Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Hari ini Sofea dan Haneez membawa anak-anak mereka ke Dreamworld Playland di IOI City Mall, Putrajaya. Semalam baru gaji, bolehlah dia membelanja sedikit anak-anaknya bermain. Walaupun tiketnya agak mahal, tetapi mereka puas bermain di sini. Bukan selalu ke tempat sebegini. Dia tahu dah lama Rayyan ingin ke tempat sebegini. Tetapi, anak terunanya itu tidak berani mahu meminta. Takut mamanya tiada duit. Allahuakhbar!
Sofea dan Haneez membiarkan saja Rayyan dan Aleesya bermain di gelongsor yang tidak terlalu cerun. Mereka masih amat mengawasi kanak-kanak itu walaupun mereka berada tidak begitu jauh. Mereka pula sedang berada bersila sambil melayani Raisya bermain permainan yang dibajiri bola-bola kecik di dalam kolam yang besar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Wuarghhhh..." Haneez mengagah Raisya yang duduk di riba Sofea. Anak kecil itu ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucu pun entahlah. Sofea turut ketawa melihat reaksi anaknya itu. “Seronoknya dia datang sini. Eh, aku pun tiba-tiba rasa nak jadi budak-budak baliklah, Pia. Tak kena fikir macam-macam masalah. Asyik happy je tengok diorang ni." Ujar Haneez sambil memerhati sepasang kanak-kanak itu bermain bersama kanak-kanak yang lain. Kedengaran mereka menjerit suka.
Sofea ketawa kecil. “Apa lah kau ni. Kau dah merasa dah jadi budak-budak dulu. Tak puas lagi ke? Biarlah turn anak-anak pula merasa. Apalah Cik Neez ni kan, sayang? Sibuk je dia." Sofea membalas sambil mencium pipi Raisya yang tembam itu. Haneez memuncungkan mulut. “Eh, zaman kita dulu tak sama okay, dengan sekarang ni. Sebab tu lah aku rasa nak jadi budak balik. Boleh main mainan-mainan ni semua. Ya Allah, rindunyaaa..." Ujar Haneez sambil membaling satu bola yang berwarna putih itu ke arah bola lain.
Sofea hanya menggeleng perlahan. Nampak teruk sangat orang tua ni. “Dah. Kau nak main, pergilah sana. Aku okay je duduk sini dengan Raisya. Pergilah join Rayyan dengan Ica main." Ujar Sofea bersahaja. Kelihatan Haneez menjeling Sofea. “Kau ni... Agak-agaklah aku nak main kat tempat ni. Aku kalau nak main kena pergi fun fair ke Pesta Penang ke Sunway Lagoon semua. Tempat macam tu baru kena dengan umur kita. Tempat macam ni teman anak bolehlah."
Sofea mendengar sahaja kata-kata Haneez. Betul lah apa yang dikatakan itu. Dia pun dah lama tak pergi ke Pesta Penang. Dulu sewaktu zaman bujang selalu juga dia ke sana. Lagipun, Sofea memang asal dari Penang. Orang seberang laut sana. Sofea membuka topik lain. “Jom balik. Dah lama kita dekat sini. Dah dekat dua jam rasanya." Ajak Sofea sambil menatap jam tangannya. Haneez turut membuat perkara yang sama.
“Allah.. Tak sedar pula aku. Dah, jom lah pergi pujuk budak-budak tu balik. Ica tu makan masa pujuk dia kalau pergi sini. Tapi, sebelum tu kita makan dulu nak tak? Berdendang perut tali kecapi dah perut aku ni. Lapar!" Rengek Haneez sambil menepuk perut kempisnya. Sofea hanya menangguk tanda setuju. Tahu sangat dah feel perempuan ni. Kaki makan betul!
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz memeriksa flash eksternal yang mahu dibelinya itu. Harga agak mahal, namun dia tiada masalah kerana dia sememangnya suka mengumpul aksesori kamera mahupun segala jenis gadjet. Dia sangat mementingkan ketelitian dan kepuasan terhadap pelanggannya. Walaupun kamera DSLR memang sudah dilengkapi dengan flash. Namun, dengan adanya flash eksternal ianya lagi boleh meningkatkan hasil tangkapan foto untuk hasil yang lagi terbaik.
Kelengkapan kamera ini pun akan membuat kemampuan kontrol dalam menangkap gambar menjadi lebih fleksibel, dimana ianya dapat mengatur arah cahaya agar mengenai objek dengan mudah. Ketika itu Fawwaz berada di ‘Flash Gadjet' di IOI City Mall. Tempat di mana dia selalu melepak, memberi barang keperluan studionya. Boleh dikatakan pekerja mahupun bos di kedai itu sudah kenal dengannya.
Dia menanyakan sesuatu kepada bos kedai itu. “Bos... Ini harga berapa you mau kasi?" Dia menunjukkan flashes jenama canon edisi terbaru yang berada di tangannya. Apek muda itu mengeluarkan kalkulator, lalu membuat kira-kira dengan harga asal dan harga pelanggan tetap. “Ini harga asal RM2500 tapi, you punya pasal I kasi you RM2400. Amacam, boleh arh?" Soal Apek itu kembali berserta senyum.
“Aiyoo.. Kasi murah sikit lah, pek. I mau kasi angkat lagi lah you punya barang. Ini I mau angkat itu macro extension tube new edision lagi, ma. Kasi kurang sikit lagi lah dia punya harga." Balas Fawwaz cuba memujuk Apek berimej kpop itu. Mata Apek muda itu membulat. “Woah.. You mau itu arh? Why tak kasi tau awal-awal. Kejap, I calculate lagi arh.." Apek itu mengira lagi harga diskaun untuk diberikan kepada Fawwaz. Laju jarinya dilarikan di atas kalkulator. Kedengaran dia berkira dalam bahasa cina mandarin.
“Yi, erl, san , se, wu, liu, ji, pa.." Bayangkan macam tu lah apek tu mengira. Okay, author merapu😂
“Okay, bos. Ini macro extension tube, dia punya harga betul RM650. I baru dapat stok ni last week. Kalau you tengok sini dia limited edision pula. Produk same-same Olympus tapi ini Australia punya mai. You mau check dulu tak dia punya kualiti?" Fawwaz mengangguk. Dia memeriksa barangan yang mahu dibelinya menggunakan kamera kesayangan yang selalu dibawa itu. Fawwaz mengacukan lensa kamera ke sekeliling kedai itu. Dia menilik gambar tadi. Belum puas hati, dia mengacukan lagi lensa kamera itu ke arah Apek tadi.
Sporting sahaja Apek tu menayangkan peace serta sengihan di gigi. Fawwaz menahan tawa. “Okay, cun. I angkat dua ini." Ujar Fawwaz sambil mematikan kameranya lalu disimpan ke dalam beg kameranya berwarna hitam. “Okay.. You tunggu dulu na, I mau kira lagi harga special for you." Fawwaz hanya mengangguk sebelum Apek itu masuk ke dalam. Baru sahaja dia mahu bangun dari kerusi. Apek tadi kembali semula kepadanya.
˝Bos.. Ada tripod baru, ma. Ini 2018 punya. You mau tengok tak?" Nahhh, dia promote barang baru. Sengaja lah tu nak bagi si Fawwaz ni kopak. Dia memang tahu yang jejaka tinggi lampai ini pantang kalau ada barang baru. “Tripod? Aiyoo.. You ni macam-macam lah. Sengaja lah tu, mau kasi I kopak arh?" Balas Fawwaz bersahaja. Apek itu menayang wajah selamba.
“No lah. Ini I gerenti you suka punya, meh. Ini best fleksibel punya tripod. Banyak cameraman professional pakai ini punya tripod, ma. Same-same you lah." Dia terus menghasut Fawwaz. Fawwaz kelihatan tenang sambil tersenyum. “Lain kali lah kita bincang. Ini hari I mahu dua barang itu dulu. You jangan lupa kasi diskaun, arh?" Balas Fawwaz selamba. Kedengaran Apek itu ketawa sebelum dirinya kembali ke kaunter pembayaran.