BAB 16 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Part 1)

410 14 0
                                    


Hummer hitam itu berhenti tepat-tepat di hadapan Elise. Pintu belakangnya dibuka dari dalam. Terjengul wajah kacak itu. Akim tersengih.

"Morning, Apple! Hop in!" ajaknya. Elise membalas senyuman itu dan hanya menurut. Harapnya Akim tidak membawanya ke tempat yang punya dress code kerana dia hanya memakai kemeja pink bercorak kotak-kotak, jeans berpotongan boot, kasut dan beg kanvas serta rambut yang diikat ekor kuda.

" Nak ke mana ni?" tanya Elise. 'Dengan bodyguard bagai.' 

Di tempat duduk depan terpacak dua orang lelaki yang tegap.

Hari ini Joe dan temannya, LJ mengiringi Akim. Keduanya nampak serius dan senyap.

" Hmm...jauh ke tak, aku pun tak tau. Ikut ajelah ya." Dia tersengih lagi. Mahu bermisteri. Tapi memang dia tidak tahu pun berapa jauh Bukit Tinggi Colmar dari ibu kota.

Elise mengerutkan dahinya. " Macam mana kau nak bawak aku kalau kau pun tak tahu berapa jauh tempat tu?"

" Bukan aku yang nak bawak. They will." Akim memuncungkan bibirnya ke hadapan.

" Ya tak ya jugak." Elise tersengih. Dia mencari dompetnya, tadi dia kalut-kalut bersiap gara-gara terlambat bangun sebelum mencapai beg sandangnya tanpa langsung melihat isi kandungan begnya.

" Akim!" seru Elise tiba-tiba.

" What??" balas Akim agak terkejut. Dia melihat wajah Elise yang kalut itu.

" Purse aku. Err..." rasanya bukan tertinggal di rumah. Baru dia teringat dia tertinggal dompetnya sekali dengan telefon bimbit di atas meja komputer di Great Pan's.

" Kenapa dengan purse kau?" tanya Akim, hairan.

" Aku tertinggal dekat Great Pan's. Alamak." Keluhnya.

" Alah, hari ni kau tak payah risau. Aku tanggung semua perbelanjaan kau hari ni. Just name it, and I will take care of it." Kata Akim sambil mengenyitkan matanya.

Tetapi Elise tetap berasa aneh kerana kad pengenalannya ada di dalam beg itu. Harapnya, tiada polis yang akan menahannya dan meminta IC!

*********************

Hari ini dalam sejarah. Akbar sudah tercongok di ruang tamu rumahnya sejak pukul 8.00 pagi lagi. Hatinya tidak tenang sejak semalam. Semuanya serba tidak kena. 

Entah apa yang bersarang di otaknya. Macam bakteria! Dia bangun dari duduknya. Berjalan ke anjung. Sejuk angin bukit tidak langsung dapat menenteramkan suhu hatinya hari ini.

Kata Akim semalam dia hendak membawa akauntannya pergi ke Bukit Tinggi Colmar. Tempat yang romantis! Dengan suasana yang agak sejuk itu, dan seni bina bangunan ala-ala Perancis itu. 

Isy!! Pasti gadis itu suka dilayan bagaikan puteri. Pasti seronok dapat berjalan berdua dengan Akim, model antarabangsa itu! Ceh! Pasti Akim goda Laila habis-habisan. Laila yang lurus itu pasti jatuh ke tangan Akim seperti perempuan-perempuan yang lain.

Akbar terhenti sejenak dan berfikir. Tetapi perempuan seperti Laila bukan pilihan Akim yang lebih gemarkan perempuan sosial dan mudah dibawa ke sana-sini. 

Termasuklah ke bilik tidur. Mungkinkah Akim sukakan Laila kerana wajahnya yang cantik itu?

'Ah! Kenapa aku tak sudah-sudah fikirkan Laila ni?!' Fikirannya mahu menidakkan apa yang ada di hatinya. Tidak mahu mengaku yang mungkin dia sudah jatuh hati pada Laila....

'TIDAK!!! Aku tak mungkin jatuh hati pada perempuan itu.'

'Habis kenapa kau macam kambing kena hujan ni, bro?'

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now