Hai! Sis nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Salam Aidiladha. Semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah SWT.
Selamat membaca!!
.
.
.
.
Elise mengambil kot yang dihamparkan di atas katil. Dia melangkah ke arah Akbar yang berdiri di hadapan cermin. Kacak benar lelaki itu di matanya hari ini. Lebih kacak dari biasa."Your hand sayang..." pinta Elise lembut. Akbar pantas memasukkan tangannya ke dalam lengan kot yang sedia dipegang Elise.
"Done!" seru Elise merapikan sedikit di bahagian bahu, walaupun kot itu sudah sempurna di tubuh lelaki itu.
"Thank you. Hmm...how do I look?" Akbar membutangkan kotnya dan membetulkan kafling. Sebenarnya, dia tidak gemar berpakaian segak begini. Terlalu kemas.
Dia sudah terlupa bila kali terakhir dia berpakaian kemas seperti ini. Mungkin masa dia masih tinggal sebumbung dengan mama dan papa. Semua pakaiannya disediakan oleh Puan Sri Fazira.
Sejak Akbar bebas, mengatur sendiri hidupnya, dia berpakaian mengikut citarasanya yang santai. Jeans, tshirt, jaket dan beanie.
Tetapi apakan daya, takkan nak pakai semua tu ke pejabat? Tetapi Akbar sudah sebulat hati menerima perlawaan papa sejak bertahun-tahun yang lalu untuk membantu mengembangkan lagi perusahaan Tan Sri Imran. Sudah Akbar berbincang dengan Tan Sri Imran untuk membiarkan dia mula dari bawah. Supaya Akbar lebih faham perjalanan syarikat.
Akbar melihat isterinya dari dalam cermin. Elise pula berbeza dengan dirinya. Isterinya perlu duduk di kerusi teratas. Gadis itu mungkin kecil molek, tetapi hatinya besar. Sekejap sahaja dia sudah serasi.
Akbar juga tahu Elise banyak meminta tunjuk ajar dari Tan Sri Imran dalam menguruskan MEJ Holdings. Dia kagum dan bangga dengan Elise.
Elise memeluk Akbar dari belakang.
"Boleh abang pakai topeng ke office? Nanti kena mengorat dengan staff." ujar Elise bergurau.
Merenung rambut Akbar yang separuh rela dipotong pendek dua hari yang lalu. Hari ini, tersisir rapi.
Akbar ketawa. "Apa kata Elise kurung abang di rumah?"
Elise pula ketawa besar. "Mana boleh nanti papa cari, apa Elise nak jawab. Nanti dia ingat menantu dia gila pulak."
"Takpe, menantunya tergila-gilakan anaknya. Dia faham tu." seru Akbar ketawa apabila Elise menampar manja bahunya.
Akbar berpusing menghadap isterinya, menunduk ke perut Elise. "Sayang, take care of mummy for daddy okay?" Elise tersenyum kecil melihat kelakuan Akbar itu.
"Mana dia faham lah!" getus Elise.
"Elise tu pun abang risau tau?" kata Akbar kembali menegakkan badan.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...