Orang ramai semakin meninggalkan tapak perkuburan islam di Sungai Buloh itu. Namun, Sofea masih setia duduk berteleku di sebelah kubur kecil arwah Raisya. Matanya yang bengkak dan merah itu tidak dihiraukan lagi. Sofea teringat sewaktu Raisya dikafankan tadi. Rayyan menangis kuat dan mengamuk. Tidak pernah lagi mengamuk seperti itu. Pasti anak kecil itu faham yang dia sudah kehilangan adik perempuannya.
Fawwaz juga tidak terdaya untuk memujuk Rayyan yang mahu menerkam untuk memeluk jasad Raisya. Dia marah adiknya dikafankan. Dia takut adiknya tidak boleh bernafas. Ma Sha Allah, anak itu sangat cerdik. Usia sekecil itu sudah memahami segalanya. Sofea tidak menahan sebak saat melihat keadaan Rayyan tadi. Hendak melarang, dia sendiri tiada kekuatan. Akhirnya, Fawwaz berjaya juga memujuk Rayyan daripada berhenti menangis.
“Adik... Mama pergi dulu ye, sayang.. Nanti mama datang lagi ke sini dengan abang. Adik tunggu mama di syurga ye, sayang. Mama dah halalkan susu mama dekat adik. Mama pergi dulu sayang. Assalamualaikum..." Sofea mencium lama batu nisan milik Raisya Ameera sambil disaksikan oleh Fawwaz yang sedang mendukung Rayyan yang sudah terkulai itu. Lelaki inilah yang setia menolongnya menguruskan jenazah Sofea dari awal hingga habis.
Bahkan, Fawwaz juga yang telah mengimamkan jenazah anaknya itu, yang menghabiskan wangnya untuk perubatan Raisya. Dia sangat terhutang budi dengan lelaki ini. Lelaki yang tersangat baik. Sofea membalas senyuman Fawwaz dengan hambar.
“Sayang.. Jom balik. Nanti kita datang lagi ye melawat adik." Sofea mengangguk lemah. Langkah kaki diatur secara perlahan. Dia sempat berpaling ke belakang melihat ke arah kubur Raisya yang masih merah itu. Jasad Raisya disemadikan berdekatan dengan pusara kedua-dua orang orang tua Sofea.“Selamat tinggal anakku, Raisya Ameera. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup mama. Mama sayang adik selamanya.. Assalamualaikum." Sofea memulakan langkahnya dengan perlahan menuju ke arah Fawwaz yang menunggunya di kereta. Dia sudah berazam tidak akan menangis lagi. Dia harus kuatkan emosi. Perkara yang lalu biarkan berlalu. Namun, dia tidak akan sesekali melupakan Raisya. Itu janjinya!
🌼🌼🌼🌼🌼
BEBERAPA HARI KEMUDIAN..
PAPPP!!!
Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Diana mengurut dada kerana terkejut dengan perbuatan Daniel yang menghentak tangannya ke meja kopi.
Wajah anak emas mereka itu merah kerana menahan marah yang teramat sangat. Wajah orang tuanya direnung seorang demi seorang. Dengusan kasar keluar dari bibirnya. Wajahnya masam mencuka.“Daddy dengan mummy tak boleh buat macam ni. Kenapa nak rahsiakan sangat dari Am? Daddy tahu kan, betapa pentingnya dia dalam hidup Am? Huhh, mummy?" Puan Sri Diana melepaskan nafas perlahan. Wajah kacak Daniel yang berjambang kemas itu dipandang.
“Am.. Am kan baru balik dari Kanada. Tenang dulu, sayang. Badan Am tu masih jet lag. Mummy takut Am sakit nanti." Pujuknya lagi.“Am tak nak dengar semua tu. Soalan Am please lah jawab. Anak Sofea meninggal kenapa seorang pun tak bagitau Am? Dia resign pun takde sorang bagitau. Daddy, you takde phone ke? Pekerja daddy mana? Dah mati ke semua? Kenapa seorang pon tak bagitau Am?" Tengking Daniel kuat.
“Izham! Kenapa sampai nak tengking-tengking mummy dengan daddy ni? Tak boleh dah ke nak cakap elok-elok? Siapa sangat perempuan tu dari mummy dengan daddy?" Soal Tan Sri Iskandar dengan garang. Sakit hati dengan Daniel kerana sanggup menengkingnya semata-mata kerana Sofea.Biadap betul! Puan Sri Diana menyabarkan suaminya itu. Tan Sri Iskandar hanya menjeling.
“She's special one for me. Dia segala-galanya bagi Am. Bila Am dengan dia, Am tak nampak perempuan lain. Dia berbeza dengan perempuan-perempuan yang Am kenal. Dia baik, penyayang dan sopan. Am tak kan menyesal kalau Am pilih dia. I love her so much.." Balas Daniel sedikit perlahan tetapi mampu didengari oleh mereka berdua.“Tapi, dia tu janda! Janda anak dua! Miskin pula tu. Mana sama taraf dengan kita. Tengok pakaian dia, dengan kita. Murah! Tengok pakaian Am pula. Branded harga beribu-riban. Dia? Entah celah bundle mana dia cari! Tak! Mummy tak setuju dia jadi menantu mummy." Balas Puan Sri Diana dengan geram. Dia memang tak sukakan Sofea dari awal lagi. Semenjak Sofea datang ke villa mereka malam itu.
“Dah apa kena mengena dengan baju-baju dia pula? Suka hati dia lah nak beli dengan mana. Asalkan dia tak merompak dengan mencuri. Enough! Dia tak miskin, mummy. Tapi, dia cuma tak kaya macam kita. Hidup dia sederhana. Salah ke Am cintakan dia? Mummy jangan nak hina orang sampai macam tu. Hidup kita ni tak selamanya senang. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Bumi ni bulat mummy. Bukannya flat!"
“Do I care? Am cakap lah apa je yang Am nak cakap. Mummy dengan your daddy sampai bila-bila tak kan setuju. Kami malu tahu tak!"
“Malu apa? Sebab dia janda?"
“Daniel Izham!" Daniel tersentak apabila Tan Sri Iskandar menjerkahnya kuat. Habis merah wajah daddynya itu menahan marah. Dia cukup tak suka sekiranya Daniel meninggikan suara kepada mereka. Jarang Daniel berperlakuan begini. Selama ini, Daniel seorang yang mendengar kata.“Disebabkan janda tu Am sanggup tengking mummy dengan daddy? Apa nak jadi ni? Dah sangap sangat ke dia dia? Apa yang dia buat dekat Am sampai macam ni sekali. Apa yang lebihnya dia? Yang Am beriya sukakan dia tu. Am rasa dia sukakan Am ke?" Perli Tan Sri Iskandar lagi. Daniel terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu membalas apa.
“Dengar sini, Izham! Kalau you masih nak kan dia. Daddy akan pecat you dari ofis tu. Tak kiralah Am ni anak daddy ke apa ke.Dan Am boleh keluar dari villa ni. Semua elaun bulanan, your sport car, condo, kredit card, your p.a, semua daddy ambil!"
“Daddy!!" Panggil Daniel perlahan. Tan Sri Iskandar menggeleng.
“Am yang paksa daddy jadi kejam. You dah tahu, daddy tak suka kalau keinginan daddy dibantah. Jangan cabar daddy, Izham!"
“Kenapa mummy dengan daddy benci Sofea sangat? Disebabkan dia janda?
Dia tu baru je kehilangan anak. Sepatutnya Am ada di sisi dia. Tenangkan dia.Tapi, korang tak faham! Selfish! Hanya sebab dia janda dan tak berharta! Hina sangat ke status tu? Ke daddy dah lupa daddy pun ada janda??"
“Izhammmm!!!" Pang! Satu penampar sulung Tan Sri Iskandar singgah di pipi berjambang Daniel. Puan Sri Diana menjerit terkejut. Dia tidak sangka langsung suaminya itu akan bertindak menampar anak emas mereka. Ini adalah kali pertama! Dan Tan Sri Iskandar merenung tajam wajah baran Daniel.
“Better you go before I bertindak lebih lagi. Go!!" Dia menunjukkan ke arah pintu utama villa. Menginsyaratkan supaya Daniel cepat keluar dari situ.Daniel tersenyum sinis. Baginya, kesan tamparan tadi tidaklah sesakit seperti kata-kata penghinaan yang telah diperkatakan mereka kepada Sofea. Dengan langkah perlahan dia melangkah ke arah daddynya.
“Fine! Kalau you ingat I akan mengalah disebabkan oleh segala harta yang you bagi dekat I. You salah! Duit dan harta boleh dicari. Tapi, kebahagian dan cinta susah dicari." Sebaik dihabiskan ayat itu, terus dia melangkah laju ke luar rumah bersama hati yang panas membara.Tan Sri Iskandar terus menahan Puan Sri Diana yang mahu menerpa ke arah Daniel untuk menahannya dari pergi. Puan Sri Diana menjerit kuat nama Daniel dan memarahi ti dakan suaminya itu. Dia sangat marahkan Tan Sri Iskandar kerana tegar membiarkan Daniel keluar dari villa itu. Tan Sri Iskandar melepaskan nafas berat. Kepalanya mula berdenyut-denyut.
“You jangan risau. Perempuan tu tak cintakan Am. Dia cintakan Nazril." Ujarnya sambil memandang ke arah muka pintu. Tan Sri Diana mengerutkan kening.
“Macam mana boleh....." Pantas Tan Sri Iskandar menggeleng.
“I ada informer. Jangan risau. Dia tak kan jadi menantu kita. Dan Am akan kembali ke sini. Dia tak kan boleh hidup tanpa kemewahan yang kita berikan dekat dia. Buat masa ni kita tunggu dan lihat. Dah lah, I nak naik atas. Migrain!"Tan Sri Iskandar terus memanjat anak-anak tangga villa mewah itu untuk menuju ke kamarnya. Puan Sri Diana masih mengeluarkan air mata. Dia tidak dapat menerima hakikat yang Daniel sudah tinggalkan rumah itu. Seketika dia menahan geram.
“Sofea! Disebabkan rumah tangga aku hancur! Aku tak kan biarkan Daniel dapatkan kau! Itu janji aku!"

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.