Hi! First!!! I wanna thank you all who'd stop by and read Elise and Akbar's love story. Please vote, add me to your library for notifications. Leave me comments, critics so I shall know what to improve in my writings.
Ya2, ramai cakap tajuk cerita ni macam budak-budak. Tapi I can guarantee yang MAP is wayyyy more than just a simple love story. Orait. I don't wanna waste anymore of your precious time.
Go on, read it!! Enjoy...
xoxo
.
.
Akim tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam Range Rover Coupe berwarna putih gading di bahagian penumpang. Cuaca London tidak menentu sekarang. Hujan lebat mencurah-curah ke membasahi bumi.
Gadis yang berada di tempat pemandu hanya merenungnya dengan pandangan yang lunak. Dia mengelap-ngelap titisan air hujan di bahu lelaki itu.
"Are you sure you want to go straight to airport, sweetheart?" tanya gadis itu lembut. Perkataan manis itu seringkali terluncur tanpa dapat dikawal. Akim merenung kembali wajah gadis itu. Merlina menunduk, segan.
"Yes, I do. Why?" tanya Akim kembali sambil menayangkan senyumnya yang mencairkan hati. Dia menyenangi gadis itu.
Kalau dengan gadis lain, pasti sudah diangkutnya ke rumah. Tetapi bukan Merlina. Merlina adalah gadis yang istimewa. Rasa hormat menyelebungi hati Akim setiap kali memandangnya. Tidak sanggup mengkhianati persahabatan yang kadang-kala mesra seperti ada sesuatu yang lebih dari sekadar teman sahaja.
Mungkinkah hijab yang melitupi kepala gadis itu tanpa sehelai rambut pun yang kelihatan? Ataukah baju longgar yang sentiasa menyembunyikan susuk tubuh yang pasti langsing itu?
"Nothing, I thought you want to kill some time with me before you fly. Your flight will be in 3 hours, right?" Akim suka apabila mengetahui yang Merlina mahu dia menghabiskan masa dengan gadis itu.
"Hmm..that would be fun. Sure!" Akim bersetuju sahaja. Sebenarnya dia memang mahu mengajak Merlina makan dahulu sebelum dia mengambil penerbangan ke Malaysia. Dan dia gembira kerana nampaknya Merlina juga mahu menghabiskan masa dengannya.
Mereka makan dia sebuah restoran yang selalu mereka pergi.
"Macam mana dengan your winter collection? Okey?" tanya Akim mengambil berat.
Dunia pekerjaan sering kali menjadi topik perbualan antara mereka. Merlina yang menyuap makanan ke mulutnya mengambil masa sedikit sebelum dapat menjawab soalan Akim .
" Okey. Tapi I nak you sebagai lead model. Okey? Others, were definitely not you. And would you do me a favor please...Will you ask Akbar to be a guest model for me?" suaranya seakan merayu Akim. Akbar ada susuk model yang sempurna! Sayang sungguh lelaki itu terlalu susah untuk 'dijinakkan.'
Hatinya Akim sedikit tidak senang dengan permintaan itu sebenarnya. Masuk ini, sudah seratus kali Merlina memujuknya untuk memujuk si keras kepala, Akbar itu untuk turut serta dalam catwalk atas pentas.
"I told you, Merly, he will not going to do it. Ever!" Suara tegas Akim membuat Merlina sedikit terpempam. Riak kurang senang jelas terpamer di wajah Akim itu.
" Hmm.. Can't you..."
" No! I won't do it. Merly, you're pulling my leg!" bidas Akim. Dia sedar sekarang, dia tidak suka Merlina bercakap tentang Akbar atau mana-mana lelaki. Hatinya panas.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...