BAB 7 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

451 12 2
                                    

Matanya terasa pedih. Jam Cartier di pergelangan tangannya diintai. Sudah dua jam berlalu tanpa dia perasan. Bilik bacaan itu hanya dilimpahi sinar dari lampu berkaki panjang di sebelah kerusi empuknya. 

Buku tebal yang sejak tadi diribanya, ditutup perlahan bersama hembusan nafas berat lagi payah. Cermin mata dibuang. Matanya ditekan-tekan mengurangkan pedih sedikit.

Sebaris nama seraut wajah menjengah benaknya. Amarah juga menapak lagi apabila wajah itu diingati. " Anak tak mengenang budi!" dengusnya, geram.

Bilalah anak itu sedar apa yang sedang dilakukannya itu langsung tidak munasabah. Dia fikir setelah tindakannya menahan kad-kad kredit dan segala akaun bank dibekukan, si anak itu akan pulang, tetapi langsung tidak! 

Keras kepala! Dengar dari orang yang diupah untuk mengintip pergerakan anak tunggalnya itu, si gadis bekerja sementara di beberapa buah tempat. Semarah-marahnya kepada anak itu, dia tetap melihat Elise dari jauh. Kasih tetap melimpah-ruah walau tidak pernah terzahir di bibirnya. Perlukah?

*****************

"Elise mesti kahwin dengan Zarith! Daddy dah aturkan dengan mama dan papa dia. Apa lagi yang tak kena? Dia ada kerja bagus, duit banyak, ada rupa! Apa lagi yang Elise cari?!" sergahnya. 

Elise mencerlungkan matanya, sebelum mengalihkan pandangnnya ke hadapan. Sudah diagak yang hari ini bakal mendatang apabila Zarith memaksanya bertemu empat mata pada minggu lalu. 

Pasti daddy akan memaksanya! Lelaki yang bernama Zarith itu memang tak tahu malu, orang tak hendakkan dia, terhegeh-hegeh, tersua-sua!!

" Elise tetap tak setuju! Kenapa daddy nak paksa-paksa Elise pulak? Daddy tahu bukan yang Elise bencikan dia dari mula lagi! Dia bukan lelaki yang baik daddy!" Elise tidak mahu mengalah. 

Perangai Zarith mengalahkan syaitan! Semua kaki ada padanya. Cukuplah daddy telah memaksa dia meneruskan pengajiannya dalam bidang perniagaan walau dia meminati bidang seni halus. 

Dengan alasan dia yang akan mewarisi perniagaan daddy kelak. 

Elise juga meletakkan syarat yang dia akan menurut kata daddy untuk mengikuti kursus perniagaan asalkan di universiti yang sama arwah mummy melanjutkan pelajaran. Tiada kompromi!

Datuk Mokhtar tiada pilihan selain bersetuju kerana Elise adalah satu-satunya waris yang dia punya. Tujuan dia mahu mengahwinkan Elise dengan Zarith yang merupakan anak kenalan rapatnya, Tan Sri Husam, adalah kerana mereka yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaannya kerana keluarga itu mempunyai pengaruh besar dalam dunia perniagaannya. 

Dan dia sebagai ahli perniagaan mesti mengambil peluang keemasan ini. Dan Elise adalah cara termudah untuknya mencapai impian untuk menjadi salah sebuah syarikat gergasi di rantau Asia ini! Tinggi sungguh angannya yang ditentang pula anak sendiri.

" Elise anak daddy, dan daddy ada hak ke atas Elise. Elise mesti ikut kata daddy. Kahwin dengan Zarith! Perniagaan keluarga kita pun akan bertambah maju." Lembut namun tegas suara itu mengarahnya. Sudah banyak kali mereka tekakkan perkara ini. Elise terhenyak di tempat duduknya. Apa yang perlu dikatakan untuk menangkis arahan yang kunjung datang itu. Betapa kejamnya daddy...

" Oh! Itu sebabnya daddy nak sangat Elise kahwin dengan lelaki keparat itu ya? Apa Elise ni tak ada hakkah untuk membantah? Apa yang papa nampak dalam diri Zarith yang sesuai jadi suami Elise? Hah? Sesuai ke dia jadi menantu daddy?!" suara Elise meninggi. Dia menghamburkan amarahnya seiring dengan rasa tidak puas hatinya.

" Diam! Kau mesti kahwin dengan Zarith samada kau suka atau tidak!! Hujung bulan ini kau akan aku nikahkan dengan Zarith!" jerkah Datuk Mokhtar. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now