Bab 63

7.9K 325 18
                                        

Fawwaz menarik nafas kemudian mengetuk pintu dua kali. Beberapa saat dia menunggu, akhirnya dia terpaksa memberanikan diri masuk sahaja ke dalam bilik itu apabila kedengaran suara Tan Sri menyuruhnya masuk. Di hadapannya, kelihatan Tan Sri Iskandar sedang membelek iphone mewahnya.

Fawwaz memandang sekeliling bilik pejabat bapanya. Inilah hasil usaha antara kerjasama Tan Sri Iskandar dan ibunya Vita Mahyuni suatu ketika dahulu ketika mereka masih bergelar suami dan isteri. Namun, kini segala sudah berakhir. Tan Sri Iskandar menjadi pemilik sepenuhnya empayar besar ini semenjak dia bercerai dengan Puan Vita.

Lebih menyayat hati, hanya wang sebanyak 25% dari milik syarikat diberikan kepada jandanya untuk menyara hidup ketika itu. Orang tua itu memang tak adil. Tan Sri Iskandar tamak!
"You nak apa sebenarnya? Siapa izinkan you dekat office ni?" Penuh angkuh sekali bicara orang tua itu ketika bercakap dengan anak kandungnya.

Ini ke bapak kau Fawwaz? Yang kata sayang kau, tatang kau masa kecil-kecil dulu? Kenapa dia sudah berubah 100% sekarang? Apa salah kau buat dekat dia sampai dia benci kau macam ni sekali? Mana hati dan perasaan dia sebagai bapak kau? Dah hilang ingatan ke?

Seketika Fawwaz menarik nafas. Sebolehnya dia tidak mahu bersikap kurang ajar dengan lelaki yang telah menyebabkan dia wujud di dunia ini.
"Maafkan saya, Tan Sri. Saya takde niat untuk ganggu urusan kerja Tan Sri. Sebenarnya saya ke sini sebab nak jumpa dengan Daniel Izham. Abang saya!" Kenyataan dari mulut Fawwaz membuatkan orang tua itu semakin panas hati.

"Izham? You nak jumpa dia? Please lah tak payah acting macam tak tahu apa-apa. Nak jumpa dia macam mana kalau dia takde dekat sini."
"Dia pergi mana?" Pantas Tan Sri Iskandar menjeling Fawwaz.
"Kau yang punca anak aku lari dari rumah. Tinggalkan syarikat, tinggalkan aku dengan isteri aku. Kau boleh tanya lagi dia pergi mana? Apa masalah kau sebenarnya, hah? Kau kalau ada masalah dengan aku, berdendam ke apa ke. Jangan libatkan anak aku. Izham tu satu-satunya anak aku. Faham tak? You got it?"

Marahnya bersungguh sehingga kata ganti nama pon bertukar. Fawwaz memejamkan mata. Benarlah kata hatinya selama ini. Lelaki tua ini sudah lama membuang dirinya. Sudah terbukti dia mengaku yang Daniel itu satu-satunya anaknya. Bukannya Fawwaz Nazril.

'Kau masih nak berlembut lagi ke Fawwaz dengan orang macam ni? Dia dah selalu hina mak kau. Dah tak mengaku kau tu anak dia. Apa kau nak buat sekarang? Nak menangis? Menangislah kalau kau lemah!!!' Seperti kedengaran suara bisikan halus di telinganya.

"Saya tak tahu apa salah saya. Pasal dendam ke apa ke, demi Allah tak pernah langsung terlintas dekat hati ni. Saya dengan mak saya dah hidup bahagia tanpa lelaki yang tak mengaku yang dia tu bapak saya. Kalau Tan Sri anggap macam tu, Tan Sri memang salah besar. Biarpun kami hidup sederhana, tapi mak saya tak pernah ajar saya simpan dendam mahupun suruh saya balas dendam.

Saya dah buat salah besar hari ni. Tak patut saya melangkah masuk di bekas office mak saya yang telah dirampas oleh seorang lelaki yang gila pangkat dan harta. Saya minta maaf. Niat suci saya untuk berjumpa dengan abang saya dah disalah anggap. Saya pergi dulu. Assalamualaikum!" Selesai berkata Fawwaz terus meluru keluar dari bilik Tan Sri Iskandar tanpa menunggu lama. Cepat sahaja dia melangkah ke arah Saiful yang sedang duduk bermain handphone di ruang menunggu.

"Jom balik!" Sapanya dengan keras.
"Balik? Asal? Am takde ke? Kau macam mana tadi. Bapak kau kata apa je dekat kau?" Pertanyaan Saiful membuatkan darah Fawwaz naik.
"Mulai hari ni. Kau jangan sebut pasal bapak bapak lagi. Aku dah takde bapak! Bapak aku dah mati!!!" Serentak itu dia melangkah laju meninggalkan Saiful yang terkedu tidak tahu apa-apa di situ.

Saiful malu sendirian. Dia menoleh ke kanan dan kiri. Ada beberapa orang pekerja yang melihat drama mereka tadi. Lekas-lekas dia tersengih dan berlari anak mengejar bayang Fawwaz yang semakin hilang.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang