BAB 49 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

382 16 5
                                    


Akbar sudah selesai memberi keterangan kepada pegawai polis, berkenaan serangan ke atas isterinya. Dia lantas meminta diri untuk melihat keadaan Elise. Katil Elise didekati sebelum melabuhkan duduk di kerusi sebelah katil. Elise masih tidak sedar. Nampak tenang, tetapi hanya Tuhan tahu apa yang akan terjadi apabila Elise bangun nanti. 

Simpatinya tumpah. Dahi Elise yang kebiruan itu direnung. Elise tidur setelah diberi ubat penenang sejak sejam yang lalu. Syukurlah apabila doktor yang memeriksa keadaan Elise sesampainya mereka di hospital tadi mengatakan tiada kecederaan dalaman atau tanda-tanda diserang secara seksual. 

Dia menggenggam tangan Elise, mengucupnya lama. Pipi Elise diusap dengan belakang tangannya. Suam. Elise demam nampaknya.

Elise bergerak-gerak. Belum sempat Akbar bangun untuk memanggil doktor, jeritan Elise bergema. Akbar lantas memegang bahu Elise. Mata isterinya masih terpejam.

"Elise, abang kat sini. Calm down okay..." mereka sedang menunggu kebenaran doktor untuk pulang disebabkan tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan keadaan Elise. 

Yang merisaukan Akbar sekarang adalah keadaan emosi Elise. Rasa menyesal menyelinap ke dalam hatinya kerana tidak mengutamakan Elise dahulu. Kalau sahaja dia mengambil Elise dahulu dan menyelesaikan kerjanya, tentu perkara ini tidak akan berlaku. 

Si keparat itu pasti tidak berpeluang untuk mengapa-apakan isterinya! Tetapi semuanya sudah tertulis.

Gadis itu membuka matanya. Pandangannya bersabung dengan mata Akbar. Lelaki itu tersenyum kecil. Menenangkan hati Elise. 

Elise kembali teresak-esak. Dia bangun duduk. Berdepan dengan Akbar. Mata redup suaminya direnung. Tak ada sebarang keraguan terpancar di mata kelabu itu. Dan itu sangat meruntunkan hatinya. 

"Akbar..." dia menekup wajahnya. Takut dengan kenyataan yang terbentang di hadapannya. Dia sendiri jijik dengan dirinya. Apakah yang dirasakan suaminya pula? 

"Kita kat hospital ke?" tanya Elise sedikit lemah. Air matanya diseka suaminya.

"Ya. " jawab Akbar. "Sayang..." panggil Akbar, menggenggam tangan Elise. 

"I'm so sorry, abang. Elise tak dapat pertahankan diri. Zarith! He..he.." dia tidak dapat menyebut perkataan jijik itu. Elise teresak-esak lagi. Akbar pantas menarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Menenangkan Elise.

"Dia tak buat apa-apa yang mencemarkan maruah Elise. You're fine." Ujar Akbar lembut. Jika takdir Allah meletakkan Zarith sempat melakukan perkara tidak senonoh kepada isterinya, Akbar redha. 

Sesungguhnya, Elise bermakna melebihi segala-galanya. Tidak ada yang dapat menjejaskan cinta untuk Elise di hatinya. Dia mengusap belakang kepala Elise yang masih menangis.

Elise memanggungkan kepalanya. "Betul ke?" tanya Elise. Wajah basahnya dilap Akbar.

"Betul. Doktor dah buat check up tadi." Ujar Akbar. Wajah mendung isterinya direnung dalam-dalam.

"Abang tak jijik dengan Elise?" tanya Elise menunduk. Akbar memaut kembali dagu isterinya, kembali merenung matanya.

"Nope! If ONLY anything happens, my love for you remains unchanged! My love is beyond that. When I married you, it's mean I took all your good and bad things." Tegas Akbar. 

"Maafkan Elise..." ucap Elise. Entah apa yang salah, tetapi dia tetap mahu meminta maaf.

"You've done nothing wrong sayang." Ujar Akbar perlahan. "Tapi maafkan abang sebab abang tak ambil Elise, sayang terpaksa lalui semua ni. Maafkan abang." Pinta Akbar dengan suara merendah.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now