" Kau ke mana? Tak nampak batang hidung kau kat sini. Selalu mampus sini aje!" lancang kata-kata yang keluar dari bibir kehitaman akibat merokok terlalu banyak itu. Lelaki yang disapanya hanya tersengih sumbang.
" Biasa la. Aku pergi berburu!" jawabya bersahaja.
Rokok dicucuh, dihisap sedalam yang boleh. Gelas yang berisi minuman beralkohol itu diteguk.
Gadis genit yang sedari tadi bergesel rapat ke tubuhnya hanya tersenyum menggoda. 'Duit ni...' desisnya hati gadis itu. Ditariknya sedikit leher bajunya yang sedia rendah itu, bagi menyerlahkan lagi lurah dendamnya. Dia tahu, lelaki ini kalau berkunjung ke sini, akan banyaklah tips yang dia dapat.
Itu belum lagi bermalam bersama lelaki itu. Lagi berlipat ganda pendapatannya. Gadis itu langsung tidak memikirkan tentang halal, haram, dosa dan pahala.
Mata normal, juga mata hatinya sudah dibutakan dengan wang ribuan ringgit yang bakal diperoleh.
" Berburu? Wah! Hutan mana kau pergi. Sejak bila kau minat berburu nih??" tanya temannya penuh minat.
Lelaki itu tersengih lagi. Dia menyandar santai di sofa empuk itu. Sebelah tangannya memeluk pinggang gadis genit itu erat. Kucupan dihadiahkan ke pipi gadis yang tergelak suka.
" Oh...Raynold! Aku tak minat berburu di hutan...kat 'hutan batu' ni pun ada rusanya tau!" dia tertawa. Namun, disebalik ketawa itu, hatinya menyimpan bara dendam.
" Wah! Impressive! Tell me, who's the girl?" Raynold cepat menangkap maksud lelaki itu.
Lelaki di hadapannya ini, memang sangat terkenal di Kuala Lumpur. Siapa tidak kenal dengan Zarith Bazli, anak Tan Sri Husam, playboy merangkap kasanova itu? Kerjanya melingkupkan anak dara orang. Paling handal dalam membuat perempuan mata duitan dan naïf jatuh ke tangannya. Hmm...nasiblah tak kena sifilis ke AIDS!
Huisy...Raynold pun takut melihat gaya hidup bebas yang ekstrem lelaki ini.
" Hahaha...isteri tak jadi aku. Dia lari tak nak kahwin!" mudah sahaja dia berbicara. Zarith meneguk lagi air kuning itu.
Apa yang dilakukannya pun, masih tidak membuahkan hasil. 'Rusa' yang diburunya itu masih bebas. Tidak langsung meninggalkan jejaknya di mana-mana. Bapa gadis itupun tidak tahu keberadaan Laila Elise Katrina itu.
Atau sengaja tidak mahu memberitahunya. Apa pun, dia akan mencari gadis yang sungguh berani menolaknya. Belum pernah ada gadis yang tidak suka kepadanya! Semuanya melutut mahukan tempat di sisinya.
Tetapi bukan Elise. 'Akan aku tawan tubuh gebu itu suatu hari nanti!' azamnya. Dia memang inginkan Elise sejak dulu, dari bangku sekolah lagi, tetapi Elise langsung tidak pernah endahkannya. Kini, Datuk Mokhtar mahu menjodohkan mereka.
Hah! Gadis itu tidak akan lepas dari tangannya! Tetapi, entah bagaimana, gadis itu lari dari rumah. Hanya kerana tidak mahu menikah dengannya. Wah! Benar-benar mencabar egonya sebagai seorang lelaki pakar merayu wanita.
Akan diburu Elise walau di mana sahaja gadis itu bersembunyi!!!
" Dasyat kau! Nak kahwin pun, tak kasi tahu aku! Tak guna!" kutuk Raynold, ketawa-ketawa.
" Nanti kau akan tahu juga siapa." Jawab Zarith. Dia menarik tangan gadis yang melentok di bahunya ke lantai tarian. Mahu melepaskan perasaan kecewanya. Tetapi peristiwa itu kekal berima di dalam otaknya.
***************
" Apa kau nak?" terus sahaja gadis itu bertanya setelah menghenyakkan punggungnya ke kerusi di hadapan lelaki itu.
Dah nak jumpa di tempat bukan main lagi, restoran hotel lima bintang. Macam penting sangat aje! Nak jumpa kau, gerai mamak pun aku peduli apa! Rengusnya tidak puas hati.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...