Matanya liar, seliar tikus yang sedang menghendap pemangsa dan pemangsanya adalah bibik yang juga sedang sibuk dengan para tamu.
Eh, bukan bibik pemangsa, kerana bibiklah yang akan jadi mangsa nanti. Mangsa kemarahan lelaki yang sudah agak tua itu. Gunung Merapi pun muda sikit!
Dia menyarung sehelai jubah hitam. Purdah yang dibeli semalam juga disarung ke kepalanya. Dia berfikir juga, adakah wajar tindakannya ini. Tetapi, jika dengan lelaki itu dia hendak dinikahkan, apa yang dilakukan ini nampaknya tidak keterlaluan. 'Biar padan muka daddy...hehehe'
Gadis itu membuka pintu bilik airnya. Dalam keramaian di kamarnya yang berhias indah, tiada sesiapa yang sedar yang pengantin perempuan yang tadinya masuk ke situ kononnya hendak buang air sebelum bersiap, telah bertukar menjadi mak Arab!
Dia berusaha berjalan seperti biasanya tetamu lain yang datang ke situ untuk melihat anak gadis Datuk Mokhtar berkahwin dengan jejaka pilihan hati Datuk Mokhtar dan semestinya bukan pilihan anaknya...aiseh..sekali macam cerita kahwin paksa pulak...tapi bukan kisah gadis ini.
Kerana dia tidak akan sesekali tunduk pada kemahuan daddy. Jika lelaki yang daddy pilih untuknya itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang layak membimbingnya ke jalan yang benar, tidaklah dia setegar ini.
Tetapi daddy tidak memberinya banyak pilihan selain melarikan diri! Kerana lelaki yang bakal dinikahkan dengannya sebentar lagi, sebenarnya ingin membalas dendam yang bertunas sejak dia menolak cinta lelaki itu mentah-mentah suatu waktu yang lalu. Dia bukan gadis yang mudah didekati apatah lagi dipermai-mainkan. Dan lelaki itu pula bukan calang-calang hidung belang ala-ala harimau belang.
Siapa tak kenal Zarith Bazli Tan Sri Husam. Di kotaraya ini, dialah raja segala kasanova. Lelaki macam itu, daddy hendak berikan tanggung jawab menjaga dirinya? Lebih baik dia kekal single seumur hidup jika tiada lelaki lain yang hendakkannya dari berlakikan si ABC (alligator,buaya, crocodile) itu!
Beg pakaian dan keperluannya sudah diletakkan awal-awal lagi di tempat simpan barang di kompleks membeli-belah semalam. Dia tidak kisah bayar lebih asalkan rancangannya melarikan diri berjalan lancar.
Dia menganggukkan kepala kepada beberapa orang tetamu. Dia berasa gementar untuk meneruskan langkahnya ke pagar hadapan yang agak jauh dari rumah. Peluh sudah merenik di dahinya.
Dia punya setengah jam sahaja lagi untuk meloloskan diri. Pengantin lelaki nampaknya baru sampai kerana kompang yang diketuk bertalu-talu di luar. Datuk Mokhtar kelihatan sedang sibuk melayan tetamu.
Dia juga dapat lihat wajah bakal emak mentua tak jadinya itu. Agak sombong orangnya.
Hmm...tak bolehlah mereka menjadi anak menantu hari ini...dia mempercepatkan langkah sebelum ditahan oleh ibu saudara sepupuya, Aminah.
" Dah makan ke?" mesra Aminah menyapa. Macam kenal perempuan berpurdah ni. Anak mata yang tidak terlindung itu, coklat cerah seperti...ah, tak mungkin.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...