BAB 45 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

367 13 5
                                    


Belum sempat Tan Sri Imran sampai ke lif, dia disapa oleh kenalannya. Sempat mereka bertanya khabar.

"Tahniah Tan Sri. Bila kenduri kahwinnya?" tanya rakan Tan Sri Imran itu. 

"Excuse me, kenduri kahwin siapa?" tanya Tan Sri Imran kepada kenalannya. Dia tidak dapat menangkap maksud rakannya itu.

"Saya cakap pasal perkahwinan anak Tan Srilah, si Akbar. Itulah saya nak tanya, bila kendurinya. Nikah sudah." Ujar lelaki itu lagi dengan senyum lebar.

Tan Sri Imran terpempam. Akbar nikah? Bila?? Wajahnya dipaksa tenang. " Oh, ingatkan apa. Dah tua-tua ni pelupa jadinya. Hmm...tak lama lagi. Semua sibuk sekarang, itulah nikah dulu, kendurinya kemudian."

"Hmm...macam tu. Jangan lupa jemput." ujar lelaki itu kemudan meminta diri.

Tan Sri Imran terpaku di situ sejenak. 'Cari pasal apa lagi si Akbar ni?!' marahnya kian bertambah. Telefonnya dicapai.

"Lily, saya ada apa-apa appointment ke hari ni?" tanya Tan Sri Imran kepada setiausahanya.

"Baiklah, saya nak balik sekejap." Beritahunya, lantas mematikan talian. Langkah pantas diatur ke keretanya yang sedia ditunggu oleh pemandunya. Temujanjinya hanya pukul 3.00 petang nanti.

******************* 

Pintu terkuak lebar mengejutkan Puan Sri Fazira. wajah suaminya yang muncul dipandang hairan. "Papa? Ada tertinggal apa-apa ke?" sapa Puan Sri Fazira. Baru sejam suaminya meninggalkan rumah. 

"Mama tau ke Akbar dah nikah?" tanya Tan Sri Imran terus tanpa mukadimah. dia duduk di sofa. Wajahnya cemberut. Tangannya diramas-ramas, geram.

Senyuman Puan Sri Fazira segera mati. " Apa? Bila??" tanya Puan Sri Fazira, terkejut yang amat sangat.

"Tadi ada orang tanya papa bila kenduri kahwin. Anak lelaki kita tu dah nikah senyap-senyap! Entah siapa-siapa yang dia jumpa tu. Kenapa pulak dia tak bagitau kita? Apa kita ni bukan mak bapak dia lagi ke, mama?!" suara Tan Sri Imran meninggi. Wajahnya kemerahan menahan marah. Dia bangun mundar-mandir di ruang tamu. 

Puan Sri Fazira pula kelihatan termenung jauh. "Sampai hati Akbar buat kita macam ni. Apa salah mama? Apa salah kita?" Puan Fazira mengesat hujung matanya. Kecewa berladung di hatinya.

"Itulah, kita biarkan dia sangat. Papa pun tak tahu lah nak kata apa lagi." Suara Tan Sri Imran kedengaran marah. Nasib baiklah Haikal ada di sekolah. Kalau tidak mesti kanak-kanak itu terdengar suara meningginya itu. "Jangan-jangan kena tangkap basah!" sambungnya. Puan Sri Fazira terpempam.

"Tak mungkin pa, Akbar akan lakukan perkara begitu." ujar Puan Sri Fazira. Nauzubillahiminzalik.

"Habis tu? Kalau bukan kena tangkap basah, apa lagi yang buat kahwin tergesa-gesa macam tu? Mana kita nak letak muka!" ujar Tan Sri Imran lagi. Berapi-api marah kepada anak sulungnya. Puan Sri Fazira tidak terkata apa-apa.

"Tahulah dia tu dah besar panjang, tapi hal kahwin ni bukan boleh dibuat main. Kita masih mak bapak dia, mama!" bebel Tan Sri Imran lagi.

********************

"Betul ke ni?" tanya Elise di hujung talian. Akbar berada di dalam kereta, berhenti sejenak di hadapan pagar rumah besar yang sedia terbuka itu. Agak gentar. Bukan kerana apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada penerimaan kedua ibu bapanya.

"Ya, betul, abang dah ada kat depan pagar dah pun. Nampaknya papa pun ada ni." Akbar merenung kereta kepunyaan Tan Sri Imran di bawah bumbung.

"Eh! Abang patut ambik Elise dulu boleh kita jumpa dorang sama-sama. Tak patut Elise sebagai menantu tak pergi sekali dengan abang." Ujar Elise kurang berkenan.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now