BAB 20 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

463 16 0
                                    


Elise menggosok giginya kalut. Dia terlewat bangun hari ini. Jam sudah berganjak ke pukul 9.40 pagi.

'Janganlah aunty Kaur penggal kepala aku hari ni!!' fikirnya sendiri. Dia berkumur-kumur dan tidak semena-mena pandangannya terpaku di cermin merenung imejnya merenungnya kembali. 

Dia mengamati bibirnya sendiri lalu menyentuhnya perlahan. Bibir Akbar dah melekap kat sini..." Woih!! Apa aku fikir ni?" sergahnya pula. Dia tidak keruan dalam minggu ini. Akbar pula asyik melihatnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Beberapa kali Elise menangkapnya berbuat begitu.

Dia pantas mandi dan berkemban sahaja keluar dari bilik air. Pakaiannya yang terdampar di katil, pantas dipakai. Beg silangnya pula disarung kalut ke tubuh. 9.50 pagi. Elise cepat-cepat pula mengeluarkan sekeping roti dan kaya lalu disapu tidak rata ke atasnya. Selesai, roti itu sekadar dikepit di celah bibirnya sebelum menutup pintu dan menguncinya. Dia hampir berlari menuruni anak tangga.

" Morning nyonya! Bye nyonya!" sapanya kalut kepada ibu kepada Nyonya Lian yang sedang menyapu di kaki lima kedai.

" Hati-hati loh.." nasihat nyonya tua itu melihatkan Elise yang kelam-kabut itu.

PONN!! 

Elise tersentak terkejut. Nasib baik dia tak terlepas rotinya. Dia berpaling melihat kepada siapa hon kereta yang sungguh kuat itu dituju. Nak jugak tunjuk kasut, pagi-pagi sudah mengejutkan orang begitu.

Audi R8 hitam berkilat berhenti betul-betul di sebelahnya. Cermin sebelah penumpang dibuka. 

" Masuk!" arah Akbar, bersahaja.

" Saya nak pergi kerja ni boss." tolak Elise. Apa t-rex ni nak pagi-pagi?

" Jom aku hantarkan kau. Dah lambat ni." Suruh Akbar lagi. Dia sengaja lalu di kawasan tempat tinggal Elise, mana tahu kalau-kalau terserempak dengan gadis itu. Awan hujan pula bagaikan tak pernah kering kebelakangan ini sehingga dia terpaksa menggunakan kereta.

Elise berkira-kira sendiri, memang kalau jalan cepat-cepat 15 minit sampailah tetapi pasti lewat sampai ke kedai Aunty Kaur. Dia akhirnya membuka pintu kereta dan melabuhkan duduk di sebelah Akbar. Lelaki itu menyembunyikan senyumnya, tanpa berkata apa-apa, dia terus memecut laju. Elise cepat-cepat menghabiskan rotinya.

Sebenarnya Akbar tidak tahu apa kena dengan dirinya sekarang. Dia tidak dapat menelah apa sebenarnya perasaannya kepada Elise. Yang dia tahu, dia berasa selesa dengan cara pembawaan gadis itu. Segalanya tampak asli. Tiada yang dibuat-buat seperti sesetengah perempuan yang suka bermuka-muka. 

Walaupun Akbar adalah majikannya, gadis itu tidak peduli untuk meluahkan apa yang dirasakannya perlu. Namun, dia tetap menghormati Akbar. Kata-katanya memang menusuk tetapi ada kebenarannya sehingga Akbar seringkali terasa ke batang hidung sendiri. Sebenarnya banyak dari kata-kata Elise secara tidak langsung menasihatinya walaupun gadis itu bercakap secara umum.

" Kau takde benda ke nak cakap dengan aku hari ni?" tanya Akbar mengerling sedikit ke arah Elise.

Akbar tidak tahu yang Elise sedang berkeluh kesah di duduknya. Hatinya mula memainkan rentak yang tak dapat diikutinya. Setiap kali berdekatan dengan Akbar atau menangkap Akbar merenungnya dengan mata kekelabuan yang tajam itu, jantungnya hilang nada. 

" Err..hai?" ujar Elise tidak pasti.

" Hai aje?? Pandai kau buat kelakar." Akbar ketawa besar. Ketawanya serupa dengan ketawa yang sering didengar apabila lelaki itu bersama Akim.

" Tak..boss dekat area ni, nak ke mana? Kat sini takde pasar boss." Beritahu Elise, lurus. Akbar ketawa kecil.

" Asal aku aje, pasarlah tempatnya ya? Tak, saja aku lalu sini, nak hantar kau." Dalam ketawa Akbar memberitahu. Elise mula berpeluh.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now