Fawwaz memberhentikan keretanya di belakang kereta Lamborghini Huracan Spyder kepunyaan Daniel. Kelihatan Daniel sedang menunggunya dengan menyandar di pintu kereta sambil menghisap rokok. Berkepul-kepul asap keluar bertebangan ke udara. Dia melangkah perlahan ke arah Daniel. Fawwaz melepaskan nafas berat. Dia turut mengeluarkan sebatang rokok lalu dinyalakan sebelum menyedut perlahan-lahan.
Daniel mengepit rokoknya di jari sebelum memandang ke arah Fawwaz.
“Dalam banyak-banyak perempuan dekat dunia ni kenapa mesti dia? Dekat dunia ni memang dah habis ke stok perempuan sampai kau nak kena berebut dengan aku?" Ujar Daniel perlahan tetapi dingin. Fawwaz menyedut lagi rokoknya sebelum membalas.
“Asal? Kau rasa tercabar ke?"
“Stop it, Ril. Apa masalah kau ni? Aku tahu kau ada agenda. Kau berpura je kan, sukakan Sofea. Kau tu sengaja nak bagi aku sakit hati kan, tengok kau bahagia? Kau nak balas dendam."“Apa kau, ni? Tak habis-habis agenda la fitnah lah. Masa bila aku terfikir nak buat semua tu?"
“Kalau kau tak nak buat semua tu, kenapa kau suka dia? Kau tahu kan, dia tu makwe aku. Kekasih aku. Masalahnya aku yang kenal dia dulu dari kau! Kau ingat aku buta tak nampak kau usha dia lain macam masa birthday party daddy malam tu? Sibuk usha awek orang sampai tak buat kerja. Memang patutlah daddy panggil kau as a photographer, je!" Perli Daniel padat dan membuatkan Fawwaz hilang sabar. Rokok tadi dicampak ke tanah.“So, what's wrong with that? If you think I want to get her out of you, yes! You are right! Aku memang nak rampas dia dari kau, kau betul. You are so brilliant, man! Ni aku nak bagitau kau satu benda, eh? Aku ikhlas terima dia seadaanya, aku ikhlas sayangkan anak-anak dia. Aku tak kisah status hidup dia siapa, darjat, pangkat keturunan dia apa sekali. Aku tak kisah. Sebab aku nak hati dia je, yang lain aku tak nak!"
“Habis kau ingat kau je boleh terima kekurangan dia? Sayangkan dia dengan anak-anak dia? Aku pun sayangkan diorang juga! Aku pun tak kisah dia tu anak raja ke bibik sekali pun!"“Kau jangan tipu! Part sayang anak-anak dia kau menipu! Kau tak pernah sayangkan abang dengan adik. Kau tak ikhlas sayangkan budak-budak tu kalau bukan disebabkan diorang tu anak-anak Sofea je! Jangan munafik lah, Am!!"
“Apa bukti kau cakap semua ni? Kau pandai baca isi hati aku? Kau pandai meramal orang? Ke kau pakai bomoh?" Soal Daniel tanpa berfikir panjang.
“Rayyan yang beritahu!" Serta-merta suasana bertukar senyap. Hanya kedengaran hembusan nafas yang keluar dari bibir Daniel.“Rayyan...." Ujar Daniel perlahan. Seketika mindanya melayang memikirkan si kecil Rayyan. Entah kenapa dia rasa geram pula dengan mulut bertih jagung Rayyan itu. Entah apalah yang dikutuknya dengan Fawwaz. Macam-macam hal lah, budak ni!
“Budak-budak boleh rasa sama ada kita ikhlas layan diorang atau tak. Diorang boleh nampak dari segi layanan dekat diorang tu macam mana. Kau kena belajar dulu ambil hati diorang sebelum kau ambil hati mak diorang. Semuanya kena ikhlas."
Ujar Fawwaz perlahan.“Arghhhh! Pergi mampos lah diorang tu. Kisah apa aku? Tengok je lah nanti. Bila aku nak nikah dengan Sofea, aku bagi je diorang dekat orang lain. Budak-budak tu memang menyusahkan aku!"
“Kau cakap apa??" Dengan pantas Fawwaz mencekak leher baju Daniel. Giginya diketap kuat.
“Langkah mayat aku dulu sebelum kau berangan buat semua tu! Apa punya manusia kau ni, Am? Budak-budak tu tak berdosa. Apahal kau benci sangat dekat diorang?? Diorang tu tak tahu apa-apa, tahu tak? Diorang tu kecil lagi."Daniel menepis tangan Fawwaz kuat. Lehernya yang sengal digosok perlahan sebelum membalas. “Aku tak benci diorang. Tapi, aku tak suka diorang!"
“Samalah, bodoh!" Fawwaz menjeling abangnya itu dengan pandangan tajam. “Untuk pengetahuan kau, aku tak akan sesekali lepaskan Sofea walau apa pun kau nak buat dekat aku. Kitorang dah janji nak hidup bersama. Kau jangan berangan nak dapatkan dia!" Ujar Fawwaz lagi.Tiba-tiba kedengaran suara Daniel tergelak. “Kau jangan yakin sangat, Ril. Kau yakin dah ke Sofea tu sukakan kau? Dia tu susah nak percayakan lelaki. Aku ni yang kenal kau dulu sebelum dia pun susah dia nak terima. Ini pula kau, yang kenal dia tak sampai satu tahun!"
“Dia tak terima kau sebab perangai bongkak kau tu!" Kedengaran Daniel merengus kuat.
“Kau ni memang selalu perasan bagus, kan? Dari kecil sampai ke besar macam ni perangai kau. Beriya berlajar tinggi-tinggi tapi daddy bukan pernah pandang kau pun!" Ujar Daniel tanpa memperdulikan perasaan Fawwaz.Fawwaz tersenyum senget. “Aku tak pernah minta pun dia pandang aku. Sebab aku tahu, aku buat baik macam mana pun dia tetap tak anggap aku ni macam anak dia semenjak mak kau rampas mak aku!"
“Kau masih berdendam, Ril!!"
“Ye, aku berdendam! Kau cakap dengan aku siapa je yang tak marah dan berdendam bila ada penyondol yang rampas kebahagian mak sendiri!" Daniel terdiam tidak bersuara.“Kau tahu tak? Semenjak mak kau rampas ayah, mak aku selalu dipulaukan hak dia sebagai isteri. Keperluan zahir dan batin dia diabaikan. Ayah jarang jenguk mak aku dekat rumah. Tu, rumah besar tu. Sepatutnya mak aku yang duduk. Tapi, masuk ke mak kau dalam rumah tu ayah suruh mak aku pindah. Rumah tu bukan milik ayah je, tapi milik mak aku juga. Duit buat rumah tu, hasil diorang berniaga dekat ofis yang kau duduk sekarang ni! Hidup mak aku memang berubah seratus-peratus semenjak kau dengan mak kau datang!"
“Tapi, mak kau yang izinkan daddy kahwin lain!" Potong Daniel pantas. Kelihatan Fawwaz menggeleng perlahan. “Kau cakap dengan aku, perempuan mana je yang sanggup dia suami dia madukan dia? Mak aku bukan sebahagian dari orang tu, Am. Sebaik dan setia mana pun isteri, akan ada juga perasaan sedih dan kecewa bila suami dia kahwin lain. Mak aku bukan yang boleh terima bila ayah kahwin dengan mak kau. Tak boleh..." Fawwaz memandang ke arah dada langit.
Tiada bintang yang bertaburan di angkasa, seperti juga hatinya ketika ini. Kosong! Dia memang emosi apabila bercerita soal Puan Vita, ibu kandungnya. Fawwaz menyambung lagi. “Sebab tu, aku nak kahwin dengan Sofea. Nasib dia lebih kurang sama dengan nasib kami. Ditinggal suami. Anak-anak pula diyatimkan sebelum sampai masanya. Aku pernah rasa macam mana hidup tak berayah padahal ayah masih hidup. Sakit kau tahu? Kau beruntung, Am. Ayah sayangkan kau sangat-sangat."
Kedengaran Daniel mengeluh.
“Aku... Aku minta maaf soal mak aku. Aku simpati dengan nasib mak kau." Pinta Daniel jujur. Seketika suasana kembali sunyi.
“Ril....." Fawwaz mengalihkan pandangan ke arah Daniel saat namanya dipanggil.
“Balik lah ke vila. Aku janji aku tak kan minta apa-apa lagi dengan daddy. Harta daddy milik kau juga. Kau baliklah. Aku tak kan kacau hidup kau lagi. Dan aku harap kau...." Fawwaz mengemam bibir. Tidak sabar mahu mendengar lagi kata-kata Daniel.“Tinggalkan Sofea. Aku janji aku akan jaga dia elok-elok. Aku akan sayangkan dia sepenuh hati aku, Ril. Aku janji!" Fawwaz melepaskan nafas berat. Pandangan mata abangnya itu direnung lama.
“Jujur aku cakap dengan kau. Aku lebih rela hilang semua harta-benda tu daripada aku kehilangan Sofea dengan anak-anak dia. Diorang harta yang tak ternilai buat aku daripada harta-benda tu semua. Aku minta maaf, Am. Aku selfish. Masih ada ramai lagi perempuan dekat luar sana yang cintakan kau. Lagipun, ayah masih belum dapat terima aku. Aku yakin sangat, Am."Usai berkata-kata, Fawwaz meluru masuk ke keretanya. Pedal minyak ditekan kuat saat enjin dihidupkan. Kereta mewah Ford Mustang itu laju meninggalkan Daniel yang keseorangan di bukit itu. Daniel mengempal penumbuk.
“Memang ada ramai perempuan dekat luar tu. Tapi, diorang tak sama macam Sofea. Tak sama! Aku pun minta maaf, Ril. Aku pum terpaksa jadi selfish sekarang ni. Kalau kau kata, kau nak kan Sofea. Aku rela bunuh kau daripada biarkan Sofea hidup dengan kau. Abang... Abang minta maaf, adik...." Daniel berkata seorang diri seolah-olah Fawwaz masih ada di sebelahnya. Tiba-tiba...“Argggghhhhhhhhh! Sofea!!! Kau milik aku, Sofea! Aku tak kan biarkan sesiapa rampas kau dari aku! Walaupun dia tu adik aku sendiri!!!" Giliran Daniel pula memecut keretanya ke tempat yang dia sendiri tidak tahu mahu ke mana. Biarlah ke mana pun! Asalkan dia boleh tenangkam diri untuk seketika sambil wajah ayu Sofea berlegar-legar di mindanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
Roman d'amourIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.