Bab 79

8.3K 346 13
                                        

“Ya Allah, Ya Tuhanku... Hanya kepadamu aku bersujud dan aku meminta pertolongan.. Aku insan yang lemah, aku insan yang hina. Dah banyak dosa yang aku buat semata-mata yang menjaga hati isteri aku. Banyak hati yang telah aku lukakan..."
Bergenang air mata Pak Samad saat menyebut dosa yang dilakukan. Air mata kekesalan dibiarkan mengalir sebelum menyambung lagi. Kedua-dua tangan diangkat tinggi untuk meminta keampunan dan doa pada yang Maha Berkuasa.

“Tak pernah terdetik di hati aku, mahu lari dari tanggungjawab membesar zuriat sendiri. Aku tersepit di antara isteri dan anak. Aku takut kehilangan anak kandung aku, tapi aku lebih takut lagi sekiranya kau pisahkan aku dengan wanita yang paling aku cintai, iaitu isteri aku. Aku tahu, aku berdosa tapi aku terpaksa. Aku sudah ikhtiar cari duit untuk pembedahan isteri aku masa tu tapi..." Suara Pak Samad terjeda lagi. Wajah isteri yang sakit suatu ketika dulu terbayang di mata.

“Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kau sembuhkanlah anakku dari sakitnya. Kau berikanlah dia penawar dan sihatkan tubuh badannya. Aku bersyukur telah menemukan anak kandungku yang selama ini kucari walaupun dalam keadaan sebegini. Ya  Allah Ya Tuhanku, aku sanggup tukarkan nyawaku daripada melihat anakku berbaring lemah begitu. Aku sanggup Ya Allah sekiranya ini dapat menebus salah dan dosaku. Aku... Aku sanggup.."

Pak Samad menangis teresak-esak di tikar sejadah di surau hospital itu. Terbayang diri Daniel terbaring lemah tidak sedarkan diri. Segala wayar-wayar penuh di badan.
Dia begitu menyesali dengan perbuatannya. Tambahan pula, selepas kejadian pagi tadi isterinya langsung tidak menegur. Wajah Mak Nah kelihatan sugul kerana banyak mengeluarkan air mata. Pak Samad cuba berbual dengan Mak Nah tetapi, Mak Nah seperti ingin melarikan diri daripadanya.

“Astarghfirullahazim... Astarghfirullahazim... La ilaha illallah.." Kedengaran Pak Samad beristighfar. Dia turut berzikir dengan perlahan supaya hatinya tenang. Fawwaz yang sudah selesai menunaikan solat fardhu asar memalingkan mukanya ke arah Pak Samad. Dia sudah pun mandi dan menukar pakaian. Hatinya sangat tersentuh melihat tubuh tua itu meratap sedih.

“Pak cik..." Fawwaz memegang bahu Pak Samad perlahan. Pak Samad menangkat wajah lalu menatap sayu ke arah Fawwaz. Fawwaz membalas senyuman senyuman tawar.
“Aku banyak berdosa, Fawwaz. Aku dah berdosa dengan anak dan bini aku. 31 tahun bini aku ingat anak kami dah meninggal tapi sebenarnya tak. Anak kami masih hidup. Aku yang bagi dia dekat orang dan rupa-rupanya, anak aku yang aku cari dia selama ni ialah pekerja aku sendiri. Allahuakhbar, sungguh hebat kuasa Allah. Kenapa aku tak sedar dia berada dekat dengan aku?"

Air mata kembali mengalir di tubir matanya.
“Patutlah aku rasa sayang sangat dengan Daniel selama ni. Aku tak biasa sayang orang luar macam mana aku sayangkan dia. Masa hang bawa dia balik KL, aku sedih sangat. Rasa macam hang dah bawa pi sebahagian dari hidup aku. Tiap-tiap hari, aku tunggu Daniel balik mai rumah aku. Tapi, tak pernah terjadi. Sampailah hari ni, hati aku tergerak nak mai melawat dia. Sebab tu, aku ajak mai hang mai sini sekali tunjukkan jalan pi rumah hang.

Tak sangka, Allah pertemukan aku dengan dia dalam keadaan macam ni. Dan lebih mengejutkan dia sebenar anak... Anak aku..." Fawwaz turut mengalirkan air mata. Dia pun sedih, tidak sangka yang Daniel bukan abang kandungnya. Satu kenyataan yang tak boleh diterima.
“Sabar, pak cik. Pak cik patut bersyukur dah jumpa anak pak cik. Dan saya rasa Daniel tak kan salahkan pak cik. Pak cik buat semua ni sebab terpaksa. Bukannya saja-saja pak cik nak serahkan anak sendiri dekat orang. In Sha Allah, dia faham."

Fawwaz memujuk Pak Samad dengan nada yang lembut.
“Aku tak dak pilihan buat semua tu sebab aku sangat sayangkan bini aku dan aku sanggup tanggung risiko dia akan benci aku."
“Pak cik... Saya percaya mak cik tak kan bencikan pak cik. Dia cuma sakit hati je ni, dia kecewa. Saya yakin tak lama lagi, dia akan maafkan pak cik walaupun mungkin akan ambil masa yang lama." Pak Samad memandang wajah anak muda di sebelahnya.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang