" Laila, penghantaran bunga dari pembekal untuk Cempaka Sari Ballroom dah settle kan?" Elise berpaling.
Masih tidak menjawab, tetapi tangannya ligat menekan kekunci di papan kekunci laptop.
" Okey, Aunty Kaur. Dah settle. Tinggal aunty nak organize untuk decoration nanti. Kak Sally cakap dia tak boleh ikut aunty pagi esok, sebab dia sakit perut, keracunan makanan. Ini surat cuti sakit doktor bagi," dia memberitahu sambil menghulurkan sekeping kertas berwarna putih kepada wanita itu.
"Alamak...macam mana ni? Esok dah nak kena buat semua. Lusa pulak dah majlis." Keluh Aunty Kaur, menepuk dahinya.
Nak menggubah, tidak menjadi masalah kepada Aunty Kaur, tetapi yang lecehnya adalah apabila pelanggan mahukan bunga segar untuk hiasan. Dan bunga-bunga segar pula, cepat layu jika tidak kena pada proses menggubah. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Elise hanya mendiamkan diri.
Dia juga tidak tahu menahu pasal menggubah bunga tambahan pula untuk majlis kahwin. Setakat gubah-gubah untuk hadiah kat awek bolehlah! Dan majlis kahwin itu pulak diadakan di ballroom sebuah hotel yang terkenal. Pasti bukan calang-calang orang. Kerana dengar khabar angin, menempah dewannya sahaja memakan puluhan ribu ringgit.
" Laila!" tersentak Laila disergah tiba-tiba begitu. " Apa aunty? Luruh jantung saya kang..." rungut Elise.
" Haha..Laila ajelah yang tolong aunty esok. Boleh kan?" pujuk Aunty Kaur.
Laila terbeliak. " Apa? Mana saya tahu pasal nak gubah-gubah ni aunty. Rosak majlis kahwin tu nanti." Tolak Laila.
" Aunty tahu kamu boleh. Ada bakat dah. Cuma kena gilap sikit aje. Bolehlah, nanti aunty bayar overtime! Lagipun, aunty sorang, tak bestlah. Dan masa nilah Laila nak belajar," putus Aunty Kaur.
Bukanlah maksudnya seorang bagaimana. Memanglah ada seramai 10 orang yang diupah untuk mengatur bunga-bunga segar di dalam ballroom besar itu, tetapi dia sangat memerlukan seorang pembantu untuk menyelia kerja-kerja menggubah bunga.
Laila serba-salah melihat wajah Aunty Kaur yang begitu mengharapkannya.
" Yalah. Saya cuba yang terbaik."
" Thanks, Laila! You're my hero!" seru Aunty Kaur. Laila ketawa mendengarnya.
" Laila datang awal esok, kita tengok lagi sekali ballroom tu." Tambah Aunty Kaur kelihatan sedikit cemas.
***************
Laila membantu para pekerja upahan Aunty Kaur mengeluarkan bunga-bunga ros putih dan pink dari dalam van. Jam sekarang sudah pukul 9.30 pagi. Majlis pula akan bermula pada pukul 8.00 malam ini. Mereka mesti cepat.
Laila memanjat tangga hotel yang dilapisi karpet. Nampaknya perancang majlis sudah pun menghamparkan karpet merah sepanjang tangga untuk dilalui para tamu dan pengantin nanti.
" Awalnya diorang bentang karpet, kan Kak Laila?" Tanya Awi yang termengah-mengah memangku dua jambangan sederhana besar di dalam tangannya.
" Ha'ah. Tak takut kotor ke? Oh, mungkin dorang nak vakumm sekali lagi petang karang sebelum majlis kot." Ujar Laila.
" Eh! Kak, tengok tu, hensem kan?" ujar Awi. 'Fuhh! Kacaknya laaa...' Laila masih sibuk dengan bunganya yang sedang melorot. Hampir tak mendengar kata-kata gadis yang sedang mengekorinya dari belakang itu.
"Apa? Mamat bangla pun kau kata hensem. Dah la, Wi. Akak sibuk ni." Balas Laila membetulkan bunganya.
Kang, tak pasal-pasal kena hentam dengan Aunty Kaur yang bertungkus-lumus menyiapkan semua jambangan yang hendak diletakkan di atas pelamin dan juga di meja makan beradab dan meja-meja para tetamu. Semuanya sudah Aunty Kaur bincang dengan perancang majlis, Kak Salmi.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...