Mimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel
Sinopsis:
Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...
“ Isy! Boleh tak jangan ganggu aku?!” lantang suara garau itu kedengaran. Terkulat-kulat wajah kanak-kanak mungkin dalam lingkungan usia lapan tahun itu, melihatkan bengis wajah lelaki di hadapannya ini. Belum sempat dia membuka mulut, sudah diherdik begitu. Sedih hatinya.
“ Kenapa kau tak pergi lagi?! Aku takkan bagi kau duitlah! Dengan siapa kau kerja? Hah! Ini mesti agen kau suruh kau mintak sedekah kan?!” tidak dihiraukan orang ramai yang lalu-lalang di tepinya melihatnya memarahi kanak-kanak itu. Tadi juga ada kanak-kanak yang seusia kanak-kanak di hadapannya ini, meminta sedekah yang juga dihalaunya.
“ Tidak bang. Saya hanya nak minta tolong bang. Mak sakit, saya pun tak makan dah dua hari bang. Tolonglah bang...” kanak-kanak itu merayunya lagi. Tidak berputus asa.
Makin berang lelaki itu. Merah padam wajahnya. Wajah polos itu tidak langsung menggugat keangkuhannya. ‘Ah! Alasan tipikal! Eii! Dah la kotor! Anak siapalah ni?!’ pandangan jijik ditalakan kepada kanak-kanak malang itu yang terus-menerus merenungnya memohon sedikit bantuan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“ Pergi cari orang lain! Aku tak peduli atuk kau ke, moyang kau ke nak mampos! Dah, dah! Berambus!” kata-katanya menusuk ke hati kanak-kanak itu. Banyak betul budak-budak yang dijadikan peminta sedekah oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Terus sahaja dia melangkah pergi. Bengang! Macam mana aku boleh teringat nak jalan kaki kat sini?? Hesy!! Dia sebenarnya datang dari pasar berdekatan untuk melihat lobster selepas dihubungi oleh pembekalnya seawal subuh tadi. Tetapi tidak jadi memandangkan udang-udang itu tidak menepati kehendaknya. Nampaknya resepi ciptaannya beberapa hari lalu tertunda lagi. Sudahlah berang kerana hal itu, ditambah lagi pulak dengan budak yang hanya tercegat di situ.
Kanak-kanak itu hanya memerhatikan langkah lelaki itu. ‘Maafkan Haikal, bu. Haikal akan berusaha mencari bantuan...” hatinya merintih. Teringatkan ibunya yang asyik batuk kebelakangan ini. Sudah seminggu juga dia tidak bersekolah, tidak punya wang, dan tiada orang menjaga ibunya. Walaupun masih anak-anak, dia rasa terluka mendengar kata-kata nista yang dilemparkan kepadanya oleh lelaki itu.
“ Adik!” suara lembut itu membuatnya beralih. Seorang gadis berdiri memandangnya dengan pandangan lunak. Wajah putih bersih itu tersenyum memandangnya.
“ Nah! Ini buat beli ubat ibu, dan nasi ya?” ujar gadis itu yang kebetulan menyaksikan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki tadi. Haikal teringat ibunya selalu bercerita di syurga, ada bidadari yang cantik jelita. Adakah secantik kakak di hadapannya ini? Kakak itu memasukkan sesuatu di telapak tangannya, mengusap kepalanya sebentar, dan berlalu dari situ. Dibukanya tangan kanannya. Ada dua keping not ungu di situ. ‘Alhamdulillah...kita akan makan nasi hari ini ibu! Haikal akan belikan ibu ubat!’ matanya bercahaya merenung langkah bidadari itu yang semakin menjauh. Masih ada orang yang berhati mulia seperti itu di dunia kejam ini!
**************
“ ALLAH!!” wanita separuh usia itu terjerit kecil. Rempuhan yang tiba-tiba itu membuat dia terjelepok di kaki lima tersebut. Sepantas itu juga lengannya pantas dipaut erat, wajahnya didongakkan. Aduhai...manisnya! Hatinya sempat memuji gerangan yang membantunya.
“ Buta ke mata kau!!” si gadis itu sempat menjerkah berang ke arah seorang lelaki yang sudah melarikan diri sesudah tidak sengaja melanggar wanita ini. Berkerut-kerut wajah bersih itu keberangan, hilang sekejap wajah ayunya...
“ Puan tak apa-apa ke? Ada yang sakit?” sempat gadis itu bertanya. Wajahnya kelihatan risau. Dia menunduk pula mengambil beg-beg kertas yang bertaburan di lantai batu itu. Dia melihat raut yang sedari tadi merenungnya. Ah! Teringat pula arwah ibu yang telah tujuh tahun meninggalkannya. Apalah kena dengan orang pada hari ini, asyik ditimpa susah. Semuanya memang kebetulan. Tadi kanak-kanak lelaki, kini seorang wanita pula.
“ Mak cik okey. Terima kasihlah ya. Hai, budak-budak sekarang tak tahu langsung nak hormatkan orang tua!” rengus wanita itu tidak puas hati.
Beg-beg kertas kepunyaan wanita itu diserahkan kepada wanita itu, apabila dia melihat tiada yang cedera, cuma seluarnya sahaja yang terkena kotoran. Sudahlah berwarna putih. Aduh, pasti mahal, hanya dilihat pada fabriknya sahaja dia sudah tahu, yang wanita ini pasti wanita berada, bahkan mungkin kaya-raya. Ah, tak kisahlah, kaya miskin, pasti ada waktu susah dan senangnya.
“ Betul mak cik okay? Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya?” baru sahaja dia mahu menyusun langkah, lengannya ditarik lembut. Dia menoleh.
“ Kamu ni siapa nama?” tanya wanita itu. Mahu tahu siapa yang menolongnya hari ini.
“ Saya Laila, mak cik.” Ujar gadis itu sambil tersenyum.
“ Oh, terima kasih sekali lagi ya, Laila.” Gadis itu tersenyum lembut, mengangguk. Dia melihat sahaja wanita itu meneruskan langkahnya ke sebuah Mercedes M Class...dah agak pun orang kaya...desis hati Laila sebelum dia juga berlalu pergi.
****************
“Ya Allah! Kenapa boleh jadi macam ni ma?” Tanya Tan Sri Imran cemas. Dia mengambil beg-beg kertas dari tangan isterinya dan diletakkan ke tepi. Terkejut bukan kepalang melihat seluar di bahagian lutut Puan Sri Fazira yang kotor itu.
“ Ada budak langgar mama. Mama keluar dari butik tadi, masa tulah kena rempuh. Tapi takpe, mama okey.”
“ Hati-hati, ma. Nak jalan tu tengok-tengok dulu.” Nasihat Tan Sri Imran.
“ Yalah. Hmm..anak kita ada balik tak?” Tanya Puan Sri Fazira.
“ Rin? Kan cuti musim panas ni dia nak balik?” ujar Tan Sri Imran.
“ Bukan mama tanya yang jauh. Yang dekat kan ada? Maksud mama, anak lelaki kita. Papa dah lupa ke kita ada dua anak?” Tanya Puan Sri Fazira geram. Tahu yang suaminya sengaja buat tidak faham.
“ Hmph! Budak tu? Jangan harap la. Kalau tak dipaksa, batang hidung pun tak berbayang.” Raut wajah Tan Sri Imran serta-merta berubah apabila nama anak sulungnya disebut-sebut. Menyirap selalu darahnya.
“ Entahlah kenapa dia liat sangat nak balik ya pa?” Tanya Puan Sri Fazira, agak menyindir.
“ Mama nak mengata papa, ke?” tanya Tan Sri Imran kembali. Sedikit menjeling.
“ Eh, mana pulak. Takdelah. Terasa ke? Jom kita makan tengah hari kat Great Pan’s nak tak hari ni?” ajak Puan Sri Fazira walaupun tahu ajakan itu takkan dilayan.
“ Kalau mama nak pergi, pergilah. Papa izinkan. Selagi dia tak setuju nak teraju perniagaan papa, papa takkan jejak kaki ke kedai makan tu!” bersama nada tegas yang merendah-rendahkan itu, Tan Sri Imran bangun dan meninggalkan isterinya yang sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak menjernihkan kembali hubungan dua beranak itu. Memang anak-beranak! Sama-sama keras kepala