BAB 61 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

393 13 0
                                    

HAI!! Terima kasih sudi bersama sis hingga ke chapter ni. Segala komen, vote dan sudi add MAP ke library korang buat sis rasa sangat happy! Isy! Luvv you lots lah! Enjoy your reading! xoxo

.

.

'Abang, flight delay. I don't think I'll be able to make it today. Sorry."

Mesej Elise dilihat lagi. Kecewa sungguh hatinya. Akbar mengeluh panjang. Nampaknya dia terpaksa menunggu lagi.

Kenapalah isterinya tidak memberitahunya awal-awal tidaklah kecewa sangat. 'Ah! Awal ke lewat, ada beza ke? Aku tetap frust jugak!' 

Banyak betul dugaan yang perlu dilalui hanya untuk bertemu dengan Elise. 'Alah, aku dah tunggu dua bulan, can't it wait for a day more??' Akbar memujuk hatinya.

Akbar membalas. 

'It's ok...Be safe baby.'

***************************

Elise tersenyum. Helahnya menjadi. Dia terus ke mencapai begnya dan berjalan menuju ke pintu utama. Bentley Mulsanne sudah siap menunggunya. 

Elise disambut riang oleh Pak Hardi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elise disambut riang oleh Pak Hardi.

Sekilas dia melihat langit kelam. Akhirnya dia pulang!

*************************

"Elise dah sampai ma." Tan Sri Imran memberitahu kepada isterinya. Mereka baru selesai makan malam.

"Ya ke? Alhamdulillah! Bila dia cakap, dia call ke?" tanya Puan Sri Fazira tidak sabar-sabar.

"Ini dia hantar mesej." Tan Sri Imran menunjukkan telefonnya kepada Puan Sri Fazira.

Puan Sri Fazira mengangguk. Syukurlah. Anak menantunya sudah bersatu kembali. 

**********************

Akbar senyap sahaja dari tadi. Tidak seperti pagi tadi apabila datang ke Great Pan's. Wajah seperti baru keluar dari tong gula. Manis! Tetapi malam ni kembali seperti tertelan jadam. Pahit aje mukanya.

"Kenapa bos tu, Sonja?" tanya Ajit, hairan. Dia meletakkan lobster yang sudah siap dimasak ke atas pinggan putih. Sos dituangkan ke atasnya. Terus pinggan itu diletakkan di pick up station. Loceng ditekan. 

Beberapa saat kemudian, Yana datang dan mengambil pesanan itu untuk dihantar kepada pelanggan. Malam yang agak sibuk.

"Elise tak jadi balik hari ni. Cuaca tak elok. Mungkin esok, atau sampai cuaca elok kot." Balas Sonja kebetulan menelefon Elise semalam. 

Sebenarnya dia tahu yang Elise memang sudah pulang ke sini. Rasanya dah sampai. Dia ikut sama terlibat dalam misi mengenakan Akbar ini. Janganlah Akbar tahu!

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now