BAB 42 - MIMPIKAN AKU PLEASE

526 17 2
                                    


Tepat seperti bayangan Elise, suasana rumah itu seperti berada di dalam hutan. Bunyi unggas bersahut-sahutan kedengaran jelas di luar. 

Perutnya kenyang dengan pasta. Seperti biasa, masakan lelaki itu memang sedap. Mereka sedang mengemas semula pinggan dan pekakas lain. Seperti tempoh hari, Elise membasuh dan Akbar mengelap apa sahaja yang Elise hulurkan kepadanya.

"Awak tau, sayang? Selama saya basuh pinggan mangkuk ni, inilah kali pertama saya rasa best!" ujar Akbar. 

Elise memandangnya sekilas, hairan. " Kenapa?"

"Sebab ada kitchenmate! Boring basuh sorang-sorang." Gurau Akbar. Baru kini dia terasa hidup seorang diri dalam rumah itu memang sunyi. Dahulu dia begitu menghargai masanya berseorangan, tetapi kini, mungkin dia akan mati kebosanan jika berada di rumah ini seorang diri.

"Kelakar awak ni! Ada pulak macam tu." Elise ketawa. Dia mengelap tangannya di tuala yang tersangkut di pintu ketuhar kabinet.

"Betul! Saya tak sedar pun betapa sunyinya hidup saya sebelum ni." suara Akbar sedikit sayu. Belas hati Elise mendengarnya. Elise menghampiri Akbar, dan berhenti di hadapan lelaki itu. Elise memegang kedua-dua belah pipi Akbar.

Akbar memeluk pinggang Elise, merapatkan tubuh mereka. Elise kian selesa dengan sentuhan Akbar.

"Percayakan saya. Hidup awak lepas ni takkan sunyi lagi. Sebab saya bukan jenis pendiam!" ujarnya separuh bergurau, memandang tepat ke mata kekelabuan Akbar.

"Saya tahu!" jawab Akbar mengucup hidung isterinya.

*******************

Elise terasa segar selepas mandi. Dia melangkah keluar dari bilik air. Rambut basahnya dilap-lap. Matanya mencari-cari kelibat Akbar kerana suasana kamar yang gelap. Lampu laman sahaja yang menerobos masuk melalui langsir tebal yang menabiri dinding cermin. 

Lelaki itu kelihatan sudah nyenyak tidur. Elise berteleku sejenak di hadapan rak pakaian di dalam bilik pakaian. "Hmmm..." Elise tahu kebanyakkan isteri untuk malam pertama mesti memakai lingerie seksi tetapi Elise tak teringat langsung untuk membelinya. 

Yalah, kahwin tidak ada dalam senarai tugasannya minggu ini! Dia mengangkat bahu sambil mencapai singlet dan girls's boxer yang sentiasa dipakai semasa tidur, lalu disarungnya.  Lagi cepat lagi bagus. Matanya mengantuk benar.

Elise kemudian keluar dan mendekati katil, tiba-tiba dia berasa gerun. Elise menarik nafasnya dalam-dalam. Dia menyelak selimut yang menyelimuti Akbar, menyelitkan diri ke dalam gebar tebal itu. Perlahan-lahan bimbang dia mengejutkan Akbar. Sejenak dia menongkat dagunya ke riba memandang wajah lena suaminya. 

Akbar. Ini Akbar. Lelaki yang sentiasa ada apabila dia memerlukan pertolongan. Yang bulat hatinya apabila mahukan sesuatu. Yang tetap pendiriannya. Yang mencintainya tanpa alasan. Dan dia amat bersyukur dengan kehadiran Akbar di dalam hidupnya. Penyatuan mereka dalam perkahwinan mungkin tanpa diduga tetapi itulah yang mereka berdua mahukan. 

Tanpa sedar Elise mencapai tangan Akbar dan mengucupnya, lembut. Dia ingin menyatakan betapa cintanya dia kepada lelaki itu.

Akbar terjaga. Dalam gelap dia melihat bayangan wajah isterinya duduk rapat di sisinya. Hairan melihat Elise begitu. Tadi dia menyuruh Elise naik untuk mandi dahulu sementara dia menutup semua lampu-lampu sebelum dia naik ke kamar mereka. Sedang menunggu Elise selesai mandi, dia terlena. Esok mereka bercuti sehari.

Haruman mandian menusuk ke hidungnya. Elise pasti baru lepas mandi. Jantungnya mula tidak terkawal. Dia berusaha menenangkan perasaannya. Tidak mahu perkara yang Elise tidak rela, terjadi malam ini.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now