Bab 21

10.8K 434 18
                                        

“Saya mintak maaf. Tak sepatutnya saya libatkan awak dalam masalah saya. Kalau saya tak minta awak untuk stay tadi, awak tak kan kena sampai macam ni. Dia marahkan saya tapi dia lepaskan dekat awak. Saya minta maaf banyak-banyak Fawwaz. Saya..." Sofea meraut wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sumpah dia rasa bersalah. Harap tak tinggal kesan lamalah di tepi bibir jejaka itu.

Kasihan Fawwaz, muka kacaknya tak pasal-pasal kena penumbuk. Ini semua kerana Zafran! Lelaki itu memang dah melampau. Harap-harap tak jadi cacat kekal. Fawwaz yang baru mahu pamerkan senyuman, tiba-tiba meringai kecil. Tepi bibirnya dipegang. “Aduh..." Adu Fawwaz. Mukanya jelas menahan sakit. Serius sakit kena penumbuk dengan si tak guna tu, doh. Nak buka mulut luas sikit pun tak boleh. Sayangnya dia tak balas balik. Hurm!

Sofea terkejut mendengar Fawwaz menahan sakit. Dia mahu memanggil doktor, cuba meminta doktor supaya memberi ubat tahan sakit atau apa-apa saja. Namun, Fawwaz cepat-cepat menegah. “No need. Sikit je ni. Nanti dia baik sendiri lah. Lagipun, lelaki normal lah kalau bergaduh sikit-sikit ni. Takde langsung parut dekat badan ni tak best juga. Orang akan anggap kita ni skema. Skin muka licin macam kpop. Takde langsung parut, orang anggap jambu.  Bagi lelaki je lah."

Fawwaz mula mengarut yang bukan-bukan. Dia sebenarnya gelabah melihat wajah Sofea dari dekat. Cantik sangat! Macam manalah Zafran tu sanggup lepaskan Sofea? Dia menjilat sedikit rasa sakit di tepi bibirnya itu. Ketika itu, mereka berada di sofa panjang bersebelahan katil Rayyan. Anaknya itu sudah tertidur selepas selesai Sofea memberinya makan ubat.

Doktor mengatakan Rayyan dilanda demam dengan tiba-tiba. Mungkin dia terlalu takutkan dirinya, Fawwaz dan Zafran yang bertengkar sebentar tadi. Kasihan sungguh anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Kecil-kecil lagi sudah tertekan. Bukan senang mahu memberi Rayyan makan ubat. Pelbagai cara dia pujuk namun, tidak jalan juga.

Mujurlah, Fawwaz ada. Dengan Fawwaz semua tak apa. Jejaka itu hanya tinggal menyuakan sudu ke mulutnya, dengan hanya berkata “Abang... Buka mulut..." Terus dia makan tanpa banyak ragam. Kalau dengan dia, macam nak ajak bergaduh. Menjerit beriya-iya macam kena pukul. Kedengaran dengkuran halus Rayyan. Dadanya turun naik bernafas dengan perlahan.

Sofea mengalihkan pandangan ke sebelahnya. “Awak suka bergaduh?" Tanya Sofea dengan polos. Fawwaz ketawa dalam hati. ‘Alahai, comel je dia ni. Patutlah Rayyan suka tanya soalan yang bukan-bukan. Mak dia pun sama je macam dia.'
“Takde lah. Saya cakap je. Awak jangan risau. Saya ni baik, tak suka masuk campur hal orang. Kecuali tadi tulah..." Balas Fawwaz membuatkan Sofea tersenyuma tawar. Beberapa minit kemudian suasana bertukar sepi.

Errr, dia salah cakap ke?

“Saya malu, awak. Saya malu sangat-sangat. Saya gagal jadi isteri yang baik. Mungkin sebab tu dia bosan dengan saya dan curang dengan orang lain. Entahlah, dia cakap kami takde jodoh. Tapi, dah sampai beranak-pinak. Anak-anak pun semakin membesar, kenapa dia nak salahkan caturan jodoh? Padahal sendiri yang buat salah!" Ujar Sofea dengan geram. Tanpa sengaja, dia telah terbuka rahsia yang selama ini dipendam, kecuali hanya Haneez dan Luqman yang tahu.

“Sofea... Kalau awak nak kongsi masalah saya sudi dengar." Ya,itu sahaja yang mampu dia membalas. Nak komen lebih-lebih dia belum tahu perkara sebenar dengan lebih terperinci. Tambahan pula, dia bukan sesiapa. Sekadar orang asing. Alahai, sedihnya hidup!!😣
Sofea melepaskan nafas dengan berat. Matanya dialihkan memandang Rayyan sedang lena dibuai mimpi.

“Lima tahun lepas kami dirikan rumah tangga. Kami macam pasangan yang baru berkahwin. Hidup happy, pergi mana pun berteman, sentiasa ada senda gurau. Lepas setahun, saya selamat lahirkan abang. Zafran seronok sangat masa tu. Dah lama dia impikan nak anak lelaki. Dia kata tugas lelaki ni berat, sebab tu dia nak anak sulung kami lelaki. Dia nak anak lelaki tu boleh jaga saya dan bakal adik-adik dia. Mana tahu kalau dia tak ada nanti, ada juga yang boleh diharapkan."

Sofea menelan air liur sebelum menyambung lagi. Tekaknya terasa kesat. Manakala, Fawwaz hanya mendengar dalam diam. Wajah putih kemerahan Sofea dipandang sayu dengan simpati yang bertimpa-timpa.
“Kelahiran Rayyan lagi buatkan kami bahagia. Lagi kukuhkan hubungan kami sebagai suami isteri masa tu.
Dia sayangkan Rayyan sangat-sangat. Kalau boleh dunia ni pun dia nak belikan untuk Rayyan, asal Rayyan bahagia.

Kalau ada anugerah bapa mithali, saya rasa dia lah orang yang selayaknya dapat. Tapi, semuanya berubah selepas kehadiran Raisya. Masa saya hamilkan dia, Zafran berubah seratus peratus. Dia bukan lagi Zafran yang dulu. Yang penyayang, baik, sabar. Dia berubah jadi seorang yang bengis. Pantang ada salah dia mengamuk. Saya tak tahu apa salah saya. Sampai dia mengamuk macam tu sekali.

Awak bayangkan , Fawwaz. Dengan keadaan saya yang sarat mengandung, saya terpaksa  pergi klinik seorang diri, buat buku sendiri, semuanya sendiri. Doktor selalu tanya mana suami? Dia marah saya terlampau berdikari sebab saya dah semakin sarat. Tapi, kalau saya tak berdikari. Dengan siapa lagi yang saya nak harapkan? Zafran langsung tak boleh harap." Sofea menyapu perlahan lelehan air mata yang keluar dari matanya.

Tipulah dia tak sedih bila teringatkan kembali kenangan hitamnya dulu. Kenangan yang mengajarnya untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat dari semasa ke semasa.
Sorry, kalau saya menyibuk. Ermm, bila dia ceraikan awak? Baru lagi ke?" Fawwaz bertanya soalan dengan berhati-hati, bimbang akan menyakiti hati wanita ini lagi.
“Dia ceraikan saya, seminggu sebelum Raisya dilahirkan...."

Dum!!! Bagai ada batu menhempap Fawwaz ketika ini. Dia benar-benar tidak menjangka Zafran sekejam itu. Seminggu sebelum Sofea melahirkan anak. Bereti siapa yang menolong Sofea semasa dia ingin melahirkan Raisya? Siapa yang menjaganya ketika sedang berpantang? Siapa yang menghantarnya ke hospital? Siapa?? Ma Sha Allah, kejamnya manusia yang bernama Zafran ini. Kenapalah dia masih berada di muka bumi ini.

Ingin sahaja Fawwaz bertanya lebih lanjut mengenai rahsia wanita itu. Kalau boleh dia mahu tahu semuanya sekarang. Dia mahu dengar sendiri dari bibir wanita itu. Namun, baru sahaja dia membalas. Rayyan merengek di atas katil dan membuatkan Sofea melangkah ke arah anaknya. Anaknya yang mula mahu menangis itu ditenangkan dengan kata-kata yang cukup lembut seakan memujuk. Beberapa saat kemudian, suasana kembali sepi.

Dalam diam, Fawwaz memasang niat.
Kalau Zafran tidak boleh membahagiakan Sofea, dia yakin dia boleh. Biarpun, dia bukan cinta pertama di hati wanita itu. Dia ingin menjadi cinta terakhir di hati Sofea. Dia sanggup menyembuhkan luka di hati wanita itu, dia sanggup lakukan apa saja. Dia tidak kisah dengan status diri Sofea. Janda ke perawan ke, kisah apa dia?

Fawwaz tersenyum dalam diam. Semoga niat baiknya itu, dipermudahkan. “Jangan menangis Sofea. Saya sentiasa ada untuk awak.." Bisik Fawwaz bersendirian.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang