BAB 47 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Bahagian 1)

338 11 0
                                    

"I'm sorry Tan Sri. Ada seseorang tengah tunggu Tan Sri." Sapa Winda.

Tan Sri Mokhtar terhenti di hadapan meja Winda.

"Dia ada appointment ke?" tanya Tan Sri Mokhtar memikir-mikir jika ada setiausahanya memberitahunya tadi  sebelum dia keluar makan.

Winda berdebar-debar juga, bimbang jika dimarahi kerana Tan Sri Mokhtar tidak suka sesiapa berjumpa dengannya tanpa membuat apa-apa temujanji dahulu.

"Err...Takde. Tapi dia cakap penting untuk berjumpa Tan Sri." Ujar Winda. Lelaki itu berkeras hendak bertemu dengan Tan Sri Mokhtar.

Tan Sri Mokhtar terdiam sebentar. "Hmm...suruh dia masuk." Putusnya.

"Baik Tan Sri." Jawab Winda.

Tan Sri Mokhtar terus masuk ke dalan biliknya.

Ketukan di pintu kedengaran tidak lama kemudian. "Masuk!" Suruh Tan Sri Mokhtar.

"Assalamualaikum, Tan Sri." Sapa suara garau itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Tan Sri Mokhtar yang sebelum itu sedang meneliti kertas di tangannya, berpaling ke arah muka pintu yang sesaat sahaja tertutup.

Matanya segera bersabung dengan sepasang mata kekelabuan. Akbar Adil. Menantunya. Raut wajah yang terukir kemesraan itu hampir segera pudar.

"Hmm...what bring you here, young man?" sapa Tan Sri Mokhtar agak sinis. Sangkanya pasti kerana Elise. Apa yang dibuat anaknya itu kerana dia malas hendak peduli lagi.

Akbar tersenyum kecil. 'Sudah aku agak penerimaan 'mesra' begini!'

"Saya datang melawat Tan Sri. Sejak hari saya dan Elise berkahwin tempoh hari, langsung kami tak dengar khabar Tan Sri." Akbar mendekati meja coklat kehitaman berkilat itu. Di tangannya terdapat sebuah beg kertas. Tidak betah lidahnya untuk memanggil lelaki berumur sebaya papanya itu dengan panggilan daddy.

Gelaran Tan Sri lebih sesuai!

"Duduklah." Pelawa Tan Sri Mokhtar. Akbar menurut kata-kata bapa mentuanya.

"By the way, here's a lunch for you. I made it myself. So, secara praktikalnya, bukan makan bungkus, cuma bekal makanan tengah hari untuk Tan Sri." Ujar Akbar meletakkan beg kertas di atas meja Tan Sri Mokhtar.

Kedua belah tangannya dihulur ke arah Tan Sri Mokhtar.

Tan Sri Mokhtar menyambutnya. Sungguh tidak sangka, lelaki muda itu akan mengucup belakang tangannya, tanda hormat.

"It's undoubtedly that my daughter can't cook." Ada nada yang agak merendah-rendahkan di dalam suara Tan Sri Mokhtar itu. Akbar melabuhkan duduk di kerusi empuk di hadapan meja.

"Ya, Elise memang tak pandai masak, tapi itu sebelum dia kahwin. Tapi sekarang, dia dah pandai." Akbar memperbetulkan tanggapan Tan Sri Mokhtar itu. Tidak mahu isterinya dipandang rendah.

Tan Sri Mokhtar terdiam tetapi tidak peduli dengan kata-kata menantunya.

"Apa urusan awak datang berjumpa saya?" Soalnya tanya berbasa basi.

"Tak ada apa. Cuma menziarah bapa mentua saya. Beginilah, saya nak minta maaf dari Tan Sri. Perkenalan kita bermula dengan tidak baik. Maafkan saya. Dan maafkan Elise. Tentang hal malam itu, demi Allah, tiada apa yang berlaku antara kami. Cuma saya tumpangkan Elise malam itu di rumah saya sebab dia terlalu takut. You should see her yourself, that night. Saya tak pernah lihat dia setakut itu dan hanya nak pastikan dia selamat." Terang Akbar.

"Walau apa pun kata awak, tapi perbuatan bermalam di bawah satu bumbung itu salah." Ujar Tan Sri Mokhtar mandatar.

Akbar tersenyum kecil. "Memang perbuatan kami itu mengundang fitnah, tapi itu aje yang terlintas di fikiran saya. Bawa dia pulang bersama saya." Akbar berhenti sejenak. Dia tak teringat langsung mungkin dia boleh tumpangkan Elise di rumah Sonja malam itu. Tapi, entahlah dia panik agaknya.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now