Bab 45

8.9K 373 21
                                        

Fawwaz meluncur laju saat melakukan trik laser flip di skateboard miliknya. Walaupun dia tidak begitu cekap bermain seperti Saiful, namun itu sudah dikira hebat kerana dia sudah pandai melakukan beberapa jenis trik iaitu pressure flip, bigflip, backside heelflip, alpha flip, anti casper flip, plasma spin, pop shove it dan judo air. Dia menonton di youtube dan belajar dari Saiful sahaja apabila ada masa terluang.

Anak muda itu memang agak handal dalam sukan ekstrem ini.
Walaupun, ligamen lutut kiri Saiful pernah putus dan rusuk kanannya pernah retak suatu masa dahulu. Namun, dia masih belum serik bermain. Al-malklum lah, dia meminati sukan ini sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tiada siapa boleh halang minatnya yang satu ini. Cehh!!

Fawwaz melabuhkan duduk seketika sambil melepaskan lelah di atas kerusi batu berdekatan dengan gelanggang. Anak-anak muda yang masih aktif menunjukkan kemahiran dan bakat masing-masing, diperhatikan. Hari ini Peektures Studio miliknya tutup. Jadi, ke sinilah dia bersama Saiful meluangkan di hujung minggu. Sekarang ni jarang dia turun ke Shah Alam ataupun ke Mont Kiara semata-mata bermain skateboard. Sibuk sangat!

Saiful melangkah perlahan ke arah Fawwaz. Dia melabuhkan duduk di sebelah Fawwaz sambil minum air mineral. Seketika dia mengeluarkan kotak rokok lalu dipelawa kepada Fawwaz. Fawwaz menyambut kemudian, menyalakan api rokok. Mereka menghisap rokok sambil menyaksikan telatah orang ramai.
"Dah pandai kau buat laser flip? Cepat gila kau belajar." Puji Saiful ikhlas. Fawwaz tersenyum.

"Biasa je. Aku saja cuba buat. Menjadi pula kali ni. Selalu tersungkur ke tanah je bila buat flip tu." Saiful ketawa kecil.
"Tak semua orang boleh buat. Aku kes boleh terputus ligamen ni sebab buat flip ni lah, tiga tahun lepas. Masa tu beginner lagi. Nak acah bagus depan coach aku. Haaa, ambik! Tercepuk ke lantai aku!" Fawwaz hanya diam. Rokok dibawa ke bibir. Dia kelihatan tiada mood hari ini.

"Kau apasal? Cuti-cuti ni happy lah sikit. Moody je kenapa?" Soal Saiful yang sedar mood bosnya itu tidak begitu stabil. Fawwaz memalingkan muka ke arah Saiful semula.
"Takde apa lah..."
"Hmm... Ni mesti pasal Sofea lagi." Balas Saiful. Dia dah tahu akan hal it kerana Fawwaz sudah memberitahu kepadanya pada malam itu. Puas juga dia menasihati Fawwaz agak bersabar. Jangan fikir sangat.

"Aku tak salahkan Sofea kenapa dia marah aku sangat. Dia memang tak suka kalau orang tipu dia. Tapi, yang aku tak puas hati sangat dia boleh percaya je apa yang bahenol tu cakap bulat-bulat. Dia boleh kata yang aku ni suka Sofea sebab aku nak balas dendam je. Mau nya Sofea tu tak marah." Ujar Fawwaz perlahan. Saiful terdiam seketika.
"Hermm... Korang ni dah parah. Adik-adik sanggup bergaduh disebabkan perempuan je. Tak faham aku dengan kau ni."

Pantas Fawwaz menjeling Saiful. "Kau pun nak salahkan aku juga? Weh, aku bukan perampas lah. Sofea tu bukan ada hati dengan dia. Dia tu je yang lebih-lebih. Aku ni nak selamatkan Sofea. Am bukannya suka dengan Rayyan dengan Raisya. Depan maku dia boleh cakap kalau dia kahwin dengan Sofea, dia nak bagi budak-budak tu dekat orang lain. Perangai dia dengan Zafran bengong tu lebih kurang sama je!"

"Zafran macam pula?"
"Hishhh... Bekas laki Sofea lah. Kau ni makan semut ke apa?"
"Haram jadah! Dia tu apahal? Dia ingat budak-budak tu anak kucing ke nak bagi dekat orang suka hati? Aduhhh... Aku pula yang panas hati ni. Mau pecah muka dia ni kalau aku bagi! Ujar Saiful dengan geram.

Rahangnya diketap kuat. Ada juga manusia macam Daniel ni. Mak nak, anak tak nak. Kepala hotak dia!
"Kau kena kahwin cepat-cepat dengan Sofea. Bila dah kahwin, selamat sikit diorang dengan kau."
"Memanglah aku nak cepat kahwin. Tapi, Sofea pula buat hal. Kena pujuk dia pula sebab Am lah ni."
"Haa, dah tu? Apasal kau tak nak ceritakan je yang kau dengan Am tu adik beradik? Abang kau!"
"Dia bukan abang aku lah." Pantas Saiful menepuk dahi.

"Yelah... Yelah... Apa-apa je lah. Haa, apasal kau tak cerita je yang kau ni anak Tan Sri Iskandar? Bapak kau tu bos besar Sofea ke?" Sambung Saiful lagi. Matanya membulat memandang Fawwaz.
"Penting sangat ke semua ni? Tan Sri tu pun tak pernah ceritakan dekat orang yang aku ni anak dia. Ni aku pula nak nak menceceh kononnya dia tu bapa aku!"
"Konon apa? Dah dia tu memang bapa kau. Kau kena lah cerita, weh. Perkara ni tak boleh main-main.

Lagipun, korang ni nak kahwin betul-betul. Bukannya nak main pondok-pondok. Serius, aku tak salahkan Sofea sebab marahkan kau. Aku rasa dia trauma lagi ni. Bekas laki dia kan pernah tipu dia. Macam kau!"
"Mana ada aku tipu, doh. Aku just belum ceritakan hal sebenar lagi." Saiful membuat muka bosan.
"Tak... Yang sekarang ni, kau nak rahsiakan apa sangat dekat Sofea? Mesti ada sebab lain ni. Takkan sebab bapak kau tak mengaku yang kau ni anak dia je."

Fawwaz menghabiskan rokoknya sebelum membalas kata.
"Sebab orang tua tu kenal Sofea."
"Laaa... Sebab tu je?"
"Am kan pernah bawa Sofea balik jumpa diorang. Mesti dia memandai bagitau yang Sofea bakal bini dia. Padahal tak declare couple pun. Kalau kau jadi diorang, kau mesti pelik kan. Couple dengan orang lain, lepas tu nak kahwin dengan orang lain pula. Kau rasa Sofea tu macam mana?"

"Ohhh...." Saiful menutup mulutnya. Mindanya sudah dapat menangkap kenapa Fawwaz merahsiakan hal ini. "Betul juga, Wazz. Allahu.. Susah juga macam ni. Dah tu tak kan kau nak rahsiakan sampai bila-bila?"
"Lantaklah. Yang pentingnya aku kahwin dulu dengan Sofea. Hal lain nanti aku fikir lain."

"Haa... Kahwin lah cepat."
"Nak kahwin cepat macam mana? Sofea langsung tak nak jumpa aku!"
"Hmm.. Ye tak ye juga. Eh jap, Rayyan kan kamceng dengan kau kan?" Pantas Fawwaz mengangguk.
"Kau tahu tadika dia dekat mana?"
"Tahu... Dekat kawasan rumah diorang juga." Pantas Saiful tersenyum senget.
"Good.. Apa kata macam ni." Saiful membisikkan sesuatu di telinga Fawwaz.

Fawwaz tersenyum mendengar setiap kata-kata Saiful.
"Betul juga weh. Apahal aku tak fikir macam kau fikir?"
"Simple... Sebab kau bodoh!"
"Haram jadah!" Seketika tawa mereka meletus tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Dah lah. Datang sini nak have fun. Cukup-cukuplah discuss masalah kau tu. Jom sambung main." Pantas Saiful meluncur laju dengan skateboardnya dengan gaya seperti seorang yang professional.

Selang beberapa saat, Fawwaz turut membuat hak yang sama. Dia mendapat idea macam mana mahu bersemuka dengan Sofea. 'Terima kasih, Pul. Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat."

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang