Bab 7

13.6K 421 5
                                        

Rentak lagu Solo nyanyian dari Devi Lavato dan Clean Bandit berdentum sedikit kuat di dalam ‘Peektures Studio' milik seorang jejaka tinggi lampai berumur lewat 20an. Badannya yang sado dan berkulit cerah sangat memikat hati mana-mana gadis yang terpandangkan wajahnya. Tambahan pula, wajahnya boleh tahan kacak. Dia juga seorang yang peramah habis, kemungkinan kerana kerjanya sebagai seorang jurugambar membuatkan dia memiliki personaliti begitu.

Seketika Fawwaz bernyanyi riang mengikut lirik lagu itu dengan suaranya yang boleh tahan sedap.
“I wanna f-woop, woop woop, but I'm broken hearted,
Cr-cr-cry but I like to party
T-t-touch but I got nobody
Here on my own
I wanna f-woop, woop woop, but I'm broken hearted
Cr-cr-cry since the day we parted
T-t-touch but I got nobody
So I do it solo..."

Fawwaz bangun dari duduk lalu mengeliatkan badan yang terasa sengal dan menjerit kuat. Saiful, kawannya yang terkejut itu langsung tidak dihiraukan.
“Eh, bangang. Terkejut aku doh. Kau pehal tiba-tiba jerit ni? Giler?" Matanya dijegilkan kepada Fawwaz. Pemuda itu tersengih.
“Bosanlah. Dari tadi terperuk je dalam studio. Jom keluar? Lepak starbucks ke Kopitiam ke?" Ajaknya bersahaja.

Saiful membalas dengan gelengan kepala. Dia tekun menghadap komputer sementara kamera canon EOS  5D MARK IV di sebelahnya.
“Tak nak lah. Tengah busy edit gambar kahwin Azlan ni. Lepas tu nak siapkan album pertunangan si Liana tu pula. Kau tahu tak dia tu gila. Tiba-tiba je suruh siapkan cepat sebelum date yang kitorang deal. Tak pasal-pasal makan tak kenyang dah aku!" Jelas Saiful sambil mengetik sesuatu di tetikus. Wajahnya kelihatan sedikit tegang. Mungkin tengah serabut.

“Alaa.. Biasalah tu. Excited  nak tengok gambar pertunangan dia. Kau apa tahu." Balas Fawwaz pula dengan sengaja. Dia berjalan ke arah radio yang terpasang lalu mematikannya. Sunyi!
“Memang lah. Tapi, janganlah buat aku ni macam robot. Dia ingat dia seorang ke client kita? Eeee, semaklah dengan dia. Dah lah, mengada. Kalau kau ikut aku haritu mesti kau rasa nak smackdown dia kepala dia yang tak betul tu. Acah diva! Itu tak kena, ini tak kena. Kalau kau kata ‘customer is always right' memang aku sepak kau!" Bebel Saiful lagi.

Fawwaz hanya ketawa mendengar bebelan dari sahabat merangkap pekerjanya yang professional itu. Memang macam tidak percaya, Saiful Azhar itu nampak sahaja gila-gila. Tetapi, kalau dari kerjanya memang tiptop. Jaranglah dia mendengar komen negatif dari pelanggan mereka tentang Saiful mahupun pekerjanya yang lain. Dia mengenali Saiful ketika dia mendaftar diri di kelab skateboard di Mont Kiara. Ketika itu juga, Fawwaz baru menjinakkan diri sebagai backup photografer. Apa yang mengejutkan, Saiful juga mempunyai pengalaman dari segi photografi.

Oleh kerana dia merasakan dia dan Saiful mempunyai minat dan ‘kelebihan' yang sama. Dua tahun mereka kenal,  dia mempelawa Saiful yang sebelum ini hanyalah jurugambar freelance untuk bekerja dengannya selepas pembukaan Peektures Studio. Tak salah betul dia mengambil Saiful. Malahan, sekarang mereka sudah kamceng. Segala rahsia dia mahupun Saiful sendiri mereka sama-sama tahu!

‘Peektures Studio' sudah hampir 2 tahun dia kendalikan atas titik peluhnya sendiri. Fawwaz sebelum ini graduan peringkat master dalam bidang fotografi di United Kingdom. Pengalaman belajar di negara luar membuka mindanya supaya lebih matang dan berjaya biarpun dulu tiada siapa yang menyokongnya. Hmm, panjang ceritanya...

Peektures Studio bukan mengambil job berkenaan wedding photography semata-mata. Mereka juga juga menyediakan khidmat dari segi annual dinner, birthday party celebration,engagement, kids event, modelling dan juga videographer. Pendek kata, sebut apa saja, mereka akan bertanggungjawab yang diamanahkan itu sebaiknya.

“Woii!!" Fawwaz tersentak dari lamunan. Wajah makhluk yang menjerkahnya tadi dicari. Pantas dia melihat Saiful yang sudah mengembang kuncupkan hidung.
“Pehal kau ni?" Tanya Fawwaz kasar. Mujur dia tak melatah. Kalau tak, mau hilang macho nih!
“Aku macam cakap dengan tumit. Eh, dia boleh pula termenungkan diri. Kau teringatkan siapa? Elly, eh?" Tanya Saiful serkap jarang.

“Merepek je. Apahal aku nak ingatkan dia pula. Aku teringatkan macam mana mula-mula aku buka studio ni, haa.." Balasnya jujur.
“Eleh... Yelah tu." Dijeling Fawwaz yang duduk di sebelahnya. Jejaka itu sedang bermain handphone.

“Fawwaz..." Panggil Saiful.
“Hurmm?" Fawwaz menyahut malas sambil matanya difokuskan lagi ke arah telefon bimbit berjenama Huawei P20 PRO. Fuhhh, kelas giler handphone dia! Untunglah banyak duit!

“Kau sure ke tak nak pergi parti Tan Sri Iskandar sabtu ni?" Kedengaran Fawwaz mengeluh berat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Kau sure ke tak nak pergi parti Tan Sri Iskandar sabtu ni?" Kedengaran Fawwaz mengeluh berat.
“Malaslah. Banyak lagi benda nak buat. Lagipun aku dah hantar Erul wakilkan aku. Dia pun hebat apa ambil gambar."
Saiful mengabaikan kerjanya. Wajah Fawwaz yang tenang itu dipandang.
“Aku bukan nak cakap pasal siapa yang jadi partner kerja aku nanti. Tapi aku nak bercakap pasal kau. Aku tahu kau tak bersedia and takde mood nak pergi.

Tapi kau tahu kan, dinner tu Tan Sri sendiri yang invite kau. Dia nak sangat kau ada dekat sana. Lagi pun kan..." Saiful berjeda seketika sebelum menyambung.
“Kau tu anak dia. Tak kan kau tak nak sambut birthday dia?" Fawwaz terdiam. Dia mati kata untuk membalas. Pelipis mata yang tidak gatal itu digaru.

“Ada dia cakap dekat kau dia jemput aku sebab nak suruh aku celebrate birthday dia ke? Suruh aku pegang tangan dia potong kek lepas tu sama-sama nyanyikan dia lagu birthday, cium pipi dia apa semua tu? Ada ke? Takde, kan? Dia just suruh aku attend as a photographer je. So, buat apa aku nak pergi? Nak biar aku sakit hati seorang-seorang? Biarkan dia makan kek dengan anak bini dia sedangkan aku ni penat ambil gambar diorang? Buat apa aku pergi kalau dia layan aku ni macam orang luar?"

Fawwaz melepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Tiba-tiba dia berasa marah apabila terkenangkan wajah tua itu. Atau lebih tepat lagi bapanya. Hurm.. Saiful lah ni. Memandai je bagi dia mengimbau nostalgia lama! Saiful mengemam bibir. Seketika dia memerhati wajah merah dan murah Fawwaz. Sedarlah, dia kini sudah terlepas kata. Aduhh, mulut ni pun. Apahal gatal nak tanya sangat? Kalau dah tahu reaksinya!

“Wazz.. Sorry arh. Aku tanya je. Mana nak tahu kalau kau nak pergi. Tapi, sampai bila kau nak marahkan bapa kau? Dia dah tua lah weh. Sejahat mana pun dia, dia tetap bapa kandung kau. Darah daging kau!" Pujuk Saiful lagi. Dia tahu sejarah hitam lelaki kacak itu. Kasihan, diri lelaki itu tidak pernah merasa kasih sayang dengan insan yang bernama bapa!

“Tak kan kot..." Balasnya selamba.
“Dah lah. Aku nak keluar jap. Haus! Kau tak nak ikut suka hati lah. Pukul 2 karang aku masuk balik. Nak singgah masjid dulu sebelum tu." Sambung Fawwaz lagi sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu. Saiful memandang sahaja langkah sahabatnya.

Fawwaz Nazril!! Kau nampak saja sado! Hapy go-lucky. Tapi, dalam hati kau ada rasa yang kau saja yang tahu. Aku doakan kau jumpa kebahagian kau suatu hari nanti!

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang