Bab 16

10.8K 419 17
                                        

Fawwaz rasa seperti ada benda yang tidak kena. Dia gelisah keseorangan. Dipusing ke kanan, dia rasa tak selesa. Pusing kiri pun rasa tak selesa. Senang cerita, dia bangun dari baring kemudian berjalan ke arah meja komputer. Laptop Apple miliknya yang berwarna hitam dihidupkan. Ketika itu dia sedang berada di kamarnya, yang mana dia telah menyewa satu rumah bersama Saiful di ibu kota Kuala Lumpur.

Rumah taman satu tingkat itu biarpun didiami oleh dua orang insan yang bernama lelaki, tetapi ianya sangat kemas dan bersih. Mungkin kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di situ. Tidaklah kotor dan semak sangat. Tambahan pula, mereka juga banyak menghabiskan masa di studio yang diibaratkan seperti rumah kedua mereka. Dekat sana Fawwaz siap buat bilik itu tidur lagi, siap ada dapur kecil, katil dan tempat menyalin pakaian.

Di hadapan laptop yang sedang terpasang itu, dia boleh termenung pula. Blur, tidak tahu membuat apa. Sah lah. Fawwaz Nazril sudah tidak normal. Jarang dia berkelakuan seperti ini. Semuanya rasa tak kena. Adakah semua ini kerana cinta? Cupp!! Tapi dia jatuh cinta dengan orang yang salah. Dia dah jatuh cinta dengan isteri orang. Isteri orang Fawwaz! Oh, god. Ni kalau mak kau dekat kampung tu tahu, memang dah diterajangnya engkau.

Silap haribulan, muka kacak kau tu boleh bertukar jadi hodoh kalau kau buat perangai macam ni (caitt, sempat lagi perasan kau kacak). Tapi, dia nak buat macam mana. Bukan dia yang minta, hati ni lah sebabnya. Berdegup tak tentu pasal. Suka hati kau je suka dekat bini orang, ada anak dua pula tu! Ya ampunnnn.... Ni bukan kau Fawwaz... Bukan kau!! Ingat sikit Mak Cik Vita Mahyuni dekat kampung tu!

“Astarghfirullahalzim...."Fawwaz beristighfar berulang kali. Wajahnya yang tidak bermaya itu diraup sambil mata terpejam. Dia cuba menghalau anasir-anasir jahat yang sihat di mindanya. Sedang Fawwaz dengan ‘dunianya', wajah Saiful terjenggul di pintu bilik. Terjongket sebelah keningnya melihat tindakan Fawwaz yang seperti dilanda masalah itu.

“Wazz.. Oi, Wazz?" Fawwaz mengangkat wajah dan memalingkan ke arah Saiful.
“Apa?" Soalnya dengan nada malas.
“Kau kenapa? Okay tak?"
“Apahal? Kau nampak aku macam mana?" Soal Fawwaz lagi sambil mengerutkan kening.
“Macam ada masalah je. Nak share apa-apa ke?" Saiful menguak pintu bilik dengan luas. Dia melangkah bersahaja dan duduk di birai katil Fawwaz dengan agak kasar. Takpe, tilam mahal!

“Takde apalah..." Ujar Fawwaz lagi sambil memandang ke arah tingkap. “Mana boleh takde apa. Kau macam je ni. Kongsi jelah. Macam tak biasa je. Apasal ni, pasal bapa kau ke?" Ujar Saiful serkap jarang. Fawwaz tidak menjawab. Sebaliknya, dia menggerakkan jari ke touchpad dengan laju. Folder yang menyimpan gambar-gambar parti harijadi Tan Sri Iskandar dibuka. Kemudian, dia mencari gambar Sofea. Saiful tidak bersuara, sebaliknya hanya menunggu tindak-tanduk jejaka kacak itu.

Dia melangkah ke arah Fawwaz. Badannya dibongkokkan sedikit sambil memegang kerusi yang diduki oleh Fawwaz. Keningnya berkerut.
Who's she?" Soal Saiful ingin tahu.
“Kau rasa?" Soal Fawwaz kembali tanpa mempedulikan soalan oleh jejaka itu.
“Jap.. Ni bukan ke awek yang datang masa birthday bapak kau tu. Kenapa dengan dia?" Tanya Saiful lagi. Belum sempat Fawwaz menjawab. Kedengaran lagi suara Saiful. “Oh, God!" Tawanya juga kedengaran.

“Okay aku dah faham. Someone fall in love right now..." Kata Saiful dengan penuh maksud. Bahu Fawwaz dipegang. Seketika dia menilik wajah Sofea yang seakan memandang ke arah mereka di skrin laptop. Gambar itu ditangkap candid oleh Fawwaz. ‘Patutlah, jantan ni boleh jatuh hati. Cantik giler! Aku yang tengok ni pun nak juling biji mata.' Desis hatinya sambil menilik wajah kacukan Sofea.

“Tengok sikit-sikit dah lah!" Fawwaz bersuara sedikit kuat sambil menjeling Saiful. Seketika dia mematikan terus laptopya. Gambar Sofea terus hilang di pandangan mata mereka. Saiful hanya ketawa sambil menggeleng. Itu pun nak jelous! Dia merebahkan kembali duduk di atas katil.

“Kau kenal ke dia?" Fawwaz tidak menjawab terus. Agak lama, baru dia menceritakan kejadian yang berlalu baru-baru ini yang menyebabkan dia dilanggar oleh Rayyan sehingga anak kecil itu masuk ke wad. Mujurlah kamera kesayangan dan aksesori yang baru dibelinya tidak jadi apa. Sebaliknya, anak kecil itu pula yang menjadi mangsa.

“Ish... Ish... Kiranya cinta pandang pertama lah ni? I see... Dah tu apahal kau tak minta je nombor Sofea tu. Boleh jugalah kenal-kenal. "
Kau gila ke? Sofea tu bini orang. Kau nak aku kena bantai ke dengan laki dia?" Balas Fawwaz.
“Mana kau tahu dia ada laki. Eh, jap. Apa kena mengena eh, dia dengan abang kau? Macam mana diorang boleh kenal. Masa malam tu aku tengok Am kau bukan main baik je layan dia. Macam layan bini."

Fawwaz tidak menjawab. Sebaliknya dia merenung ke arah Saiful. Saiful menjongket kening.
“Apa pandang-pandang? Aku tahu lah , aku ada dekat situ kan malam tu. Kau je yang balik cepat tinggal aku dekat situ." Fawwaz melepaskan nafas. “Kau tahu kan, kenapa aku blah?" Segera Saiful meminta maaf. Terlupa pula si Fawwaz ni bukan boleh sangat. Sensitif sikit.
“Kau rasa dia dengan Am ada apa-apa ke?" Saiful mengangkat bahu.

“Entah.. Tapi, gaya Sofea tu macam malu-malu pun ada. Entahlah.  Mana aku tahu. Bukan aku kenal sangat pun si Am tu. Kau aku kenal lah. Tapikan, kalau si Sofea tu ada laki. Kenapa abang kau beriya sangat layan dia macam someone special? Or... Weh, Fawwaz!" Segera Fawwaz berpaling ke arah Saiful saat mendengar namanya dipanggil.
“Entah-entah Sofea tu janda tak? Janda anak dua?" Ujar Saiful dengan penuh semangat.

“Ah, merepeklah kau. Apa pula janda." Balas Fawwaz  tidak percaya. “Kenapa? Kalau betul, tak kan abang kau nak merenyam sampai macam tu? Pastu, tak kan lah dia tak reti nak jaga batas pergaulan sebagai bini orang. Am tu baik punya kenalkan dia dengan bapak dengan mak tiri kau malam tu, dengan orang lain dia tak buat pula macam tu." Saiful menceritakan apa yang dia rasa. Kelihatan Fawwaz sudah seperti tidak senang duduk.

Wait.. Kalau betullah Sofea tu bukan bini orang. So, maknanya aku ada chance lah ni?" Soal Fawwaz dengan mata yang bersinar sambil memandang Saiful. Saiful hanya terkedu. “Chance? Kau nak ngorat dia ke? Eh, kalau dia dengan abang kau ada hubungan apa-apa macam mana?" Fawwaz menggeleng kepala. “Berdasarkan apa yang kau ceritakan apa yang berlaku malam tu, aku rasa dia tak sukakan Daniel Izham. Aku yakin!" Ujarnya dengan penuh yakin.

“Kalau masa tu diorang ada bergaduh kut. Manalah kita tahu. Sebab tu Sofea tu macam tak selesa dengan Am." Fawwaz bangkit berdiri dan membuatkan Saiful terpinga-pinga. “Aku kena try kenal dengan dia. Kalau betul dia milik Am. Aku redha. Tapi, tak salah kan, kalau aku dengan dia berkawan? Lagipun, aku dah jatuh sayang dengan anak-anak dia. Tak salah kan, kalau aku anggap diorang sebahagian dari hidup aku? Kalau Am nak marah aku, biarlah. Aku tahu aku nak buat apa."

Fawwaz segera mencapai cologne Dunhill dan disembur ke badan dan juga bajunya. Kunci kereta Ford Mustang edisi terbaru dicapai. Saiful terpinga-pinga melihat gelagat Fawwaz. “Kau nak pergi mana?" Tanyanya kepada Fawwaz.
“Pergi hospital. Tengok anak jap."
“Hahhh???" Fawwaz tidak menghiraukan kerutan di dahi Saiful. Dia segera keluar dari bilik peraduannya, meninggalkan Saiful bersendirian.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang