BAB 29 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Part 1)

381 14 2
                                    


"Hah! Cepat pecahkan semuanya. Kerusi, meja, kaunter, cermin, dapur. Korang sepahkan semuanya!! Heh! Berani sangat nak pecahkan muka aku, ya?! Terima balasan kau!!" ujar lelaki muda itu dengan ketawa besar. 

Banjingan upahannya seramai lima orang sudah bersiap sedia dengan kayu besbol, besi dan parang masing-masing, menggangguk-angguk mematuhi kata-kata lelaki itu.

Hatinya sakit benar dibelasah teruk dan dimalukan di hadapan orang ramai oleh pemilik restoran itu. Tetapi malam ini dendamnya bakal terbalas dengan memporak-perandakan hak milik lelaki itu. Biar dia rasa!! Berani mencari pasal dengannya.

"Hah! Pecahkan pintunya!" bodoh apa yang menular di dalam diri lelaki itu dengan membiarkan restorannya terdedah kepada bahaya begitu? 

Pintu kayu setengah cermin itu lagikan dibiarkan tanpa perlindungan yang lebih sempurna. Dikuncikan dengan pintu besi yang hanya ditolak naik untuk membukanya dan itu sahaja? Bahagian dinding bercerminnya juga tiada halangan walaupun gril?

Benar-benar bodoh! Papan tanda Great Pan's itu direnung sinis, sambil memikirkan betapa mudah kerjanya. Sehinggakan terlupa untuk melihat CCTV yang terletak di seberang jalan, di pintu pusat membeli-belah.

Mereka berlagak biasa. Kerana ada kereta yang lalu-lalang di jalan yang tidak pernah mati dari manusia itu. Dia hanya melihat orang-orangnya membuat kerja sambil matanya liar mengawal sekeliling kalau-kalau ada yang melalui jalan itu perasankan perbuatan mereka. 

"Jangan pecahkan dinding cermin tu, cuma pecahkan pintu dan barangan di dalam aje. Aku tak nak orang tau. Biar surprise untuk mereka pagi esok." Arahnya setelah mereka berjaya memecah masuk ke dalam restoran itu, apabila salah seorang dari lelaki-lelaki itu sudah separuh mengangkat kayu besbolnya untuk dihayun ke dinding cermin. Pintu utama ditutup rapat.

Lelaki itu memukul kuat kaunter dan memecahkan mesin juruwang. Sambil itu dia menendang kuat pasu bunga seramik yang besar di sebelah kiri dan kanan pintu masuk. Berkecai pasu itu di serata lantai dan mengotorkan kayunya yang berkilat. 

Keadaan menjadi bising. Tetapi siapalah yang menyangka yang Great Pan's sedang 'diserang' oleh samseng-samseng itu dengan keadaan bidainya yang dilabuhkan dan keadaan yang gelap dan jam yang menunjukkan pukul 4.30 lagi itu?

"Ini bos?" lelaki itu memandang kepada lelaki yang sedang menunjukkan komputer di dalam pejabat. Keadaan di hadapan sudah memuaskan sepahnya. 

Sekarang mereka sedang mengerjakan bahagian dapur pula. Habis segala periuk dan pekakas memasak bersepah di sana sini. Ketuhar juga sedang dipecahkan oleh lelaki yang nampaknya seperti kemaruk itu. Lelaki muda itu sangat berpuas hati.

"Pecahkan!!" teriaknya penuh dendam. Terus sahaja lelaki suruhannya itu memukul sehingga hampir terbelah dua komputer berjenama Apple itu. Dan pejabat itu juga menerima nasib yang sama. Kertas bersepah di sana-sini. Meja yang selalu Elise gunakan juga diterbalikkan.

Akhirnya, suasana tenang yang ditinggalkan mereka tadi kini sudah seperti tempat pembuangan sampah. Segalanya bercampur aduk. Dendamnya sudah berbalas tanpa langsung memikirkan ada yang melihat perbuatan keji mereka.

******************

"Assalamualaikum. Selamat pagi encik Akbar!" sapa Elise riang apabila melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu yang sudah menunggunya. Lelaki itu memang menepati waktu.

"Waalaikumsalam. Selamat pagi cik Laila." Balas Akbar, tergelak kecil dengan sapaan selamba gadis itu. Dia menyenanginya.

Agak lama dia tidak menjawab salam kerana tiada siapa yang memberinya salam. Dengan keadaan rambutnya yang kadang-kala didandan halus atau dreadlock, tiada siapa menyangka dia adalah seorang lelaki Islam. 

Tetapi gaya itu dirasakan tidak sesuai dengannya. Nampak macam gelandangan pun ada jika direnung di dalam cermin. Dan gara-gara rambutnya begitu, papa tidak menegurnya apabila sesekali dia pulang ke rumah dengan rambut begitu. Sudahnya Akbar membiarkan rambutnya sedikit panjang dan hanya diikat jika berada di dapur. 

Dan, dia tahu Elise sukakannya kerana Elise selalu merenung rambutnya jika berpeluang. Akbar tersengih tanpa sedar. Ditambah pula dengan parasnya yang kurang ciri-ciri wajah Melayu menambahkan lagi keraguan orang sekeliling yang tidak pernah Akbar pedulikan.

"Hah! Selalu senyum macam ni kan bagus. Nampak lagi kacak!" puji Elise nakal. Akbar tidak lagi menayang senyum tetapi ketawa besar mendengar pujian Elise itu. Dan Akbar bertambah kacak dengan kaca mata hitam yang dipakainya. Mak datuk...tabahkan diri Elise....seru hatinya.

"Ada-ada aje kau ni. Nak pergi dah ke?" tanya Akbar.

"Yalah. Rumah Haikal bukan nak terbang ke sini kan?" Perli Elise sesedap rasa.

Akbar tidak menjawab terus sahaja menekan pedal minyaknya sambil menggeleng. Dia terkena lagi.

"Kenapa kau ambil berat sangat pasal budak tu?" tanya Akbar ingin tahu.

"Sebab saya tau bagaimana rasanya hilang ibu. Cuma nasib saya baik sikit dari Haikal kerana saya hilang ibu masa saya umur 17 tahun. Bayangkan bos, umur 8 tahun dah takde sesiapa lagi nak menumpang kasih. Kerana masa tulah seorang anak terlalu bergantung pada ibu bapa." Ujar Elise sedih.

"Dia sepatutnya tahu keadaan dia yang miskin begitu bukan alasan untuk dia terus meratap. Dia sepatutnya jadikan motivasi diri untuk lebih kuat. Hidupnya panjang lagi ke depan." Akbar mengkritik.

Elise menenangkan diri. Akbar tidak tahu bagaimana rasanya susah hilangnya seorang ibu. 

 " Bos, cuba bos letakkan diri bos di tempatnya. Adakah bos dapat lalui hidup sebatang kara di dunia ni tanpa ada yang menjaga dan membimbing? Kanak-kanak nak membesar, dia perlukan kasih sayang. Bos sendiri membesar dengan kasih sayang, betul tak? Ibu bos sayangkan bos sampai sekarang. Rasa seronok bukan? Ini, umur baru lapan tahun. Sekolah baru darjah dua. Tapi mak dah takde. Bukan mak dia pergi melancong, sehari dua balik. Ini pergi yang tak akan pulang-pulang bos. Ya, dia miskin. Tapi Haikal budak baik. Sanggup dia meredah hujan panas semata-mata nak cari sedikit ehsan untuk ibu dia yang sakit. Dia sendiri tak makan. Sandwich yang saya bagi, itulah makanan yang dia makan selepas dua hari tak jumpa makanan bersih. Sekolah? Dah lama dia tak pergi sekolah. Hampir dua bulan. Sebab ibu dia sakit tak dapat nak buat nasi lemak untuk jualan. Dia takde duit nak pergi sekolah." Elise mengelap air matanya yang mengalir. 

Kisah Haikal sangat meruntun hati Elise. Simpatinya bertimpa-timpa.

Akbar terdiam panjang. Dia tidak pernah tahu apa erti miskin. Masa kanak-kanaknya tidak pernah meminta-minta ke sana-sini semata-mata untuk mengisi perut.

Semasa Tan Sri Imran menyekat segala asetnya juga Akbar tiada masalah kewangan mahupun bergelandangan di bumi asing. Dia duduk menumpang sebentar di rumah Akim di Paris semasa dia melarikan diri dari Tan Sri Imran. Tidak lama kemudian, dia mendapat kerja di sebuah restoran. Hidupnya tidak pernah kurang apa-apa. 

Sehinggalah sekarang apabila bertemu dengan Elise. Dia mula merasakan hidupnya amat menyedihkan kosongnya. Simpati terhadap Haikal datang memeluk hatinya.

" Saya sendiri pernah berlapar sebab duit habis. Bandar besar kan? Duit macam air aje keluar. Sebelum dapat kerja dengan Aunty Kaur. Tiga hari asyik belasah maggi mee. Haha...hidup ni memang warna-warni. Sekejap kelabu, sekejap cerah. Tapi itulah hidup kan bos. Pengalaman itu yang berharga. There was a wise man said, experience is the best teacher you could have. Itulah membuatkan saya benar-benar menghargai setiap sen yang saya dapat selama ini." Elise memandang wajah Akbar.

Dia menyambung lagi. "Bos tahu? Bos patut keluar sekali-sekala. Lihat bagaimana rasanya hidup tanpa undang-undang ketat bos tu. Bukan naik kereta atau motorsikal. Tapi naik LRT, jalan kaki, dengan itu bos akan dapat merasakan macam mana susah payah orang-orang yang takde kemudahan macam bos hidup hari-hari. Take a break from being you for a day. Be Akbar that live the life to the fullest. Free yourself! Makan kat gerai. Jalan-jalan kat kaki lima, you know.. I mean, buat apa-apa yang bos tak pernah buat selama ni." Panjang lebar Elise berkata-kata. Dan setiap patah kata-katanya meresap masuk ke dalam hati Akbar. 

Dia tidak peduli lagi siapa Elise, kerana cintanya semakin mekar di dalam hati.


bersambung...

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now