Bab 78

8.1K 369 33
                                    

Saya tunaikan janji saya utk update malam ni biarpun dah lewat. So, selama membaca.😉

Double update

~~~~~~~~~~~

Bunyi derapan kaki melangkah ke arah mereka. Fawwaz yang mengenali susuk tubuh itu segera bertanya kepada ibunya.
“Mak... Macam mana diorang boleh tahu Am accident? Ril takde bagitau pun. Mak pun satu, macam mana boleh ada sini? Laju je sampai." Baru dia teringat hal itu. Rasanya tak ada pula dia menceritakan kepada Puan Vita perihal Daniel. Cepat pula emaknya sampai.

“Sebenarnya mak dengan diorang datang sini saja je. Tak nak beritahu kamu. Dah dekat nak masuk tol sungai buluh baru Sofea call kata Am accident. Itu yang kelam-kabut kitorang ke sini." Terang Puan Vita perlahan. Mata Sofea membalas pandangan mata Fawwaz.
“Allah... Kenapa lah tak beritahu awal mak. Suka sangat nak buat surprise konon. Kalau jadi apa-apa macam mana? Bukannya dekat SP dengan KL!" Balas Fawwaz dengan muka tidak puas hatinya.

Dengan sopan, Sofea dan Haneez bersalaman dengan Mak Nah, ibu angkat Daniel. Sedar dirinya diperhatikan oleh Fawwaz, Mak Nah tersenyum.
“Jangan marah mak, Fawwaz. Mak Nah yang nak datang sini melawat Daniel. Rasa rindu dekat dia. Tak sangka pula dekat-dekat nak sampai mak hang dapat panggilan. Dia kata Daniel kemalangan." Balas Mak Nah sambil memandang ke lantai.
“Tak, Mak Nah. Saya tak marah. Saya cuma terkejut je." Fawwaz meneliti wajah Mak Nah yang sembab. Kemungkinan baru lepas menangis.

Puan Vita mengenali Mak Nah melalui Fawwaz dan Puan Vita juga selalu membeli nasi lemak jualan Mak Nah di pasar basah. Sejak mengetahui Mak Nah ialah ibu angkat Daniel, mereka semakin rapat. Hari ini pula, Mak Nah dan suaminya mengajak Puan Vita datang ke Kuala Lumpur kerana mereka terlampau rindukan Daniel. Tiba-tiba sahaja dia rasa rindu yang terlampau sangat.

“Daniel macam mana? Teruk ka keadaan dia?" Soal Mak Nah sambil memandang Fawwaz. Matanya tertatap ke arah baju Fawwaz yang berlumuran darah itu. Fawwaz sedar maksud renungan Mak Nah. Dia segera menjawab.
“Kena darah Daniel tadi. Ermm, saya tak tahu macam mana nak cakap. Dia belum sedarkan diri lagi. Tadi doktor kata dia banyak kehilangan darah. Doktor minta ahli keluarga dermakan darah untuk dia." Jelas Fawwaz sambil menarik-narik bajunya.

“Kamu tak nak ke dermakan darah untuk abang kamu?" Soal Puan Vita.
“Nak... Tapi, tu bapak dia pula beria nak derma juga." Fawwaz menjeling ke arah Tan Sri Iskandar. Kelihatan lelaki tua itu sedang bercakap dengan isteri kesayangannya. Namun, Puan Sri Diana tidak mengendahkannya. Matanya ralik memandang ke arah....

Arah....

Ehh??

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

“Kau?? Kau... Bu... Buat apa dekat sini?" Terketar-ketar Puan Sri Diana menyoal. Matanya ralik memandang ke arah lelaki asing itu. Lelaki itu memandang Puan Sri Diana dengan pandangan yang sukar difahami.
“Diana... Dah lama aku cari kau!!" Kesemua yang berada di situ  terkejut dengan kata balas dari...

Pak Samad??

Sedar akan perubahan isterinya, segera Tan Sri Iskandar mencelah. “Diana. Apa ni? You kenal ke siapa lelaki miskin ni?" Puan Sri Diana tidak membalas. Dia masih ralik memandang ke arah Pak Samad.
“Kau cakap apa ni? Aku... Aku tak faham... Kau siapa?" Mendengarkan kata-kata balas Puan Sri Diana, Pak Samad terus melangkah ke arahnya. Kesemua mata memandang ke arah mereka dengan pelik.

Mak Nah baru mahu masuk campur. Namun, cepat ditahan oleh Puan Vita.
“Kak... Sabar dulu. Kita dengar je apa yang Abang Samad  nak katakan. Kemungkinan ada benda yang kita tak tahu." Ujarnya lembut.
Manakala, Haneez menyiku lengan Sofea sambil membisik.
“Weh, kita baliklah. Aku macam tak sedap hati ni. Entah-entah ada perkara buruk yang nak jadi ni."
“Perkara apa? Merepeklah kau."
“Eh, kau kau tak nampak ke muka mak Daniel tu macam mana? Pucat semacam.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now