Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Fawwaz mendengus kasar. Skrin iphonenya ditenyeh berkali-kali lalu dibawa ke telinga. Dia menyabarkan hati seketika sementara menunggu panggilan di sana bersambut. “Ya Allah.. Kenapa tak angkat ni?" Soalnya sendirian. Iphonenya dibelek lagi. Masa itu, dia sedang bersantai di ruang tamu studionya. Fawwaz mula memikirkan sesuatu.
“Oi, apasal ni? Bersememeh je muka kau. Apasal?" Saiful yang entah datangnya dari mana tiba-tiba meluru ke arah Fawwaz. Dia pantas melabuhkan punggung di sofa kosong hadapan bosnya itu. Fawwaz mengangkat muka. “Am... Entah berpuluh kali aku call dia tak jawab. Dari mesej biasa sampai ke whatsapp semua aku pm dia tak baca, tak balas. Kenapa dia ni, eh?" Soal Fawwaz kepada Saiful.
“Dia busy lah tu. Kau ni pun, cuba fikir sikit. Dia ada kerja luar ke." Balas Saiful kembali. “Busy kebenda? Aku call dari 3 hari lepas. Langsung tak berjawab. Takkanlah sibuk sampai tak sempat nak tengok telefon. Aish, sakan benor!" Seketika Saiful menilik wajah Fawwaz. “Ke dia ada masalah?" Soal Saiful. “Masalah?" Soal Fawwaz kembali. Saiful mengangguk.
“Kau tak pergi rumah dia ke? Rumah bapak kau ke?" “Aku tak tahu rumah private dia dekat mana. Tak kan aku nak pergi rumah Tan Sri tu. Tak naklah! Kang jumpa pula bini dia. Buat sakit hati je!" “Pulak.. Dah tu kau pergilah ofis. Mak tiri kau bukan kerja situ." Seketika Fawwaz termenung memikirkan sesuatu. “Ermm... Malas lah. Kang Tan Sri tu tak suka pula aku datang sana."
Jawapan Fawwaz membuatkan Saiful geram. Rasa nak tampar je muka kacak Fawwaz. “Eh.. Eh.. Kau ni malaslah, apalah. Dah tu kau nak tunggu sini? Call dia je yang tak berjawab tu? Cubalah ikhtiar cari dia. Mana tahu dia ada masalah ke apa ke. Kau pergi je lah ofis tu. Buat tak tahu. Dia halau kau, balik. Apa susah. Yang penting, cari Am. Daripada kau duduk studio ni dengan kerja apa pun tak buat sampai serabut kepala aku ni. Baik kau keluar cari dia!"
NAHH, Saiful dah membebel. Dah macam dia pula bos ni. Macam tu lah Saiful. Dia kalau membebel memang tak fikir apa dah. Kelihatan Fawwaz memikirkan sesuatu. “Teman aku jom?" Ajaknya selamba. “Tak nak lah. Banyak kerja aku tak siap ni. Kau pergilah seorang. Ajak orang lain ke?" “Ajak siapa? Kau seorang je yang tahu masalah aku. Jom lah, teman jap. Kerja kau tu kejap lagi boleh sambung." “Tak nak lah. Aku ada kerja. Kau gantikan lah dengan siapa-siapa."
“Kau nak aku bayar gaji kau lebih tak bulan ni? Kalau nak, jom ikut!" Ugutan Fawwaz itu membuatkan Saiful berfikir sekali. Arghh, ikut je lah. Kerja banyak tu alasan dia saja sebab malas ikut. Seketika Saiful bersetuju. Fawwaz melayangkan senyuman kemenangan.
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz dan Saiful keluar dari perut kereta apabila Fawwaz memarking keretanya. Bangunan syarikat milik Tan Sri Iskandar terbentang di begitu gah hadapan mereka. Siapa saja yang melihat bangunan syarikat pasti akan tahu yang pemiliknya seorang yang kaya dan mempunyai personaliti yang mahsyur. Tan Sri Iskandar bin Dato' Abdul Ghani. Antara orang kaya yang berpengaruh di Malaysia.
“Kau rasa dia ada ke dekat sini?" Soal Fawwaz sambil menekan alat kawalan kereta. “Entah. Kita masuk tengoklah. Tanya aku buat apa. Macam aku dah masuk sana." Bidas Saiful sambil meluru laju ke pintu kaca automatik yang terbuka menyambut mereka dan menuju ke lobi syarikat.
Seketika kelihatan Saiful berkata sesuatu kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Entah apa yang ditipunya itu. Fawwaz mengikut langkah Saiful dengan berat hati. Sempat dia mengangkat tangan kepada pengawal keselamatan tadi sebagai tanda hormat berserta senyuman. Fikirannya berfikir macam-macam. Tiba-tiba Saiful mengeluarkan suara.
“Humang aihh... Besar siot ofis bapak kau ni. Mewah gila dia punya dekorasi. Fuhhh, aku rasa dah macam dekat hotel 5 star. Gempak seh!" Fawwaz menepuk dahi. Dia mula tak rasa selesa dengan perilaku Saiful itu. Jakunlah pulak. Nasib tak ada orang tengok. Tapi, dia membiarkan saja Saiful meneroka sekejap syarikat Tan Sri Iskandar. Agak lama barulah dia menegur Saiful.
“Weh.. Sudahlah tu. Kita datang sini ada sebab. Bukan aku ajak kau buat road tour dekat sini. Dah, kawal sikit rasa teruja tu." Bukannya apa. Dia tidak mahu berlama-lama di sini. Takut berjumpa dengan Tan Sri Iskandar. Pasti lelaki tua itu akan bertanya macam-macam kepadanya.
Kata-kata Fawwaz membuatkan Saiful menjungkit hidung. “Eleh... Kedekut. Aku nak usha kejap je. Nampak mewah gila sia. Terkedu aku masuk. Kau pernah ke datang sini?" Tanya Saiful sambil matanya memandang sekeliling. Jakun betul dia hari ni. Nasib tak ada orang lalu lalang di kawasan lobi ketika ini. Pasti kerana waktu bekerja. Sekarang baru pukul 10 pagi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Kita pergi tanya receptionist tu lah. Bilik Am dekat mana." Ujar Saiful kemudian melangkah ke arah reception counter di hadapan mereka. Fawwaz membuntuti dari belakang. Sampai sahaja, terus gadis kecil molek yang bertugas sebagai penyambut tetamu itu memberikan senyuman mesra. “Hi, welcome to Iskandar Holdings. Is there anything i can help you with?" Ujar penyambut tetamu itu dengan ramah kepada mereka berdua.
“Hi.. Actually we are here to looking for Izham Daniel. Can we meet him now? Urgent." Jawab Fawwaz yang berdiri di sebelah Saiful. “The CEO? I'm sorry. But, i have to know what is relationship between you and him?" Balas gadis yang bernama Irdina sambil melihat ke muka dua lelaki kacak di hadapannya. Seketika Saiful menendang perlahan kaki Fawwaz apabila lelaki itu teragak-agak memberikan jawapan. Cepat sahaja dia menjawab.
“Idham actually his bro..." “He's my friend.. My close friend. We haven't met at all since we are collague. So, dia ada tak? You tell him Fawwaz Nazril want to meet him." Irdina tersenyum lagi. “Maaf, encik. Tuan Daniel takde buat masa sekarang. Dia tengah bercuti." “Bercuti? Dia pergi mana? Dia tak bagitau kau ke, Wazz?" Sampuk Saiful sambil mengerling Fawwaz.
Baru sahaja Fawwaz mahu menjawab. Mereka dikejutkan dengan deheman seseorang di belakang. Kedua-dua sahabat baik itu menoleh ke belakang. “Ayah...." Bagaikan tidak kedengaran suara jantan Fawwaz. Kebimbangan dia untuk takut bertembung dengan Tan Sri Iskandar menjadi kenyataan. Bapanya itu menjelma di hadapan mereka bersama raut wajah yang sudah dijangka.
“Follow me.." Begitu megah dia memberikan arahan tanpa memandang ke wajah Fawwaz. Kemudian dia mengajak mereka mengikutinya dengan berjalan laju. Fawwaz perasan banyak mata yang memandang. Tapi, dia membiarkan saja. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik bapanya, dia terus masuk tanpa berkata apa-apa. Fawwaz pula cepat-cepat menahan Saiful yang sudah bersiap sedia mahu masuk.
“Pul.. Aku minta maaf, Pul. Kau tunggu sini dulu boleh? Biar aku settle dulu dengan dia." Ujar Fawwaz perlahan. “Kau boleh ke? Aku tengok muka dia tu aku tahu mood dia tak cun." Balas Saiful sambil meliarkan matanya ke pintu bilik Tan Sri. “Takpe, weh. Dia dengan aku mana pernah ada mood. Kau tunggu sini." Ujar Fawwaz sambil meninggalkan Saiful kemudian dia melangkah perlahan ke pintu bilik bapanya.