“Jangan sentuh. Ini kita punyalah!" Larang Puteri Aleesya, anak kepada Haneez. Dia melarang Rayyan Ameer menyentuh mainannya. Rayyan membuat muka sedih.
“Alaa... Rayyan nak tengok je. Rayyan takde mainan macam ni lah, Ica." Permainan masak-masak milik Aleesya benar-benar membuatkan dia teruja. Pernah dia meminta kepada Sofea agar membelikannya permainan sebegitu tetapi Sofea tidak izinkan. Katanya, itu permainan orang perempuan.“Tak boleh... Ini kita punya. Awak pergilah main mainan askar awak tu!" Aleesya merampas permainan yang berdekatan dengan Rayyan. Dia tidak mahu bermain mainan miliknya.
“Hai... Main elok-eloklah. Apa benda ni, berebut-rebut ni?" Haneez menegur perbuatan anaknya. Dia ralik memeriksa sesuatu di telefon. Manakala, Aleesya sudah membuat muka tidak puas hati.Anak nombor dua Haneez yang sudah berusia hampir tiga bulan tergolek saja di atas sofa bersebelannya. Bayi comel itu dinamakan Putera Ali Syah. Mukanya seiras dengan Aleesya.
“Tak boleh, mummy. Daddy kata suruh jaga mainan ni elok-elok. Nanti kalau Rayyan sentuh, mesti rosak."
“Amboi... Dah lah datang rumah orang. Selama ni dia main mainan Rayyan takpe pulak. Nanti kau, balik rumah siap kau. Dah, kongsi main dengan Rayyan tu cepat." Haneez berkata geram dan mengisyaratkan mahu mencubit anaknya. Wajah Aleesya masam mencuka. Terus dia mengambil semua mainannya lalu dikongsi bersama Rayyan.Kelihatan Rayyan bersorak riang. Dia mengucapkan terima kasih kepada Aleesya. Mereka kembali bermain.
“Apa ni, riuh-riuh ni? Hermm..." Sofea datang dari arah dapur. Dia menatang dulang berisikan oren ais dan sepinggan pisang goreng yang dibawa oleh Haneez ke rumahnya sebagai buah tangan.
“Ini hah, anak dara ni. Berkira sangat Rayyan nak main mainan dia. Kena marah lah dia."Sofea tersenyum sahaja mendengar kata balas dari Haneez. Dia menuang air ke dalam gelas. Sofa kosong bersebelahan Ali. Bayi itu diambil lalu diletakkan di ribanya.
“Aloloo.. Tomeinya debab-debab anak Cik Pia ni. Handsome macam papa dia, ye?" Pipi tembam itu Sofea gomol dengan geram. Ali ketawa suka.“Minum lah, Haneez. Cair ais tu karang tak sedap." Haneez terus minum air untuk membasahkan tekaknya.
“Ica nak minum? Abang... Abang nak minum air tak?" Sofea bertanya lembut kepada kedua-dua anak kecil comel itu. Mereka mengangguk kemudian mendekati Sofea.Sofea mengagihkan gelas kepada mereka.
“Chatting husband ke tu? Busy benor dari tadi lagi?" Sofea mengerling sekilas kepada Haneez.
“Takde lah.. Ni haa, tengah chat dengan ejen nak hire maid." Haneez masih sibuk dengan tugasnya.
“Kau nak ambik pembantu rumah lagi ke? Bukan dah ada ke?" Sofea bertanya dengan pelik. Rasanya Haneez sudah mempunyai pembantu rumah. Buat apa nak ambil lagi?“Yang tu dia datang 3 hari seminggu je. Aku tak nak dah. Luqman yang suruh ambik lain, duduk dengan kitorang terus. Dia cakap kesian tengok aku. Mana nak jaga rumah, jaga anak-anak lagi. Aleesya ni pantang aku takde sebelah adik dia. Hari tu aku tinggalkan kejap Ali dekat depan tv. Tengok-tengok habis dia conteng adik dia dengan lipstick aku. Dah jadi badut Ali ni. Hahh, mendapatlah dia hari tu. Daddy dia tak bedal dia, aku yang bedal."
Haneez menghirup lagi airnya. Pisang goreng diambil lalu turut disuakan kepada Sofea dan kanak-kanak itu. “Laa, yeke?? Budak cerdik macam tu lah. Nakal sikit." Balas Sofea sambil menyapu lembut kepada Aleesya.
“Hmm... Cerdik sangat. Mulut potpet-potpet sampai penat nak melayan...." Sofea tergelak kecil.
‘Ikut mulut kau lah, Neez oi. Mulut siapa lagi.' Detik hati Sofea.Sedang mereka ralik berbual, tiba-tiba telefon bimbit milik Sofea berdering menandakan ada panggilan masuk. Pantas Sofea menjawab.
“Apa??" Haneez mengangkat muka memandang Sofea.
“Ya Allah... Awak sabar banyak-banyak, okay? Banyakkan berdoa. Saya datang kejap lagi." Sofea mematikan panggilan. Wajah Haneez dicari.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
Roman d'amourIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.