Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Bunyi rentak lagu Me and Broken Heart nyanyian Rixton bergema kuat di sekitar perkarangan villa Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Diana, diselang-seli dengan suara Dj majlis yang petah berbicara menyebut nama barisan tetamu yang hadir. Suasana ketika itu sangat meriah. Sofea bergandingan berjalan dengan Daniel. Sempat dia mengerling tetamu yang hadir. Kebanyakan dari tempat kerja. Sempat mereka menyapa dirinya. Sofea membalas dengan senyuman. Sememangnya dia tidak begitu ramah dengan orang yang dia tidak berapa rapat.
Terasa malu dengan tetamu lain yang membawa hadiah untuk diserahkan kepada ‘birthday boy' hari ini. Sedangkan dia hanya membawa diri sahaja. Daniel kata, tidak perlu membawa hadiah. Cukuplah dia bersetuju untuk ke majlis pada malam ini sudah cukup. Namun, dia berfikir juga. Kalau mahu membawa hadiah mesti kena beli barangan mahal. Lihat saja gaya hidup Tan Sri Iskandar yang mewah ini.
Rasanya dia tidak mampu membeli hadiah mahal melebihi RM100. “Mummy... Daddy.. Kenalkan, ni Ainnur Sofea." Daniel memperkenalkan Sofea kepada Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Diana. Sofea tunduk menyalami tangan putih milik mummynya. Wajahnya dihiasi senyuman. Rasa gementar cuba dikawal. “Apa khabar, Puan Sri?" Soal Sofea, cuba mencipta perbualan. Kelihatan kedua-dua orang tua itu seperti terpana melihat dirinya.
“Sihat, alhamdulillah. Well, daddy rasa ni pekerja Iskandar Holdings, kan? Nampak familiar je ni?" Soal Tan Sri Iskandar. Dia seakan pernah melihat wajah cantik ini walaupun dia jarang ke department anaknya. Rasanya pernah melihat. Adakah mereka ini ada ikatan apa-apa. Hati tuanya kuat mengatakan bahawa anaknya sudah menemui cinta hati.
“Ye, Tan Sri. Saya pekerja di situ." Jawab Sofea dalam segan. Daniel sudah tersenyum. “Amboi, daddy. Ingat je kalau ada pekerja cantik ni. Daddy jangan, mummy ada je dekat sebelah tu." Daniel mengangkat kening mengisyaratkan kepada daddy. Serentak mereka berdua ketawa. Sofea hanya tersenyum segan. “Hello?? Ingat mummy jelous ke? Sorry sikit. Mummy muda-muda dulu lagi cantik, okay? Sampai sekarang still cantik. Kalau tak, takdelah daddy you tergilakan mummy. Nak curang dengan mummy silap besarlah."
Bersahaja Tan Sri Diana membalas sambil mengerling ke arah Sofea. Tapi, betul juga kata anaknya. Perempuan muda ni memang cantik walaupun kelihatan polos. Dia ada gaya dan jati diri tersendiri, dia yakin wanita ini bukan berdarah melayu semata-mata. Dia juga boleh rasakan bahawa Daniel sukakan wanita ini. Bukan dia tidak nampak anaknya itu curi-curi memandang wajah wanita ini.
“Dah tua-tua kerepot ni nak curang apa dah. Nak hadap perangai awak pun saya dah tak larat. Umur macam ni saya fikir nak layan cucu je. Daniel dengan Sofea cepat-cepat lah nikah. Tak sabar dah daddy ni nak timang cucu. Daddy ni dah tua." Ujar Tan Sri Iskandar. Manakala Daniel sudah tersengih menayang gigi cantiknya. Gembira kerana daddynya seakan tahu apa yng dihajati dalam diam. “Seriously daddy nak Am kahwin? Kalau macam tu, bolehlah nanti mum...."
“Korang berdua ni boleh standby. Acara potong kek nak start dah. Daddy, jom..." Potong Puan Sri Diana tiba-tiba. Kemudian, dia menarik tangan suaminya agar pergi dari situ. Daniel sudah terpinga-pinga dengan tindakan drastik mummynya itu. Manakala, Sofea sudah mula faham dengan tingkah-laku wanita kaya itu tadi. Dirinya tidak dialu-alukan di sini. Dalam hati dia berdoa, dicepatkan masa berlalu.
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz ralik meneliti gambar yang dia tangkap sebentar tadi. Kelihatan gambar candid wanita yang bershawl kelabu yang dibelit dengan gaya terkini. Dia tertawan melihat wanita yang sedang tersenyum itu. Mata wanita itu menatap tetap ke arah lensa kamera miliknya secara spontan, namun dia rasakan wanita itu seperti melihat dirinya. Cantiknya! Siapa perempuan ini sebenarnya. Adakah dia calon isteri kepada Daniel?
Fawwaz memandang sekeliling, berusaha mencari gadis yang telah membuatkan jantungnya berdegup laju sebentar tadi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Entah kenapa dia terasa sangat tertarik untuk mengenali diri wanita itu. Tipulah kalau dia kata dia tak tertarik langsung. Melihat sahaja kecantikan semulajadi yang dianugerahkan kepada wanita itu, dia yakin ramai yang meminatinya dalam diam. Bukan dirinya sahaja.Dia dapat rasakan yang gadis itu tidak selesa. Apa yang membuatkan dia rasa sebegitu? Ya. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalannya.
Dengab perlahan dia melangkah ke arah orang ramai yang mengerumuni kek hari jadi. Semakin dekat dia melangkah, semakin jelas dia nampak wajah tua bapanya yang sedang tersenyum riang. Di kiri dan kanan bapanya ada anak dan isterinya. Sumpah, dia rasa sedih. Lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Sepatutnya yang harus berada di situ ialah dia dan ibunya. Bukan kedua-dua manusia asing itu. Tak apalah, kalau ini nasibnya dia terpaksa redha. Tetapi, mampukah dia? Sedangkan dia sangat rindukan layanan seorang bapa.
Fawwaz terpaksa mengabaikan perasaannya seketika. Di hujung satu sudut. Kelihatan Saiful yang begitu tekun menjalankan tugaskan. Lelaki itu nampak sangat profesional semasa menjalankan tugas. Senyuman manisnya tidak lekang dari bibir. Inilah, sahabatnya di kala susah dan senang. Walaupun, usia perkenalan mereka belum mencecah 5 tahun. Namun, hubungan mereka sangat akrab.
Fawwaz mengetik klik kamera. Dia memfokuskan lensa kamera ke arah orang ramai dengan sebaik mungkin. Klik... Klik.. Klik.. Cahaya dari kamera ibarat kilat kecil. Tetamu yang lain menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Tan Sri Iskandar dengan kuat dan teratur. Suara lelaki dan perempuan bercampur membentuk satu irama.
Namun, sebelum sempat Fawwaz menekan butang kamera untuk seterusnya. Dia dapat melihat lagi wajah cantik wanita yang mencuri hatinya tadi. Wanita itu kelihatan seperti malu-malu. Sempat dia mengerling ke arah tangan Daniel yang memegang tangan halus milik si cantik manis itu. Langsung tak tahu malu. Hatinya kuat mengatakan yang si cantik itu berasa tidak selesa dirinya diperlakukan sedemikian.
Dia tersentak dari lamunan apabila tetamu yang ramai itu tiba-tiba sahaja bersorak dan menepuk tangan. Sedarlah acara potong kek sudah tamat. Kelihatan Puan Sri Diana menyuap potongan kecil kek hari jadi mahal itu ke dalam mulutTan Sri Iskandar. Tan Sri Iskandar turut mebuat hal yang sama. Tetamu bersorak lagi melihat kemesraan pasangan tua itu sedang berasmara dengab romantik sekali. Daniel pula mencium mesra pipi Tan Sri Iskandar.
Fawwaz tidak boleh bertahan lagi. Tanpa disedari oleh sesiapa, dia melangkah perlahan dari kelompok orang ramai sebelum adegan lain pula diteruskan oleh keluarga kaya itu. Hatinya sakit. Jiwanya menangis. Dia tidak diperlukan di sini. Dia harus pergi. ‘