah tua sangat apasal tak reti  fikir? Kau ni sejati sangatlah sampai nak menghina orang macam ni?"

“Setan!!" BUSHHH!!
Satu tumbukan hinggap di tepi bibir Fawwaz tanpa sempat dia mengelak. Fawwaz terperosok ke belakang dan menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Segalanya terjadi begitu pantas tanpa sempat dia bersedia.
“Fawwazzz!!!"
“Uncleeee!!"
Serentak suara Sofea dan Rayyan bergabung. Pantas Sofea bergerak ke arah Fawwaz yang sedang terduduk di lantai itu sementara Rayyan juga mahu ke arah Fawwaz namun, kakinya menghalang segala pergerakannya.

Akhirnya, dia hanya boleh terbaring saja di atas katil sambil melihat pakcik kesayangannya itu dibantu oleh mamanya. “Fawwaz... Awak okay tak ni?" Soal Sofea dengan cemas. Dia kelihatan takut-takut mahu menyentuh lelaki tampan itu. Fawwaz memandang wajahnya dengan jarak yang dekat dan menyebabkan mata mereka bertatapan agak lama. Mereka tersentak apabila terdengar rengusan yang terkeluar dari bibir Zafran.
“Kenapa awak ni Zafran? Tak habis-habis kerja nak pukul orang je?

Awak tak fikir ke perbuatan awak ni tak betul. Awak siapa nak pukul orang sesuka hati?" Marah Sofea. Matanya tajam memandang Zafran. Fawwaz menyapu darah yang mengalir sedikit di tepi bibirnya. ‘Sial!! Mesti lembam nanti ni!'. Namun, dia sedikit terharu apabila Sofea mengambil tahu tentang dirinya. Wajah putih bersih itu dipandang lama. Jelas Sofea risaukan dirinya.

“Aku nak tengok korang ni boleh bahagia ke tak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Aku nak tengok korang ni boleh bahagia ke tak. Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bahagiakan kau. Dengar sini Sofea, hal kita belum selesai. Selagi aku tak dapatkan hak penjagaan anak-anak semula kau jangan harap aku takkan kacau kau lagi dah. Buat masa sekarang korang bergembiralah dulu. Kau tunggu dan lihat je apa yang aku nak buat nanti!" Ujar Zafran dengan penuh dendam.

Sejurus kemudian, dia melangkah keluar dari bilik wad meninggalkan mereka bertiga. Pintu ditutup dengan kuat menggambarkan hatinya yang panas gembira melihat kelakuan merpati dua sejoli itu.
‘Arghhhgh, shit!!'

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang