BAB 60 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

355 13 2
                                    


Sonja merenung wajah rakan-rakannya. "Kenapa korang ni macam kambing aje??" pekiknya, berang. Rimas dia melihat wajah seorang-seorang seperti mati isteri! 

"Aku tak semangat la nak kerja hari ni. Boring. Fed up!" ujar Ajit melemparkan tuala kecilnya ke meja penyediaan. Sudah empat hari mereka berkeluh-kesah sesama sendiri. 

Elise tidak pulang-pulang, Akbar pula bukan setakat hilang jiwa, suaranya juga turut dibawa pergi oleh Elise. Malah, lelaki itu tidak datang-datang lagi ke Great Pan's. Baru masing-masing merasa kehilangan t-rex yang berapi-api mulutnya.

"Weh! Jangan macam ni la. Murung-murung nanti, makanan tak sedap!" Sonja berteriak bertujuan membangkitkan semangat yang sudah 'bengkok' lelaki-lelaki di hadapannya itu. 

"Aku yang perempuan pun tak emo macam korang!" cemuhnya lagi. Dia yakin, Elise dan Akbar pasti akan bersatu tidak lama lagi. 

Tetapi memang sunyi dapur Great Pan's kebelakangan ini tanpa suara petir Akbar.

"Kau fikir bos nak tutup Great Pan's ke?" tanya Jiji risau.

"Kemungkinan. Kau tengoklah Elise dah berhenti, bos pulak dah tak datang-datang." balas Jimmy tidak berkenan. 

"Kau janganlah cakap macam tu. Takkan bos nak tutup tempat ni. Ini 'buah hati' dia tau!" celah Sonja membalik-balikkan daging ayam di kualinya.

"Siapa buah hati aku?!" suara meninggi itu telah membuatkan Jack yang berada paling dekat dengan pintu dapur, terlepaskan pegangannya pada botol mustard. 

Nasib baik dia cepat menyambarnya sebelum jatuh ke lantai. Matanya terbeliak merenung Akbar yang kelihatan sungguh berseri-seri, walaupun agak cengkung wajah itu. "Bos?!"

"Yalah aku! So Sonja, siapa buah hati aku?" tanya Akbar beruniform putih biasanya dengan sehelai jeans koyak lutut, bercekak pinggang merenung wajah Sonja yang melihatnya seperti melihat hantu. 

Ketua chef mereka itu kurus sedikit, dan bersuara guruh seperti biasa.

"Err..Tak.." Sonja tergagap-gagap. Tiada apa yang keluar dari mulutnya. Terkejut mereka semua melihat majikan mereka berdiri terpacak di pintu belakang itu.

"Elise sorang aje buah hati aku. Dah sekarang, BACK TO YOUR STATION!!" jerit Akbar sekuat hatinya. 

Habis mencicit mereka semua bertempiaran. Terkejut, namun gembira mendengar suara petir itu kembali mengarah mereka seperti biasa. 

Akbar menarik nafas sedalamnya. Lega dapat menjerit kuat begitu kepada para pekerjanya. Mungkin sebab itulah dia stres. 'Memang terapi yang paling bagus!'

"Sonja, Elise akan pulang!" beritahu Akbar berkongsi berita gembira kerana tahu keakraban Sonja dan Elise. 

Sonja melihatnya dengan mulut sedikit ternganga. Tiada apa yang keluar dari mulut gadis itu. Mata Sonja bergenang. Siapa yang tidak rindukan Elise? Akbar mengambil apronnya dan mengikatnya ke tubuhnya. 

Dia meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa.

"Stew dah siap ke belum?!" suara Akbar meninggi melihatkan kertas pesanan tersangkut di hadapannya, sambil tangannya ligat mengacau gravy di dalam kuali leper.

"Five minutes, chef!!" balas Jiji pantas. Masing-masing terasa seperti direnjat eletrik mendengar suara guruh itu. 

Sonja tersengih melihat rakan-rakannya yang seperti lipas kudung itu. Tadi semua macam kambing tertelan putik mangga, sekarang semua kalut bila bapak t-rex mereka kembali!

Akbar bersemangat hari ini. "Chop! Chop guys!!" seru Akbar. 

"Jimmy, table 2!" arah Akbar apabila Jimmy muncul dari balik pintu tengah.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now