BAB 11 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Part 2)

488 11 0
                                    


" Hisy, mana ada! Pintu ni keras sangat, nasib baik tak patah lengan saya ni!" balas Elise. dia menjeling keras. Akbar masih dengan muka kelatnya. Elise tidak mempedulikan lelaki itu dan baru satu kakinya melangkah ke dalam Great Pan's, Akbar menahannya.

" Hah! Kau nak ke mana?" tanya Akbar tanpa mempedulikan jika gadis itu adalah pelanggannya atau tidak. Dia baru teringat itulah gadis tempoh hari di ballroom Cempaka Sari yang merenungnya macamlah dia sebuah tugu batu, boleh dibelek-belek sesuka hati!

" Saya nak jumpa boss Amazing...err..," Elise menelentangkan badannya sedikit yang berada betul-betul di ambang pintu, sebelum memanggung untuk melihat nama restoran itu yang dilekatkan di atas pintu.

"...hah, Great Pan's. Awak nampak tak itu?" dia menunjukkan pula iklan jawatan kosong untuk akauntan yang dilekatkan di cermin sebelah pintu. "...help wanted, accountant needed, walk-in interview...saya tengah walk in la ni sebelum awak tahan saya kat sini!" ujar Elise melangkah masuk tanpa menghiraukan Akbar lagi yang hanya membiarkan gadis itu melepasinya.

Matanya hampir terbeliak melihat suasana restoran yang cantik dan aman damai itu. Sungguh menarik! Dah berapa lama resotran cantik di di sini? Dia tak pernah tahu pun. Dia terus ke kaunter pembayaran.

" Hai! Saya Laila. Saya nak tanya kerja kosong untuk jawatan akauntan. Boss ada tak?" sapa Elise ceria kepada Jimmy yang sedang duduk di kerusi juruwang.

Marry yang sepatutnya menjaga kaunter sudah tiada jadi Jimmylah pengganti sementara.

Jimmy terasa nak ketawa pun ada melihat gadis di hadapannya ini. Kerana gadis itu baru sahaja bertembung dengan T-rex, dan bertikam lidah sebentar tadi seperti yang dilihatnya.

Namun, isyarat dari Akbar dari belakang gadis itu supaya membenarkan gadis itu masuk ke dapur, difahami.

" Ya, ada. Kau ikut pintu ini dan ke belakang. Tanya dengan pompuan nama Sonja. Karang dia bawak kau jumpa boss. Good luck!" memang itulah yang diperlukan oleh setiap orang yang akan ditemu duga oleh T-rex itu.

" Okay, Terima kasih." Hairan dengan nada aneh dalam suara lelaki muda itu. Tetapi, kakinya tetap melangkah ke pintu coklat kehitaman itu. Sebaik sahaja ditolak, keadaan tenang yang dirasakan tadi 100% berubah. Macam medan perang yang dilihat dalam cerita-cerita mat salih.

Di mana semua sedang mengangkat pedang, merodok perut lawan dengan tombak, berbunuhan sesama sendiri. Bezanya cuma, di situ, mereka sedang merodok sudip ke dalam kuali, mengelar ayam dan ikan, dan bukan leher musuh.

" Err..." masing-masing kelihatan sibuk. Siapa yang dia hendak bertanya. Siapa Sonja? 'Gadis yang memakai topi chef tinggi itu kot.' Fikirnya melihat Sonja sedang 'bersilat' dengan daging atas grill.

Jack kemudian perasan yang ada orang asing di dalam dapur mereka. " Kau nak cari siapa, ke kau sesat?" baru sahaja Elise hendak membuka mulut, Jack segera menahan. " Hah! Kau pun nak interview ya?" tangannya ligat membancuh minuman.

" Bukan, saya datang nak di interview, bukan saya yang nak interview," ujar Elise sedikit loyar buruk.

" Hahaha...kelakar kau ni. Kejap!" balas Jack sebelum beralih ke arah Sonja dan memekik, "Woi, Sonja! Ini, datang nak jumpa T-...Err..boss." nasib baik tak tersasul panggil T-rex. Mati dua kali kalau Akbar dengar.

" Hah? Siapa pulak la nak kena halau ni?" ujar Sonja lebih kepada dirinya sendiri. " Jiji, tolong tengokkan aku punya dapur kejap," pintanya kepada Jiji. Dia membasuh tangannya dan menghampiri Elise.

Gadis di hadapannya itu ditelek sebentar. Ada yang lain tentang gadis ini. Gayanya tak menyerlah. Hanya menyanggul rambut panjangnya, kemeja bercorak kotak-kotak longgar, jeans boot cut, kasut kanvas, beg kain kanvas yang disilangkan ke tubuhnya. Tak seperti yang pernah datang sebelum ini yang kebanyakkannya bersolek seperti anak patung.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now