Puan Vita merapati Fawwaz yang sedang tersandar malas di atas sofa sambil bermain handphone di ruang tamu. Dia melabuhkan duduk bersebelahan anaknya. Fawwaz mengangkat wajah lantas tersenyum. Handphone diletak di atas meja kopi.
“Baru lepas solat ke, mak?" Soal Fawwaz saat melihat ibunya masih memakai telekung berwarna putih.
“Haah... Kamu dah solat?" Fawwaz mengangguk.
“Dah. Baru je lepas..." Keadaan diam kembali.
“Sofea macam mana? Okay ke dia?"
“Okay... Cuma, biasa lah. Ada lah sedih juga. Nanti dia okay lah tu." Balas Fawwaz.
“Kamu kena sentiasa ada lah dengan dia. Jangan bagi dia rasa keseorangan. Takut dia stress."
“Takde apa lah, mak. Biasa lah sedih tu. Zafran tu kan, bekas suami dia." Puan Vita membalas dengan anggukan tanda mengiakan.“Tapi kan, mak. Masa hari pengebumian arwah tu, warden dia ada bersembang kejap dengan Ril. Dia kata masa mandikan jenazah, mayat tu nampak macam tengah tidur. Muka dia berseri macam tengah senyum. Diorang yang mandikan arwah tu terpaku tengok." Ujar Fawwaz. Dia teringat kembali kata-kata warden penjara semasa hari pengebumian jenazah Zafran.
“Alhamdulillah, walaupun dia pergi dengan cara yang menyedihkan. Tapi, tengok. Allah angkat darjat dia sampai macam tu sekali. Itu balasan dia bila dah bertaubat. Dia dah menyesal dengan kesalahan dia yang dulu. Bertapa mulia dia sisi tuhan."“Itulah, mak. Allah angkat darjat dia sampai macam tu sekali. Warden tu pun ada cakap, masa dalam sel. Dia selalu baca Al-Quran, tiap-tiap waktu solat dia tak pernah tinggal. Masa dia dalam sel tu dihabiskan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Mulut dia asyik berzikir. Seronok bila dengar kebaikan arwah. Ril teringin nak jadi macam tu, mak. Tapi, Ril tak mampu. Ril masih lagi jahil..." Puan Vita menepuk perlahan paha anaknya.
“Sebab tu kita kena perbaiki diri kita mulai sekarang. Ajal tu bila-bila masa je boleh datang jemput kita. Ajal ni tak kira peringkat umur, awak tua ke muda ke, kalau nak mati tu mati juga. Kita kena siapkan diri kita untuk berjumpa dengan Allah.Takkan kita nak pergi jumpa Allah dengan keadaan yang tak bersedia? Allah dah bagi banyak masa dah dekat kita masa hidup. Cuma kita je tak pernah bersyukur." Puan Vita menelan liur sebelum menyambung lagi.
“Ril... Banyak cara yang kita boleh buat untuk mendapat keredhaan Allah selain perkara wajib baca Al-Quran dan solat 5 waktu. Antaranya kita kena sentiasa memaafkan orang lain. Baru lah hati kita rasa tenang, tak serabut." Fawwaz memandang sayu ke dalam mata ibunya. Seperti ada sesuatu yang mahu ibunya itu sampaikan.
“Ril... Walau teruk mana dosa yang orang buat dekat kita, maafkanlah orang tu. Memang tak senang nak maafkan orang dengan ikhlas tapi, cuba kita fikir.Kita selalu berdoa minta Allah maafkan kita. Andai kata Allah memaafkan kita dengan tak ikhlas, boleh tak kita rahmat darinya?" Fawwaz menggeleng.
“Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak nak maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah. Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan. Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tak ikhlas memaafkan ni dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah."
“Nazril...." Panggil Puan Vita lagi dengan lembut.“Mak tahu apa yang Ril cakap dengan ayah hari tu. Mak tahu Ril marahkan dia tapi, marah pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai menderhaka dekat ayah, nak. Baik buruk pun, dia tetap ayah kandung Ril. Orang yang menyebabkan Ril wujud dekat dunia ni." Fawwaz tersenyum kelat kepada ibunya. Kemudian, dia meletakkan kepala di paha ibunya dengan manja.
“Mak... Ril tak berniat nak tinggikan suara dekat dia. Tapi, bila teringatkan balik. Hati Ril sakit mak. Ril teringat balik apa yang dia buat dekat kita. Macam mana dia sanggup ceraikan mak semata-mata nak hidup dengan bini muda dia. Tapi, bila kebenaran dah terbongkar. Baru dia pandai nak minta maaf. Andai kata Am tu memang anak dia, dia memang tak kan minta maaf lagi, mak."Puan Vita menggosok lembut kepala anaknya.
“Ril... Tak salah kalau kita maafkan ayah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau diikutkan, mak yang lagi berdendam dengan dia. Sakit mak yang lagi sakit dari kamu. Tapi, mak tetap maafkan dia sebab mak fikir yang dah berlalu biarkan berlalu. Dia dah pun sedar salah dia. Kita sebagai manusia kena saling memaafkan. Siapa je tak pernah buat silap, sedangkan nabi pun pernah. Ini kan pula kita manusia yang biasa ni. Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri. Memaafkan tak akan membuatkan kita hina walau sedikit pun, meminta maaf takkan menjatuhkan harga diri kita walau sedikit pun, sebab kita tahu hakikat bahawa manusia akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup.Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Ril kena ingat, sifat pemaaf itu sifat orang beriman dan hanya orang yang kuat saja yang boleh maafkan orang yang buat salah dekat kita. Mak tahu anak mak yang handsome ni kuat orangnya. Walau hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna duit kita walau sesen pun malah, kita dapat pahala." Nasihat Puan Vita panjang lebar. Fawwaz mengelap air mata yang mengalir di pipi.
“In Sha Allah Ril akan maafkan dia. Cuma mungkin bukan masa sekarang. Hati Ril sakit sangat bila nampak muka dia. Ril... Ril tak boleh...." Puan Vita menyuruh Fawwaz bangun dan memandangnya. Fawwaz hanya ikut.“Ayah dah tua, Ril. Kalau Ril tak mampu maafkan dia, cuba Ril fikir bila Ril kahwin nanti. Ril ada anak, Ril mungkin buat salah dekat anak Ril. Ril sedih tak kalau anak Ril tak maafkan Ril? Sedangkan dia anak Ril sendiri. Ril tak sedih ke jadi pendosa seumur hidup?" Kelihatan Fawwaz terdiam, sebelum dia mengangguk perlahan. Puan Vita mengelap air mata anaknya yang mengalir laju. Dia pun turut menangis.
“Mak tak nak anak mak jadi pendendam. Mak takut, bila Ril tak maafkan ayah sekarang nanti hati Ril jadi keras. Sampai satu masa hati Ril jadi hitam. Langsung tak nak maafkan ayah. Mak tak nak Ril jadi macam tu, sebab mak sayang anak mak ni dunia akhirat..." Fawwaz memeluk ibunya erat. Dia terbayang jika dia di tempat ayahnya. Sedihnya bila anak kandung sendiri tak maafkan kita.
“Mak...." Panggil Fawwaz perlahan.“Ril cuba ambil contoh Sofea dengan arwah Zafran. Masa Zafran hidup, macam-macam dia buat dekat Sofea tapi, Sofea tetap maafkan arwah Zafran walaupun dulu dia selalu kena pukul. Ril ambil contoh pula Pak Samad dengan Mak Nah. Dah berpuluh tahun Mak Nah ingat anak dia dah mati, padahal anak dia hidup lagi, Am tu. Tapi, dia masih boleh maafkan Pak Samad biarpun kena tipu hidup-hidup. Sebab hati Mak Nah bersih. Hati Sofea bersih dan mak tahu hati anak mak pun bersih. Sebab mak yang lahirkan kamu, nak. Mak tahu anak mak ni baik.” Ujar Puan Vita lagi.
“Mak...." Puan Vita menanti kata-kata Fawwaz.“Kalau aaa.... Ayah nak bersatu dengan mak semula, mak terima tak? Mak nak tak?" Puan Vita tersenyum kelat. Hidungnya merah kerana menahan sebak.
“Mak dah biasa hidup tanpa suami. Mak lagi selesa macam ni. Mak dah bahagia dah, Ril. Mak dah ada segalanya walaupun takde suami di sisi. Mak dah ada anak mak yang sorang ni pun lebih dari cukup. Ril...” Puan Vita memegang pipi anaknya.
“Maafkan ayah ye, nak? Maafkan dia, ye?" Fawwz tidak membalas. Sebaliknya dia memeluk Puan Vita rapat sambil menangis teresak.“In Sha Allah... Mak... Terima kasih sedarkan, Ril..."
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.