**************
Elise menolak pintu dapur untuk ke kaunter. " Jimmy, thanks ya tolong jagakan kaunter untuk aku," ucap Elise. Dia ke tandas sekejap tadi sebelum t-rex menahannya di tengah jalan untuk menolong lelaki itu mencuba resepi barunya. Lelaki itu kerap menyuruhnya mencuba semua masakannya.
Katanya apabila Elise pernah bertanya kenapa tak suruh Sonja, King, Jack atau Jiji untuk mencubanya, " Lidah kau tak menipu. Dorang semua tu nak buttkiss aku aje!" bersama ketawa lantang yang sangat-sangat jarang didengarkan.
Terbeliak mata mereka yang mendengar, sebelum Akbar berhenti ketawa. Dan resepi baru Akbar pada hari ini yang entah bagaimana hendak menyebut nama masakannya tanpa bersimpul lidah sama seperti yang sebelum-sebelumnya, sangat lazat.
" No problem!" balas Jimmy sambil bangun dan menuju ke arah pelanggan yang melambai-lambainya.
Elise tidak sedar yang seseorang sudah menghampiri kaunter. Akim yang sibuk meneliti mesej di telefonnya mengangkat kepala apabila tiba di kaunter.
Apabila mata bertemu mata, Akim mahupun Elise masing-masing terbeliak. Terkejut bukan kepalang.
" Elise! What are you doing here??" tanya Akim setelah kejutan yang dirasakannya surut sedikit.
" I.. ..I work here!" tergagap-gagap Elise menjawab. Dalam dunia yang maha luas ini, di sini jugalah dia hendak bertemu dengan dua pupunya itu. Bapa Akim dan ibu Elise adalah sepupu. Sudah bertahun-tahun mereka tidak bertemu.
" What a pleasant suprise!! Oh my God!" Akim mahu memeluk Elise, namun sempat menahan Akim dari memeluknya.
" No! I'm working Akim!" Elise merengus. Dia bimbang jika sesiapa melihat Akim memeluknya, pasti akan mengundang beratus soalan yang tidak mampu dijawabnya. Apa kata Akbar nanti? Eh, pandangan Akbar pula yang merisaukannya.
" Okay, apple! I'm sorry!" seru Akim, bergurau. Panggilan yang selalu dia gunakan untuk Elise. Dia bagaikan abang kepada Elise.
" Eei..jangan panggil aku apple! I'm not 5 anymore. Dan, apa yang kau buat kat sini?" setahu Elise, Akim tidak tinggal di sini. Dia lebih banyak menghabiskan masa di kediamannya di London dan kadangkala di rumah bapanya di Paris.
" But you're my apple forever...hahah.. Aku ada kat sini dah tiga hari, ada shoot for a magazine cover. And, Great Pan's is like my 'skip from the world' place." Dia mengangkat keningnya bersama senyuman nakal. " Akbar is my best friend!" terangnya lagi. Teruja bertemu Elise di sini.
Elise mula tidak senang hati. Bimbang rahsianya akan terbongkar. Pasti panjang ceritanya nanti. Dia tidak menyangka sama sekali Akim yang disebut-sebut oleh Sonja dan rakan-rakannya yang lain adalah Alexender Hakeem Albert yang dikenalinya dari kecil lagi.
" Akim, please, jangan cerita apa-apa pun pasal aku kat Akbar. Aku tak nak sesiapa tahu siapa aku. And please, address me as Laila. Not Elise, nor apple whatsoever, in front of them." Rayu Elise. Akim mengerutkan dahinya, hairan.
" Hmm..aku tak tau pulak kau kena berahsia dengan dia atau sesiapa pun. Tapi takpelah, aku hormati permintaan kau. So, how's uncle Mokhtar? Wah! Dah jadi Tan Sri pun." Puji Akim. Dia ada melihat dalam akhbar tempatan tentang Datuk Mokhtar yang dianugerahi bintang berpangkat Tan Sri, awal tahun yang lalu.
" Aku dah lama tak jumpa daddy. Aku tak tinggal dengan dia lagi sekarang." Ringkas Elise memberitahu. Matanya meliar ke sana-sini. Bimbang sungguh hatinya.
" What? Eh! Dah berapa lama kita tak jumpa, apa yang aku tak tau ni?" sejak ibu Elise, Jane meninggal dunia, mereka tidak lagi bertemu walaupun Elise pernah belajar di Universiti Cambrige selama bertahun-tahun, kerana Akim sendiri sibuk dengan kerjaya modelnya yang baru hendak meningkat naik pada waktu itu. Hubungan mereka seakan-akan putus.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
Любовные романыMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...