Introduction

935 69 4
                                    

---

Tidak pernah terlintas walau sekali pun di fikiran Kim Taeri tentang perpisahan. Sungguhpun ia telah diabaikan selama hampir dua tahun usia perkahwinan mereka , Taeri tidak pernah berputus asa dengan Kim Jinhwan.

Itulah realiti kehidupannya sekarang. Pahit. Tiada yang manis.

Taeri terlalu naif untuk menyedari bahawa tiada lagi ruang baginya di hati Jinhwan. Malang sekali bagi Taeri kerana ruang itu telah lama ditutup oleh cinta Jinhwan terhadap Sooyeon yang masih belum pudar sehingga saat ini. Namun begitu , hal tersebut terus menjadi rahsia di mana Taeri sendiri tidak dapat menjangkakan kekecewaan yang akan menghimpit dirinya.

Munculnya seorang kanak-kanak yang mendakwa Jinhwan ialah bapa kandungnya mengeruhkan lagi keadaan. Sekaligus , menambahkan lebih banyak konflik dalam rumah tangga tersebut.

Jika bukan kerana kemalangan yang menimpa Sooyeon , Jinhwan sanggup menghalau anak kecil itu keluar dari rumahnya. Namun apakan daya , ia harus menerima hakikat bahawa kanak-kanak tersebut ialah darah dagingnya sendiri.

Manakala si ibu yang tidak tegar melihat Taeri menderita gara-gara Jinhwan akhirnya memaksa kedua-duanya berpisah atas alasan bahawa ia tidak akan menerima anak dari seseorang yang tidak dikenali itu menjadi ahli keluarga mereka.

Bagaimanakah kesudahan di antara hubungan Jinhwan dan Taeri?

---

Ilham dari sebuah drama.

Divorce Aftermath [ MalayFic ]Where stories live. Discover now