" I dah explain to you about that girl. Come on Merly..." Akim berusaha memujuk Merlina Khadijaa sudah hampir seminggu.
Merlina hanya memandang sekilas ke arah lelaki yang sedang merenungnya penuh mengharap itu. Dia tidak berkata apa-apa dan meneruskan membelek majalahnya. Dia bersetuju untuk bertemu dengan Akim di sebuah kafe di bawah apartmentnya kerana Akim tidak mahu pulang-pulang.
Kerana kasihankan Akim yang menunggu dalam sejuk berjam-jam begitu, dia turutkan juga dengan syarat hanya di sebuah kafe di bangunan yang sama dengan tempat tinggalnya. Merlina juga membawa bersama sebuah majalah fesyen. Dia sengaja sebenarnya untuk melihat bagaimana Akim hendak memujuknya.
Hatinya sudah terpujuk dengan kata-kata "I sayangkan you.." dari bibir Akim semasa lelaki itu baru pulang dari Malaysia. Merlina memungkiri janji untuk menjemput Akim di lapangan terbang dengan mengatakan, " Suruhlah girlfriend baru you yang ambilkan." Dan dengan ayat itulah Akim terus datang ke rumahnya sebaik keluar dari lapangan terbang.
" Sweetheart...please..." rayu Akim lagi menarik lembut majalah yang melindungi wajah Merlina. Dia rindukan Merlina. Tetapi, tidak menyangka bahawa Merlina akan marah gara-gara gambarnya dengan Elise tempoh hari. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia bahagia kerana Merlina cemburu kerana itu menunjukkan yang hati mereka merasakan
" You nak cakap pasal ni ke? Sambung nanti ya. I ada banyak kerja untuk collection baru I." Belum sempat dia bangun, Akim menarik tangannya duduk kembali.
Matanya mencerlung. " You tahu I tak suka you pegang-pegang I macam ni kan?"
Akim melepaskan lengan Merlina serta-merta. " So sorry. Janganlah balik dulu. Kenapa you nak marah sangat ni? About the picture? I had explain it to you..."
" But not the truth!" pintas Merlina. Dia menutup kasar majalah di tangannya dan memeluk tubuhnya kejap.
" Okay. Hari tu I nak explain the whole thing but you didn't want to listen. Sekarang dengar dulu then you can go home..." lembut Akim menjawab. " That girl's name is Elise. Dia dua pupu I. Mummy dia sepupu dengan daddy I. Dah macam adik I pun." Jelas Akim. Merlina merenung mata Akim mencari kebenaran.
Akim meneruskan kata-katanya. " Rasanya dah 10 tahun, mungkin lebih sejak kali terakhir I jumpa dia. Mummy dia meninggal dunia tujuh tahun yang lalu. Dan dia lari dari rumah last year from her own wedding ceremony. Dia kerja dengan Akbar sekarang. Sebab dia di Great Pan's lah I terserempak dengan dia. Dia adik I, Merlina. Nothing more." Jelas Akim seringkas tapi setepat yang boleh.
" Kenapa pulak peluk-peluk?" dakwa Melina lagi masih tidak berpuas hati. Hatinya sedikit lega mendengar yang gadis itu cuma dua pupu dengan lelaki itu.
" Hah! That's another story. Ada bikers bodoh hampir langgar kitorang. Tindakan reflex I terpeluk dia hari tu. Dia pun terkejut. Nasib baiklah takde apa-apa." ujar Akim tanpa berselindung. Merlina menarik nafas panjang.
" I percayakan you." Akim terasa lega. Sangat lega mendengar kata-kata Merlina. Dia meletakkan kedua-dua belah lengannya di atas meja sambil tersenyum manis merenung seraut wajah Merlina idaman hatinya itu.
" Hmm...you pulak tak nak explain pada I kenapa you jelous sangat-sangat dengan I ni?" matanya dikenyit gatal. Merlina kelihatan agak gelisah membetulkan duduknya.
" Siapa yang jelous? I cuma tak nak you main-mainkan I." Ujar Merlina mempertahankan diri. Yang sebenarnya, hatinya hampir meletup dek kerana cemburu.
Akim terkejut mendengar separa pengakuan Merlina itu. " I tak main-mainkan you. In fact, maafkan I kerana buat macam ni..." ujar Akim mencapai tangan Merlina lembut.
" Merlina Khadijaa...will you marry me?" Akim tahu dia melamar tanpa membawa cincin atau apa-apa pun. Tetapi dia tidak kisah, asalkan hajat di hatinya sudah diluahkan. Merlina membeliakkan matanya. Benar-benar terkejut!
******************
" Wah! What a story you've got bro!" sapa Akbar ceria setelah panggilannya bersambut. Terkejut bercampur tidak percaya dengan berita yang dilihatnya di dada Macbook miliknya. Tajuknya sahaja sudah gempak iaitu model terkenal Alexender Hakeem Albert akan meninggalkan pentas peragaan. Sebagai sahabat yang mengambil berat, Akbar terus sahaja menghubungi Akim walau tahu di London sekarang sudah tengah malam.
" Kau tahu tak aku tengah tidur ni? Tak boleh tunggu esok ke?" rungut Akim marah-marah. Walaupun dia sedang nyenyak tidur, nampak sahaja nama Akbar tertera di telefonnya, pantas panggilan itu disambut.
" Siapa suruh kau angkat. So sorry, aku tak boleh tunggu esok. Betullah ni kau nak berhenti tayang body kau?" tanya Akbar lagi, separa bergurau. Dia hairan kerana Akim sangat menyayangi kerjayanya sebagai seorang model. Ingatkan kata-kata Akim tempoh hari bahawa dia mahu meninggalkan kerjayanya, hanyalah gurauan semata-mata.
" Itu ke? Teruklah kau ni, ingatkan ada yang sakit nak beranak. Well bro, betul apa yang kau baca tu. Tapi bukan waktu terdekat ni. Aku nak habiskan kontrak aku dengan company dulu. Then I'll be settling down. Sampai bila aku nak catwalk on stage. I'm turning 31 end of this year, this is the perfect time to settle down, get married, have kids, get old, and die!" Akim ketawa dengan kata-katanya sendiri. Akbar turut sama ketawa.
" Get married? Kids? Hai, lain macam aje bunyi. Kau dah jumpa calon ke? Ingatkan kau nak mati atas pentas aje." Komen Akbar jahat, sebelum menyambung.
" Yalah, dulu cakap kau akan still catwalk dalam kubur. Mesti kau dah jumpa perempuan yang buat kau nak catwalk naik pelamin aje ya? Siapa dia?" korek Akbar lagi. Menarik sungguh cerita temannya ini. Tidak sia-sia dia menelefon Akim dan mengganggu tidur lelaki itu.
Akim ketawa mendengar kata-kata Akbar itu. Memang Akbar sedang memulangkan paku buah keras kepadanya. Dia memang angkuh mengatakan sesuatu yang tidak elok seperti itu. Nampak sangat dia jahil tentang agama. Tetapi sekarang adanya Merlina, dia terasa disuluh lampu yang terang.
" Tak nak dah. Aku dah tua, bagi ajelah laluan dengan model-model muda pulak. Lagipun, daddy aku dah bising suruh aku take over his business. I think, it's not a bad idea after all. Okey jugak apa jadi pereka kan? He's the only family I've got, man. So, aku turutkan ajelah," Akbar terdiam mendengar bicara Akim. Terasa kena dengan batang hidungnya. Teringat pada papa yang tidak sudah-sudah menyuruhnya mengambil alih perniagaan-perniagaannya.
" Hello?? Are you still there?" Akim menyapa, lamunan Akbar terhenti.
" Yes! Sorry, spacing out a bit."
" Aiseh...tengah bercakap dengan aku pun sempat lagi kau berangankan Laila ke?" sakat Akim bersama ketawa.
" Ceh! Kau tak cakap lagi. Who's the lucky girl?"Akbar mengelak soalan maut itu. Mendengar nama Laila disebut, hatinya diterjah rindu. Laila hanya akan pulang esok.
" Merlina." Jawab Akim sepatah.
" What?! The Merlina? Merlina yang kau selalu sebut-sebut tu ke? Punyalah hari tu cakap kawan biasalah, diam-diam buat drama, eh?" teruja sungguh Akbar mendengar berita yang masih tidak keluar di mana-mana ruangan gosip lagi.
" Well..tak confirm lagi hari tu. Tapi dah declare minggu lepas. Hehe..itu yang aku buat keputusan nak tinggalkan modelling world. I'm done! Now is the time to settle down, man. Aku nak cerita dengan kau dulu, entah macam mana press dapat hidu benda ni. Aku tak sahkan lagi perkara di dengan media. Just gossip. Tapi memang betul." Terang Akim lagi. Hubungannya dengan Merlina masih baru. Kontraknya dengan syarikat masih lagi berbaki setahun. Selepas itu dia akan berhenti dan mengahwini Merlina. Segala-galanya mesti dirancang dengan teliti. Mujurlah pihak media belum lagi dapat menghidu lamarannya kepada Merlina. Pasti keadaan menjadi kecoh.
bersambung...
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomantizmMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...