Sofea ralik meneliti tubuhnya yang sudah tersarung cantik dress labuh berwarna coklat. Berlainan sekali pakaiannya ketika di pejabat ketika ini. Dia kini berada di ruang tamu rumahnya berhadapan cermin panjang. Manakala shawl yang berwarna sepadan dengan dress dililit kemas. Wajahnya dioles ringkas namun, tetap berseri.
“Okay ke aku pakai macam ni?" Tanya Sofea kepada Haneez yang sedang bersimpuh di atas sofa. Dia sedang menonton televisyen. Malam itu Haneez dan anaknya, Puteri Aleesya berkampung di rumahnya kerana Luqman, suami Haneez outstation. Malah, malam itu juga, Haneez menawar dirinya untuk menjaga Rayyan dan Raisya. Lagipun, dia malas ke parti hari jadi Tan Sri Iskandar. Biarlah, dia duduk di rumah. Boleh juga tengok budak-budak tu. Lagipun, malam-malam ni malas mahu hantar ke pengasuh.
“Okaylah tu. Cantik apa. Pandai juga eh, kau bergaya?" Puji Haneez ikhlas. Manis betul Sofra malam ini. Walaupun ringkas namun cantik. Sengaja Sofea tidak mahu Daniel membelikan dirinya baju. Takut makan budi pula nanti. Walaupun, jejaka itu menegaskan yang dia tidak kisah. Ya, di kemudian hari nanti manalah kita tahu, kan?
“Mestilah. Ainnur Sofea kot?" Sempat Sofea berseloroh. Bibirnya tersengih memandang Haneez yang sudah membuat muka mahu muntah itu. Serentak Sofea ketawa kecil.
“Neez.. Macam malas je nak pergi. Aku duduk rumah je lah. Temankan kau, eh? Malam ni ada cerita ulangan The Heirs, kan?" Ujar Sofea tanpa berfikir panjang. Dia melabuhkan punggung di sebelah Hanis. Raisya yang sedang meniarap di atas sofa bersebelahan dengan Haneez, diangkat. Wajah comel itu digomol manja. Terkekeh-kekeh Raisya ketawa.“Eh.. Kenapa pula. Dah cantik-cantik ni, tak nak pergi pula. Kau jangan buat hal, Pia. Bos dah nak datang tu. Kang telinga aku pula kena piat!" Tanpa sengaja Haneez membuka rahsia. Sofea sudah membulatkan mata dan membuatkan Haneez spontan menutup mulut. Sedar rahsianya sudah diketahui.
“Ooo... Jangan kau dah kau-tim dengan si Daniel tu lah supaya aku pergi?" Soal Sofea sambil meletakkan anak gadisnya di riba.“Mana ada. Kenapa nak kau-tim bagai. Merepek je. Eh, lagipun apa salahnya dia minat kau. Bos tu sikit punya handsome macam model je aku tengok. Kaya pula tu. Dah orang nak kau, sapu aje lah. Hai, Pia. Seriously, aku tak faham kenapa kau tak suka dia. Dia baik tau dengan kau, aku boleh nampak." Sofea mengemam bibir. Nafasnya dilepaskan perlahan. Dia memandang mata Haneez yang dialihkan menonton televisyen.
“Aku tak sedia lagi nak share hidup aku dengan siapa-siapa. Bagi aku sekarang ni. Anak-anak lagi penting. Biarlah diorang gembira, sihat depan mata aku. Aku nak jaga diorang ni baik-baik. Aku tak nak incident sama berulang lagi. Aku tahu, Rayyan trauma dengan perangai bapak dia dulu."
Haneez menghalakan matanya memandang ke arah Sofea. Tangannya memegang tangan Sofea.
“Pia..."“Aku tak paksa kau terima dia. Cuma, aku nak bagi kau nampak je. Aku faham derita yang kau rasa, walaupun aku takde dekat tempat kau. Memang aku tak rasa semua tu. Tapi, kau kena ingat. Tak semua lelaki dekat dunia ni sama. Jangan sebab Zafran tu buat perangai dekat kau. Kau cop semua lelaki sama je. Pia, kau kena tahu satu hal. Sekuat mana pun kau. Kena juga ada lelaki dekat depan kau untuk bimbing kau, bimbing anak-anak kau. Kau dah lama derita, Pia. Sekarang ni lah masa untuk kau cari semula kebahagian kau.". Nasihat Haneez panjang lebar.
Kelihatan Sofea menelan liur.
“Aku takut nak bagi hati aku, Neez. Dulu Zaff pun macam ni. Sayang sangat dekat aku. Tiap hari ada je kata cinta dia untuk aku. Kau pun tahu betapa romantiknya dia. Tapi, tak lama lepas tu. Rumah tangga kitorang hancur, Neez. Berkecai! Aku.. Aku...." Sofea tidak mampu meneruskan ayat. Dia memandang ke arah Rayyan yang sedang bermain permainan lego bersama Alisya di tepi sofa.“Itu sebab dia bodoh. Dia yang buat perangai. Dah ada bini baik, anak dah dua orang. Cari pasal lagi. Entahlah, Pia. Kau lupakanlah pasal dia. Sekarang ni kau kena fikir juga pasal Rayyan dengan Risya. Kau kata kau boleh hidup tanpa suami , kau rasa. Tapi, anak-anak kau? Kau ingat diorang tu takde perasaan ke bila tengok orang lain berbapak. Tapi, diorang takde?" Ujar Haneez, cuba bermain psikologi dengan Sofea.
“Bapak diorang hidup je lagi. Tapi, dia yang buat budak-budak ni anggap dia macam dah mati. Langsung tak jengok diorang." Balas Sofea lagi.
“Yes.. Itulah maksud aku. Kau kena tunjukkan dekat Zafran yang kau boleh dapatkan lelaki yang jauh lebih elok dari dia. Apa, dia ingat muka macam Zul Ariffin, badan tiptop main gim, dia boleh tinggalkan kau sesuka hati? Blah lah! Lagipun, anak-anak kau semakin besar. Diorang perlukan kasih-sayang seorang bapak. Bukan kasih-sayang dari seorang ibu aje. Tak cukup semua tu, Pia."Lama Sofea memandang ke arah Rayyan yang sedang ralik bermain itu. Perbualan antara Sofea dan Haneez langsung tidak menarik minatnya. Bermain lagi penting. Dia ingat lagi, selepas diceraikan oleh Zafran. Tidak pernah sekali pun Rayyan bertanya mengenai bapanya. Tetapi, baru-baru ini Rayyan bertanya. Mungkin, dia sudah berasa rindu. Zafran dulu pernah memanjakannya. Kecuali Raisya, nasibnya lagi kasihan berbanding abangnya. Arghhh, panjang ceritanya!
“Mama... Kenapa pakai baju cantik malam-malam ni? Mama nak pergi mana?" Sofea tersentak apabila Rayyan menegurnya. Terus berterbangan kenangan pahit di benaknya. Sedar-sedar sahaja Rayyan sudah berdiri di hadapannya. Entah masa bila dia berdiri di sini.
Sofea tersenyum malu. Sempat dia kerling Haneez yang kelihatan kusyuk menonton televisyen. ‘Pura-pura khusyuk ke camne ni?'“Mama nak keluar kejap. Nak pergi kenduri." Kelihatan mulut comel Rayyan membentuk huruf ‘O'. Comel sungguh anak terunanya itu.
“Abang... Mama cantik tak?" Soal Sofea sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Rayyan mengganguk penuh perasaan.
“Cantik. Mama abang mestilah cantik. Cikgu Aliya cakap mama tu ibarat bidadari yang jatuh dekat langit untuk jaga anak-anaknya. Cikgu Aliya cakap bidadari tu cantik. Tapi, abang tak pernah jumpa dia. Abang rasa mama lagi cantik dari dia. Sebab mama sayang abang, mama sayang adik!"Semangat sungguh dia menceritakan apa yang cikgu ajarnya di tadika. Siap membuat gaya lagi. Haneez dan Sofea hanya ketawa melihat teletah lucu Rayyan. Tiba-tiba Aleesya datang ke arah mereka. Dia menyampuk perbualan.
“Mana ada. Mummy kita pun cantiklah. Mummy kita pun bidadari juga. Kalau tak, kita tak cantiklah." Ujarnya sambil memeluk erat pinggang Haneez. Mummynya sudah mengerutkan kening.“Eh... Eh.. Tak pernah-pernah puji mummy ni. Ada apa-apa ke ni? Ke adik ada buat salah?" Soal Haneez sambil menjegilkan mata. Sengaja mengusik anaknya. Kelihatan Aleesya tersengih menayang gigi susunya.
“Daddy yang cakap. Daddy cakap, adik cantik macam mummy walaupun mummy garang macam harimau. Aummm!!" Terkekeh-kekeh Sofea dan Rayyan ketawa. Aduhai, si Aleesya ni. Siap buat bunyi harimau lagi. Dengan gaya tangan ingin mencakar. Comel betul.Betul lah. Haneez ni cantik walaupun muka nampak garang. Dengan kulit putihnya, mata bundar dan berhidung jambu. Pendek kata tubuh badan macam anak dara walaupun sudah berpangkat emak! Macam Sofea juga. Malahan, wajah Aleesya juga seakan wajah Haneez. Macam photostat! Baru sahaja Haneez mahu membalas, kedengaran hon kereta berbunyi dari luar. Menandakan Daniel sudah sampai di luar pagar rumah Sofea.
“Hah, Pia. Dah sampai dah tu. Kau pergilah cepat. Buat rileks aje, okay jumpa mak mentua?" Sempat Haneez berseloroh. Sofea membalas dengan jelingan mata. Seketika dia memandang wajah Rayyan.
“Abang duduk elok-elok tau dengan Cik Neez? Jangan susahkan Cik Neez. Tengok adik sama. Kalau adik nangis tolong Cik Neez juga, tau? Macam yang mama ajar abang sebelum ni." Rayyan hanya mengangguk seakan faham apa yang mamanya nasihatkan.Seketika dia mencium kedua belah pipi Rayyan dan Raisya. Sempat dia berterima kasih lagi dengan Haneez kerana menjaga anak-anaknya sebelum dia melangkah keluar dari rumah, berjumpa dengan Daniel.
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
Roman d'amourIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.