" Kau ambikkan beg kertas kat bawah tu." arah Akbar memuncungkan bibirnya ke arah meja. Elise menurut tanpa bantahan. Diletakkan beg itu di atas meja. Akbar mengeluarkan bekas kari ayam itu dan membukanya.
" Apa lagi, makanlah!" suruh Akbar apabila melihat Elise yang masih bermuka hairan itu. "Malam ni ada kari ayam dan kentang, and cauliflower rabe with sweet sausage, cranberry tarts and sparkling juice of blueberry and grape with lime...bon appetite!" pelawa Akbar selepas menyatakan hidangan di hadapannya.
" Terima kasih!" Elise gembira mendengar perlawaan itu. Orang mengantuk disorongkan bantal dan tilam. Pastilah dia mahu kerana sejak tadi air liurnya sudah hampir meleleh. Sudu dicapai dan kari ayam disendukkan ke dalam pinggannya.
" Kau bertuah malam ni, aku masak free, selalu customer kena bayar lebih kalau nak special request aku tau!" tanpa sedar Akbar bergurau. Sebut tentang itu, Akbar teringat tentang salah seorang pelanggan tetapnya, nampak pakai tidaklah terlalu korporat, kemeja dan slack biasa sahaja, tetapi lelaki muda itu selalu memesan hidangan yang Akbar sendiri memasakknya, tidak kisah berapa harga pun dikenakan. Selalu hidangan yang berlainan. Dan tidak pernah pula lelaki itu makan di sini, setiap kali dia akan membungkusnya. Ah! Tak kisah, janji pelanggannya itu tetap kembali, dua minggu sekali pasti ada. Elise tidak dapat membalas, mulutnya penuh.
Suapan pertama membuatkan Elise ternganga. " Sedapnya....! Pandai awek boss masak kari ni!" Elise memuji dalam gurauan dengan mulut yang penuh. Rasa bunga kubis itu juga luar biasa. Nampak sahaja macam kubis goreng biasa, tetapi rasanya lain dari yang lain. Entah apa yang diletakkan Akbar di dalam kubis itu.
" Dia memang pandai masak." Balas Akbar dengan bangga.
Senyum Elise hambar sedikit. Dia kembali menyuap nasi, tidaklah laju seperti tadi. Orang hampir patah hatilah katakan... 'Kan dah cakap...awek dia yang masakkan..' jauh di lubuk hatinya dia mahu mendengar Akbar mengatakan yang ada orang lain selain perkataan yang disebutkan itu yang memasakkan untuknya.
" Pandai boss sorok girlfriend ya. Tak pernah nampak pun." Suaranya cuba diceriakan. Elise cuba menutup hatinya yang terluka. Akbar ketawa lepas. Elise terasa kari yang sedap itu, sudah tawar sedikit rasanya. Kecewa...dia akui bahawa dia tertarik dengan Akbar. Hisy! Tak masuk akal. Tetapi itulah yang dirasakannya sekarang. Masakan hatinya terusik jika benar dia tidak punya rasa yang satu itu terhadap lelaki perengus yang seorang itu. Dia bukan budak-budak mentah.
" Dia selalu datang sebelah siang. Tadi petang dia datang. Kau kan shift malam." Akbar sengaja tidak membetulkan tanggapan Elise tetang siapa sebenarnya yang memasakkannya kari ayam itu.
" Ohh..." hanya itu yang keluar dari mulut Elise.
Terngiang-ngiang di telinga Akbar suara Akim yang menyuruhnya supaya meluahkan perasaan sebenar kepada Elise sebelum terlambat. Dia masih tidak mahu meluahkannya. Dia merenung wajah Elise yang menunduk senyap menyuap nasinya perlahan.
'Nak cakap ke tidak ni?' Tapi dapatkah dia menerima sebarang penolakkan andai kata Elise tidak sukakannya. 'Ah! Pedulikan, janji kau dah luahkan isi hati kau!' hatinya tertanya-tanya juga kenapa Elise senyap begitu. Selalunya dialah juara bercakap. Adakah kerana Akbar mengatakan bahawa kari ayam itu dimasak oleh teman wanitanya? Bermakna, gadis itu juga ada hati dengannya?
" Mak aku yang bawakkan!" 'itu pulak yang kau cakap! Bodoh kau ni Akbar!'
" Hah? Mak boss?" Elise terkejut dengan kata-kata Akbar yang tiba-tiba itu. Lega pulak dengar! Haisy!! Nasinya kembali sedap! Hatinya melonjak riang.
" Rasanya Sonja ada cakap yang mak boss jarang datang sini. Teringin nak jumpa mak boss." Terus-terang Elise berkata.
" Kau nak jumpa mak aku?" perasaannya agak teruja mendengar Elise teringin hendak bertemu mamanya.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...